bab 45 : bela

810 100 22
                                    

Sungha memeluk tubuhnya yang kesejukan. Langkahnya makin dilajukan menuju ke kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Sedar tak sedar, hari ini bumi Seoul dituruni salji.

Sungha memasuki kedai runcit itu lalu berjalan ke bahagian makanan. Sejuk-sejuk ni, kalau melantak makanan mesti menjadi. Berselubung dalam selimut sambil menonton k-drama Angel's Last Mission. Cerita itu betul-betul memainkan perasaannya sebagai ibu mengandung. Sensitif. Mulalah keluar air mata. Tisu habis sekotak.

"Kau ada dengar tak, kelmarin ada dua orang lelaki bergaduh dekat tempat pembuangan sampah. Katanya sebab perempuan tu," sindir jurujual yang berumur itu sambil menjuihkan mulutnya ke arah Sungha yang sedang memilih makanan.

"Biar betul! Sebab apa pula ni? Cinta? Kalau aku jadi lelaki, aku tak hamak pun lah perempuan macam tu. Carilah yang suci sikit. Perempuan mengandung pun nak juga?" perli Cik Soo pula. Ibu tunggal di kawasan ini tapi mulut dia, paling busuk setakat ini. Dialah yang menyebarkan khabar Sungha hamil anak luar nikah.

Sungha diam. Segala yang dibual dia dengar.

Cepat-cepat dia mengambil barang lalu diletakkan di atas kaunter. Cik Yam mengira jumlah harga kesemua makanan yang dibeli oleh Sungha.

"Sungha," panggil Cik Yam. Sungha yang menunduk kini mendongak kecil.

"Kandungan kau tu dah berapa bulan? Sebenarnya kau ni ada suami ke tidak? Kalau tak ada suami, janganlah nak merampas lelaki orang," ujar Cik Yam berbaur sindiran. Cik Soo yang ada di belakang Sungha, tersenyum sumbing.

"Apa Cik Yam nak cakap sebenarnya ni?"

"Aih kau ni, nak menggatal biar lepas beranak. Nanti orang tanya, jangan cakap janda. Cakaplah kena rogol. Jangan tipu bakal suami kau nanti. Kasihan."

"Sungha. Siapa pun yang bakal jadi suami kamu nanti, memang malang sekali."

"Apa? Mak cik cakap saya ni malang?" sapa seseorang dari arah belakang. Dia merangkul bahu Sungha. Terkejut bukan kepalang dibuatnya. Cik Yam dan Cik Soo mencebik bibir.

"Mak cik, Sungha dan saya dah lama kahwin. Saya tinggalkan dia demi mencari rezeki di luar negara. Boleh tak, boleh tak hormati isteri saya. Mak cik tak kasihankan isteri saya ke? Dia mengandung mak cik. Dia mengandung. Mak cik buat kesihatan anak saya terjejas. Mak cik nak jadi pembunuh tanpa sedar ke?" kata Jungkook hiba.

"Aih, mak cik ni layan juga drama. Tak perlu nak menipulah, kamu datang berpura-pura kan?"

"Tak. Saya tak tipu. Ni kad kahwin saya. 20 Jun di Busan," kata Jungkook sambil menghulurkan kad kahwinnya. Cik Soo dengan pantas mengambil kad tersebut. Keningnya ternaik.

Jeon Jungkook ❤ Ha Sungha

20 Julai 2019

Busan Hall

Cik Soo memberikan kad itu kepada Cik Yam. Segera dia berdiri di tepi Cik Yam.

"Kalau dah kahwin, kenapa tak terus terang? Kenapa nak berahsia bagai?" soal Cik Soo sinis.

"Perlu ke isteri saya bagitahu yang dia dah kahwin? Tentu mak cik nak tengok muka saya kan? Siapalah suami Sungha? Bukan ke nanti mak cik akan tergoda melihat saya seperti sekarang?" kata Jungkook sambil merapati wajah Cik Soo dan Cik Yam.

"Betul Sungha?" tanya Cik Soo seraya itu merenung anak mata Sungha yang jelas terkejut. Tiada pilihan selain.

"Betul. Dia suami saya."

"Lihat? Jadi, saya nak mak cik hentikan apa yang mak cik buat. Kasihan isteri saya, menanggung mulut puaka mak cik dan seluruh penduduk di sini. Nak tahu tak, kenapa mak cik punya kedai ni tak laku? Suami mak cik tinggalkan mak cik? Akibat mulut mak cik yang tak ada insurans tulah, Tuhan dah tarik segalanya. Saya dengar lagi perkara ni berulang, mak cik berdua saya cari," pesan Jungkook lalu menarik tangan Sungha.

"Oh, berapa semua makanan tu?" tanya Jungkook sambil menyeluk poketnya.

"A... Ambil sajalah. Ma... Mak cik belanja."

"Wah, terima kasih!" ujar Jungkook lalu mengambil plastik tersebut.

★☆★

"Saya nak masuk, boleh?" ujar Jungkook lalu menghembuskan nafas lelah. Sungha hanya diam. Kekal membisu di antara mereka. Jungkook memerhati tingkah laku Sungha dari tadi.

"Kan aku dah cakap, balik. Aku tak perlukan kau," balas Sungha tanpa perasaan. Segala perasaan sedih diselindung dengan wajah dingin.

"Awak memang tak perlukan saya tapi anak kita perlukan saya. Saya tak nak, anak saya mati. Sungha, tolonglah. Maafkan saya. Saya akui segala kesalahan yang saya buat. Saya dah tahu semuanya tentang anak kita. Doktor dah bagitahu segalanya."

"Aku milik Seobin. Adakah kau lupa tentang itu?"

Jungkook menarik tangan Sungha masuk ke dalam rumahnya. Kebetulan rumah itu tidak berpenghuni, kunci pendua masih ada ditangannya.

"Ja... Jadi Seobin tak main-main? Apa yang dia cakap semuanya betul? Awak dah lupa janji kita? Saya datang balik untuk kotakan janji saya, Sungha!" Bertalu-talu Jungkook menyoal. Sungha terkaku dengan pertanyaan Jungkook.

"Aku dah lupakan janji kau. Segalanya tentang kau. A... Aku maafkan kau, jadi baliklah. Usah, kita merumitkan keadaan lagi."

"Kalau begitu keputusan awak, ba... Baiklah tapi benarkan saya menjaga anak saya. Dia perlukan saya."

"Ta...,"

"Anak saya. Anggaplah saya buat semua ni untuk anak saya."

Manik jernih milik Jungkook akhirnya tumpah. Bibirnya memerah. Nafasnya tak keruan. Pandangan penuh harap diberikan. Setapak demi setapak dia mendekati Sungha. Perut Sungha diusap.

"Appa dah datang sayang," lembut suara Jungkook memasuki rongga telinga Sungha. Sungha mendongak, melarang air mata daripada jatuh.

Sungguh, dia tak mahu keadaan ini berlaku.

😀

Bashah dah bantal titew. So gais sis dah hapdet tiga bab rinie. Baik tak sis? MUAHAHAHA. JADII nak minta cuti sikit. Banyak kerja sekolah. Cg nak di hari pertama sekolah 50 karangan bahasa inggeris. Aku baru siap 10.

:)

So, setakat ni ada yang nangis.

Hmm ff kitew manede nangis nangis.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now