bab 46 : sentuhan keajaiban

753 104 26
                                    

"Ma... Masuklah," jemput Sungha setelah akur dengan segala pujuk rayu Jungkook. Nafasnya memberat. Langkah kakinya diatur menuju ke dapur namun Jungkook terlebih dahulu menghalangnya.

"Nak pergi mana?" tanya Jungkook dengan suara penuh lembut. Jari-jemari Sungha yang sejuk itu terus digenggam kemas. Haba tangannya yang suam dialirkan kepada Sungha. Sungha kaku. Kekal dengan posisi yang paling dia mahukan sejak dia berbadan dua. Suara Jungkook bagai membelai seluruh tubuhnya ketika itu. Penat dia berperang dengan hati dan fikiran; menidakkan segala kemahuan lelaki itu.

"Da... Dapur," balas Sungha sayu. Dia cuba menarik tangannya namun Jungkook lebih kuat dengan menarik tubuh Sungha ke dalam dakapannya. Separuh daripada jaketnya dikongsikan bersama Sungha. Angin sejuk yang menerobos masuk ke celah tingkap makin membuatkan Sungha menggigil.

"Tak rindu saya?" Sebaris ayat yang dilontarkan oleh Jungkook sudah mampu mendatangkan rasa sebak menggunung dalam hati Sungha. Dengan tindakan Jungkook yang melulu tanpa dia sedar, memberikan seribu kali kejutan yang benar menampar dirinya saat ini.

"Lan... Langsung tak," bohong Sungha namun terselit intonasi gagap. Kekok. Betul-betul kekok setelah enam bulan tidak bertemu. Pergi tanpa pesan, datang tanpa undang. Itulah Jeon Jungkook. The JK.

"Kiranya saya bertepuk sebelah tanganlah ni?" tanya Jungkook lagi. Kali ni dia lebih menggila dengan melagakan dahi dan juga hidungnya. Hembusan nafas yang hangat itu terkena pada leher jinjang Sungha membuatkan Sungha seribu kali dipanah petir. Usah dikata, jantungnya bagai hendak meletup saja.

Ini semua gila.

Cukup gila.

"Kau buat apa ni Ju... Jungkook?" marah Sungha sambil menolak dada Jungkook. Dia lemas; kekurangan oksigen kerana dia berkongsi nafas bersama fetusnya.

"Kalau kau cuba buat kerja gila ni lagi, baik kau keluar. Aku tak ada masa nak layan perangai gila kau," datar suaranya berkata. Dia mengundur setapak ke belakang. Tak!

"Jom makan. Saya bawa kek cheese untuk awak," kata Jungkook cuba menukar topik. Suasana yang dianggap romantik dan menggelikan itu telah bertukar kepada keadaan yang betul-betul mendebarkan. Hanya Jungkook berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Aku... Aku tak makan kek cheese. Kau buang sajalah!" tengking Sungha. Dahi Jungkook berkerut seribu. Mana tidaknya, kek cheese itu kek yang paling digemari Sungha.

"Baiklah kalau macam tu tapi awak temanlah saya makan kek coklat," ajak Jungkook. Sungha meneguk air liur. Membayangkan kek coklat yang meleleh coklatnya. Bertaburan dengan manik urai berwarna-warni. Dia melangkah mendekati Jungkook lalu melabuhkan punggung di sebelah Jungkook. Jungkook tersenyum bahagia apabila Sungha dengan mudah mendengar arahannya.

Penutup bekas kek itu dibuka, benarlah betul-betul menggiurkan nafsu makannya. Jungkook makan tanpa menghiraukannya. Kelakuan Jungkook sedikit membuatkan dia terasa. Takut-takut dia ingin menegur Jungkook.

"A... Aku nak sikit kek tu, bo... Boleh? Aku bayar berapa kau nak. Ja... Jangan habiskan," ujar Sungha perlahan. Matanya mula berkaca-kaca.

"Kenapa tak cakap awal-awal, hm?"

"Kau makan tak ingat dekat aku. Nanti kau marah dekat aku sebab aku minta makanan kegemaran kau. Aku tak suka orang marah aku," kata Sungha lagi. Dengan mimik muka seperti budak kecil, pipi pau yang merona kemerahan bersama dengan mutiara halus yang menuruni hingga ke dagu milik Sungha.

Sumpah comel. Dalam diam Jungkook memuji.

"Boleh tapi dengan syarat."

"Kata untuk bayi. Lagipun kek coklat tu tinggal sesudu saja lagi."

"Siapa cakap kek coklat tinggal sesudu saja?"

"Aku fikirlah. Mesti kau bawakan kek cheese saja untuk aku, memandangkan aku tak makan kek coklat," sarkastik Sungha membalas. Jungkook menggeleng lalu membuka kotak kek yang lain. Dua biji kek coklat bersaiz sederhana besar terpampang pada ruangan mata Sungha.

"A... Apa syaratnya?"

"Panggil saya, abang. Bahasakan diri dengan panggilan saya-abang. Datang sebelah rumah setiap hari dalam pukul 11.00 malam," ucap Jungkook membuatkan mata Sungha terbeliak kecil.

'Demi kek, akanku korbankan segalanya. Apa-apa pun sila meninggal Jeon Jungkook,' bisik hati kecil Sungha.

"Baik abang. Anak abang lapar ni, cepatlah bagi," rayu Sungha dengan lakonan tak ikhlasnya itu. Ibu jari Jungkook mengesat air mata yang mula mengering pada wajah Sungha. Sebuah ukiran keikhlasan dihadiahkan.

Sungha makan kek coklat itu dengan penuh selera tanpa menghiraukan ekspresi wajah Jungkook. Menahan tawa dalam diam. Habis comot. Sumpah comel! Entah berapa kali dia melihat sisi comel Sungha.

"Hm, dah senyap dah?" cebik Jungkook. Sungha hanya mengangkat bahunya.

"Nak tengok buku bayi, boleh?"

"Tak payah susah-susah. Lupa nak cakap, anak yang aku kandung ni dah tak lama, Jungkook. Dah nak mati, ibarat telur di hujung tanduk. Aku pun tak kisah kalau dia mati sekali pun, aku boleh mulakan hidup baru." Ayat yang terpacul keluar daripada mulut Sungha sedikit sebanyak membuatkan jiwa Jungkook bergelora.

"Kan dah janji nak bahasa...,"

"Ada aku kisah? Janji aku dapat apa yang aku nak."

"Degil awak ni," ejek Jungkook.

"Aku dari dulu memang degil." Sungha melantak kek coklat yang meleleh itu sampai habis.

"Tak. Terlampau lain."

"Ini semua kau punya pasal bukan aku. Kau tinggalkan aku. Kau fikir aku tahan ke nak hadap segala benda yang menyakitkan hati aku. Ayah kecewa dengan aku, Jungkook. Semua orang dah tak suka aku," hiba Sungha meluah.

"Tapi ada seorang manusia yang tetapkan akan sayangkan awak sampai mati."

"Siapa Jungkook? Siapa nak sayang aku ni?"

"Saya. Manusia yang akan cintakan awak hingga hujung nyawa saya. Berilah saya peluang, Sungha. Saya akan perbaiki kesalahan saya," ucap Jungkook dengan nada suara yang serak. Sungha mendongak lemah. Matanya menjelaskan keikhlasan namun fikirannya berkecamuk. Menidakkan segala yang terlarang.

Sepi. Sungha tidak membalas.

"Sa... Sayang, kamu sihat tak? Kenyang tak? Banyak betul omma kamu makan. Patutlah dia gemuk semacam." Jungkook mengusap perut yang berusia enam bulan itu. Riak wajah yang hendak marah itu berubah tiba-tiba.

"Ouch!" Sungha tersentak ke belakang. Bahagian bawah perutnya dipegang. Tangan Jungkook ditolak mendadak.

"Ke... Kenapa?" tanya Jungkook risau.

"Baby tendang. Tak pernah-pernah dia tendang selama ni. Sa.. Sakit," adu Sungha. Dia memeritkan kelopak matanya. Jari-jemari kesat itu menjamah lagi perut Sungha.

"Rindu appa eh?" soal Jungkook teruja. Apa lagi kalau Sungha merasa tendangan penuh kuasa dalam perutnya. Kaki anaknya mula timbul pada permukaan perut Sungha.

Bukan main ke telinga senyuman Jungkook. Nampak macam aktif saja budak ni. Ciuman kecil dihadiahkan pada perut Sungha. Tiba-tiba saja deraian air mata membasahi pipi Sungha semula. Dadanya bergetar. Sentuhan yang sudah lama dia inginkan.

"Kuat sangat ke dia tendang?"

Sungha mengangguk. Walau tidak sekuat tadi namun kaki fetus itu masih menendang dinding perutnya. Tak berhenti. Mengada sangat bayi Jeon ni.

"Duduk elok-elok. Kasihan omma."

Dan dengan ajaibnya, si kecil berhenti menendang. Sungha tertawa kecil. Oh dengan bapak kau mau dengar, sama emak kau tidak mahu dengar. Bertuah punya budak.

"Ingat tak penat ke omma dan appa buat kamu?"

"Yah, Jungkook!"

2020. Hai. Ada nak lempar komen yang baik?

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now