bab 42 : lega

752 120 20
                                    

"Anak puan selamat," ucap doktor itu pendek. Mereka bertiga menghembus nafas yang teramat lega sambil menekup wajah masing-masing.

"Tapi saya harap puan dan keluarga tidak melawat dia untuk hari ini. Kalau nak melawat sekalipun, lebih baik datang esok. Saya sarankan puan dan keluarga balik dulu, utamakan kesihatan. Di sini masih ramai yang menjaga anak puan," nasihat doktor itu lagi tatkala melihat wajah Helena yang semakin pucat. Jinyoung merangkul bahu Helena.

"Betul kata doktor, ibu kena balik berehat. Kami tak mahu kesihatan ibu terjejas pula. Kita boleh sewa mana-mana rumah penginapan dekat sini," sokong Jinyoung pula. Haejung mengangguk setuju. Tangan Helena digenggam erat.

"Ibu nak ada di samping Jungkook."

"Ibu, abang tak apa-apa. Abang kuat."

"Baliklah ibu. Doktor akan sampaikan pesanan kalau Jungkook dah sedar. Ibu jangan risau," kata Jinyoung lagi. Helena akur dengan nasihat anaknya.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu," ujar doktor itu sopan. Mereka hanya membalas dengan senyuman manis.

★☆★

Jari-jemari Jungkook mula bergerak-gerak. Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Bebola matanya bergerak ke kanan dan ke kiri. Matanya masih kuyu. Pandangannya masih kabur. Semuanya nampak dua pada retina matanya.

Perlahan-lahan Jungkook membangunkan dirinya untuk duduk berlunjur. Kepalanya yang berbalut dipegang, sakit teramat. Dia masih ingat dalam tidurnya. Bersemuka dengan Pari Chim. Apa yang Pari Chim telah lakukan padanya? Sekelilingnya sekarang berwarna putih, sama dengan suasana ketika dia berjumpa dengan Pari Chim.

Dia harap tiada apa yang berlaku terhadap Pari Chim.

"Pa... Pari Chim, mana kau?" tanya Jungkook. Kakinya dibawa turun ke bawah. "Ah!" jerit Jungkook apabila kakinya tersalah urat. Jarum yang ada di tangannya direntap kasar lalu dibuang ke lantai.

Dia mencengkam kasar selimut tebal itu. Sakit yang mencucuk datang menyerang. Dengan berkaki ayam, dia berjalan keluar dari wad tanpa menghiraukan darah yang mula menitis di atas lantai. Dia nak balik.

Dia nak ke Seoul.

Dia nak cari Ha Sungha.

Tangan yang mengeluarkan darah itu ditutup dengan baju pesakit yang dipakai olehnya. Baru saja ingin melangkah pergi, dia ternampak perempuan yang cukup dia kenali keluar dari bilik rawatan. Matanya hampir terbeliak. Benarkah apa yang dia lihat sekarang?

Ha Sungha.

"Sungha!" teriak Jungkook sambil berlari ke arah Sungha. Wanita itu berpaling ke arahnya. Dengan kadar pantas, Sungha berjalan laju. Cuba mengelak dari berjumpa dengan Jungkook. Banyak mata-mata melihat mereka waktu ini.

"Su... Sungha, jangan lari!"

Tap!

Tap!

Darah Jungkook menitis dengan lebih laju sewaktu dia berlari pantas. Tangan Sungha sempat dicapai. Sungguh tak disangka.

"Su... Sungha, kenapa kau cuba lari dari aku?" soal Jungkook pelik. Sungha menarik tangannya kasar lalu berlari meninggalkan Jungkook.

Baru saja Jungkook ingin mengejar Sungha, kepalanya berat. Anak matanya berpinar-pinar. Jungkook rebah ke lantai.

★☆★

Jungkook mencelikkan matanya. Wajah Haejung, Jinyoung dan ibunya menyapa pandangan mata. Dia menggerakkan tubuhnya sedikit demi sedikit.

"Jungkook, apa yang dah jadi sebenarnya?" soal Helena lalu mengusap kepala Jungkook.

"Kita sebenarnya ada di mana?" balas Jungkook bersama soalan. Dia keliru. Bagaimana Sungha boleh berada di Busan?

"Kita berada di Hospital Besar Seoul, sekarang ni. Kamu dipindahkan ke sini atas sebab tertentu," jawab Helena lagi. Masih kekal menatap wajah anaknya umpama mayat hidup. Bibirnya bagai tiada laluan untuk darah mengalir.

"Apa yang dah jadi ni? Kenapa buat diri macam ni, Jungkook? Ibu tak nak kehilangan kamu. Kenapa ambil risiko untuk bahayakan nyawa kamu sekali lagi?" rintih Helena lagi. Ibu mana yang tak sedih jika anaknya sentiasa berada di zon kurang selamat.

"Jungkook terserempak dengan dia."

"Dia yang bantu kamu?"

Lemah Jungkook mengangguk. "Tapi dia nampak tak gembira berjumpa dengan saya. Seolah-olah tak mengenali saya. Seolah-olah kami tidak pernah bersua," ucap Jungkook yang diselangi esakan kecil.

"Tubuh dia dah mula berisi. Dia nampak comel dengan pipi tembam. Dia... Dia sedang mengandungkan anak saya," luah Jungkook dengan mata yang tertutup. Membayangkan Sungha ketika itu. Senyuman dibibir kian terukir. Ibunya terdiam.

Baru dia sedar, sedar dengan dirinya. Sedar dengan kesalahannya. Dia sebenarnya bukan mencintai Yellena. Dia mencintai Ha Sungha.

"Bila Jungkook boleh keluar? Jungkook nak jumpa dia."

"Kau buat hal lagi, ada hati nak keluar awal. Sepatutnya, berehat secukupnya. Kau tahu dia tinggal mana kan? Kenapa nak tergesa-gesa? Kau sihat, kau boleh lakukan apa-apa sahaja," bebel Jinyoung lalu meletakkan sekotak susu dutch lady di atas meja kecil.

"Bong Hee tak apa-apa?" soal Jungkook tiba-tiba. Jinyoung menjelingnya malas. "Budak tu tak apa-apa. Sebulan dah Jungkook. Sebulan sudah kau koma. Tak tenang ibu tengok kau. Sekejap jantung lemah," ujar Jinyoung lagi.

"Ibu, ibu rasa Jungkook masih ada peluang untuk diterima?" Jungkook beralih pandangan. Ibunya menangis tak bersuara. Jungkook bagai mengerti, terus dicapai tangan yang kesat itu.

"Jungkook minta maaf sebab menitiskan air mata ibu kembali."

"Jungkook, kalau betul dia pernah meluahkan perasaan cinta dan sayang. Percayalah cakap ibu, akan ada peluang untuk kamu. Hati perempuan, tak sekeras kayu. Lagipula dia sedang mengandungkan anak kamu. Sabar ya sayang. Keluar saja dari hospital, jumpa dia."

"Bong Hee tu macam rapat dengan abang. Abang kenal dia tu sejak bila?"

Senyuman yang kendur tadi, perlahan-lahan terukir kembali.

2⃣0⃣1⃣9⃣

Tiga bab bakal menyusul.
Vote 25 = Bab 43

Kemon gaes. Bukan namanya i kalau hero mampus cepat hahahaha :)
Nasib lega. Kalau i reader, confirm aku tibai author ni kalau jk mati. hahahahaha

Meraung aku hahahaha

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now