bab 28 : heol

875 111 38
                                    

Jeon Jungkook menarik nafas panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeon Jungkook menarik nafas panjang. Dia sudah berhenti kerja dengan mengutuskan surat peletakan. Daun pintu ditatap lama. Perjalanan mencorak kisah buku lama masih diteruskan cuma tercoret sedikit kisah baru.

"Yah, Jeon Jungkook! Ini semua salah kau!" pekik Sungha lalu cepat-cepat berdiri daripada meniarap di atas badan Jungkook. Dia membetulkan rambutnya yang kelihatan serabai selepas berperang dengan Jungkook.

Telefon pintar dicapai lalu Sungha meninggalkan Jungkook seorang diri di rumah. Jungkook terdiam. Lelaki itu tak bergerak walau selangkah. Malah tangannya kekal mencengkam permukaan sofa.

Dia menutup kelopak matanya. Menarik nafas dalam sebelum melepaskan karbon dioksida keluar.

Jungkook menyentuh bibirnya pula. Lama. Baki sentuhan tadi masih hangat terasa. Seolah-olah masih terlekat padanya. Sentuhan tangan beralih ke arah dadanya. Degup jantung laju bekerja sehingga terasa mahu pecah. Perlahan-lahan bibir Jungkook menguntum senyuman paling manis tanpa sedar.

"Oh Tuhan!" Jungkook tersedar daripada lamunan pendek. Dia menggeleng laju dengan senyuman kecil. Entahlah, dia masih tidak dapat melupakan kejadian yang begitu gila buatnya.

Usai saja masuk ke dalam rumah, tiba-tiba saja silauan warna kuning menyinari setiap pelosok ruang tamu rumah Jungkook. Lelaki itu sudah tahu akan kehadiran Pari Chim yang sudah lama tidak mengunjunginya.

"Jeon Jungkook, kau tahu kan? Kau tak boleh tengok dunia dengan wajah asli kau. Bahaya ada di mana-mana," ucap Pari Chim lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Aku tak kisah dengan apa yang akan jadi selepas ni. Mereka jauh. Tak akan sampai sini, mereka berkeliaran," ujar Jungkook pula.

"Mungkin mereka ada ahli terdekat. Kau pun tahu kan, pengaruh dia kuat," balas Pari Chim. Dia mendekati Jungkook. Lelaki itu hanya mampu mengeluh panjang.

"Tak apa. Sekurang-kurangnya aku ada keyakinan untuk mendapatkan gadis tu," kata Jungkook perlahan. Mereka bertatapan lama.

"Terserah pada tangan kau. Cuma risiko besar sikit. Jungkook, langkah kau nampaknya berjalan dengan baik. Kau cuma perlu dapatkan lagi keyakinan daripada dia. Bila kau dah cengkam seluruh jasad dia, kau akan menang." Jimin tersenyum kecil lalu menepuk bahu Jungkook.

Namun, Jungkook pula seperti dibelenggu masalah. Mungkin dia akan puas hati dengan semua ni, tapi dia harus ingat. Dia sedang mempermainkan hati seorang wanita.

"Apa lagi yang ada difikiran kau, Jungkook?" soal Pari Chim.

"Kalau aku mati nanti, mesti dosa aku bertimbun. Layakkah aku masuk ke dalam syurga?" tanya Jungkook dengan soalan cepumas.

Dia bukannya tak tahu yang dunia hanyalah persinggahan sementara. Yang kekal hanyalah syurga dan neraka.

"A... Aku tak jamin,"

"Tak apalah. Aku sudah malas mahu berpatah-balik,"

"Hm, oh ya tentang apa yang kau ceritakan kepada aku hari itu, aku dah dapatkan jawapan sebenar."

"Kau sebenarnya dah jatuh cinta, Jungkook. Kau hanya dapat membaca suara hati apabila melihat mata orang yang kau suka," jelas Pari Chim. Jungkook terbeliak.

"Mustahil. Aku hanya suka Yellena,"

"Cuba selami hati sendiri sebelum nak memahami hati orang lain. Kadang, kita tersilap langkah,"

Pari Chim menasihatinya. Jungkook terasa dihempap dengam batu-bata. Dia semakin keliru. Yellena atau Sungha?

"Pari Chim, tak boleh ke aku kahwin dulu?" tanya Jungkook. Otaknya ditembak dengan pelbagai soalan yang selama ini membuatkan dia tertanya-tanya.

"Kau mati dengan cara kotor, layak ke kau hidup dengan cara suci?" Renungan anak mata Jimin menikam dalam anak mata Jungkook. Dia tersentak. Terimbau sewaktu kejadian lalu. Dimana, dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"13 hari lagi. Cepat, goda dia sampai dapat?"

Persoalannya, antara Pari Bwi dan Pari Chim, mana watak yang baik sebenarnya?

☆★☆

Sungha berdiri tegak di hadapan pintu rumah Jungkook. Dia mengemam bibirnya. Dia masih berkira, nak tekan loceng atau tak?

Tekan.

Tak.

Tekan.

Tak.

Gila jika hanya memikirkan hal yang sekecil itu. Kecil? Gila kau kecil. Selepas beberapa hari lalu, kejadian tercium tanpa sengaja itu masih kekal tertayang dimindanya. Dia malu ingin berhadapan dengan Jungkook.

Sejak kejadian itu hinggalah hari ini, jarang sekali dia berjumpa dengan Jungkook. Terserempak pun, dia tunduk walaupun Jungkook ada ingin menegurnya. Jungkook macam tak apa-apa lepas peristiwa tu. Macam tak terkesan.

Mungkin dah biasa. Sungha mengetuk kepalanya. Kau dah angau ni, Sungha! Akhirnya, Sungha putus asa lalu berpusing ke belakang.

"Eh, Sungha! Kenapa tak tekan loceng?" sapa Jungkook. Sungha menggigit bibirnya. Oh my! Jungkook dah datang. Sungha memalingkan wajahnya semula.

"Sebenarnya nak cari barang tercicir dekat depan rumah kau ni." Sungha berlakon secara tiba-tiba. Berpura-pura dia mencari sesuatu.

"Oh ya kah? Nak aku tolong cari?"

"Tak apa. Aku rasa dah jatuh ke bawah sana. Ok bye, aku balik dulu."

"Kau ni, asyik mengelak saja. Wae?"

Langkah Sungha terhenti. Dia menggaru kepalanya. "Kau tahu kan? Aku rasa tak selesa sejak kejadian hari tu. Aku boleh gila bila kau selalu ada dengan aku. Faham-faham sajalah,"

"Aku minta maaf sebab gurau tanpa batas hari tu. Kau anggap saja aku ni, boyfriend kau. Sekarang ni, aku rindu kau. Jadi, kita keluar malam ni, boleh?"

Sungha tercengang. Heol! Terasa mahu mencarut tanpa henti.

Kebabian apa yang Jungkook buat.

"Pergi bersiap cepat. Aku tunggu,"

💛

You make me feel speciarrrr

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now