bab 47 : terima

719 93 6
                                    

Sungha membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Tidak mahu bunyi pintu menjejaskan lena ayahnya. Dia menutup sekali dengan mengunci biliknya. Anak kunci biliknya diletakkan ke dalam poket. Dia berjalan dengan gaya slow motion.

Pintu utama rumah dibuka. Pagar besi itu ditolak ke luar. Kakinya melangkah dengan berhati-hati sebelum dia menyarungkan selipar getahnya. Kedua-dua pintu itu ditutup. Sungha menarik nafas panjang.

Macam nak mencuri rumah orang. Jam tangannya menunjukkan jarum jam menghala ke arah nombor 11. Sudah pukul sebelas malam. Entah mengapa Sungha teringin sekali menunaikan syarat Jungkook. Bertemu Jungkook setiap hari pada jam 11 malam.

Sejak kedatangan Jungkook kembali, dia... Bahagia. Telinganya tiba-tiba terngiang-ngiang dengan kata-kata Kim Taehyung.

Dia akan datang mendekati kau. Menenangkan kau. Menyayangi kau. Membelai kau. Menghangatkan kau. Kau akan ketagih balik dengan cinta dia ta... Tapi biar aku bagi tahu kesudahannya, kau tak akan bersama dia.

Sungha menggeleng lemah. Pintu rumah Jungkook diketuk berkali-kali. Tak lama selepas itu, wajah Jungkook muncul di sebalik pintu.

"Masuklah," ajak Jungkook hairan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Maaflah. Saya fikir awak tak datang. Kalau saya tahu, dah lama saya tunggu," kata Jungkook lagi. Sungha hanya diam membisu. Dia mengekori langkah Jungkook yang menuju ke bilik tidur. Sungha tersentak. Dia melangkah ke belakang. Kepalanya dipegang. Peristiwa hitam itu kembali berlayak dalam kotak ingatannya.

Jungkook yang menyedari dengan kelakuan Sungha, terus memeluk Sungha erat.

"Awak tak apa-apa? Baby tendang ke?" Sungha menggeleng. Dia menangis semahu-mahunya.

"Tempat ni kau tinggalkan aku, Jungkook." Sebaris ayat yang dikeluarkan begitu menusuk kalbu Jungkook. Dia mengusap rambut Sungha. Mengesat air mata yang tak henti-henti mengalir.

"Ulgo shipji anna."

Dia menarik Sungha masuk ke dalam bilik itu. Dia mencempung tubuh Sungha yang agak berat itu lalu dibaringkan ke atas katil.

Minyak angin diletakkan pada kedua-dua belah tapak kaki Sungha. Jungkook meratakan minyak tersebut pada keseluruhan tapak kaki Sungha. Diurutnya perlahan-lahan.

"Kau buat apa?"

"Urut tapak kaki."

"Buat apa urut tapak kaki aku? Tak sakit pun."

"Tapak kaki yang kecil ni lah tengah bawa anak saya ke sana ke mari. Bohonglah tak sakit. Mesti sakit. Ibu saya selalu bercerita, tapak kaki dia sentiasa sakit kalau tengah mengandung dan ayah saya lah yang akan urut." Sungha terharu dalam diam. Sinar keikhlasan begitu menawan seluruh hatinya.

"Tak payahlah sama kan ibu kau dengan aku. Ibu kau ada suami. Aku tak ada suami," kata Sungha sambil membetulkan posisinya. Tak ada pula dia suruh berhenti urut. Jungkook berhenti mengurut.

"Bilalah awak boleh terima kehadiran saya balik? Saya ni terlampau jijik pada mata awak ke? Kalau awak datang sekadar nak buat saya tersinggung, awak tak perlu datang Sungha. Fikiran awak akan dipenuhi dendam dan itu akan jejaskan kesihatan anak saya. Awak pun tahu, saya nak anak saya baik-baik apabila dilahirkan," lembut Jungkook menutur. Sebenarnya dia cukup tersinggung dengan sifat kurang ajar Sungha namun apa yang boleh dia halang.

Ini semua karma buatnya.

Dia menutup botol minyak angin itu lalu dicampak ke atas sofa.

"Baliklah Sungha, kasihan anak saya tu." Jungkook duduk di atas sofa. Mengambil bahan bacaan mengenai ibu mengandung.

Sungha sentap. Jungkook nampak terasa hati dengan tingkah lakunya. Dia makan hati juga.

"Kenapa tak sambung urut? Kaki aku sakit," panggil Sungha. Cuba meraih perhatian Jungkook.

"Saya bukan suami awak, buat apa nak urut."

"Tapi saya tengah kandungkan anak awak. Jadi urut semula supaya anak awak baik-baik saja."

"Malas."

Sungha mengengsot turun dari katil. Minyak angin dicapainya lalu cuba diletakkan pada tapak kakinya. Dia duduk di sebelah Jungkook. Lelaki itu hanya memerhati kelakuannya.

First time, dia tak sampai nak letak minyak angin dekat tapak kaki dia.

"Gemuk. Sungha gemuk," Sungha mengutuk dirinya sendiri. Dia bersandar pada sofa. Putus asa. Tapak kakinya yang beransur-ansur pulih tadi sakit semula.

"Sini abang buatkan," kata Jungkook. Sungha hanya diam. Memang itu yang dia mahukan. Dia memerhati Jungkook yang mengurut tapak kakinya.

Dia akan datang mendekati kau. Menenangkan kau. Menyayangi kau. Membelai kau. Menghangatkan kau. Kau akan ketagih balik dengan cinta dia ta... Tapi biar aku bagi tahu kesudahannya, kau tak akan bersama dia

Sekali lagi Sungha dihambat dengan ayat Kim Taehyung. Apakah kesudahan akan berakhir dengan perpisahan?

"Abang buat semua ni untuk baby kan? Kalaulah saya jadi baby tu."

"Tak, abang buat semua ni sebab nak raih cinta sayang. Kalau dulu tanpa sayang sedar, abang lemas dalam hubungan cinta kita tapi sekarang biar abang buat sayang lemah dalam cinta abang. Fair and square. Dua-dua pernah lemah dan tewas," balas Jungkook. Dia menghampiri lalu duduk di sebelah Sungha. Kepala Sungha ditarik ke dalam dakapan.

"Abang sayang sangat awak, Sungha. Tak boleh ke kita tamatkan kisah kita dengan pengakhiran yang bahagia. I want a happy family with you and Sarang," pujuk Jungkook lagi.

"Sa... Sarang?"

"Ya Sarang. Nama anak kita Sarang. Bermaksud cinta, tanpa cinta dan pengorbanan Sarang tak akan wujud dalam dunia ni."

"Awak tak nak berkongsi hidup dengan saya, Sungha? Orang yang awak selamatkan sampaikan harus korbankan mahkota."

"Abang jumpa ayah esok. Ceritakan segalanya."

Malam itu, malam romantik pertama mereka lalui. Akhirnya Sungha menerima kembali Jeon Jungkook. Lelaki dulu yang pernah memegang takhta hatinya. Lambang cintanya.

🐦

Kenyanglah makan update rinieee.

Dah siap dah bab ni cuma haih sis guna basic. Harini dalam waktu tiga jam sis taip tiga bab. Entah sempat ke tidak nak tamatkan hm. Nak gosok baju lagi haha.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now