bab 43 : merosot

724 94 15
                                    

Aku memeluk bantal erat. Tangisan aku semakin kuat berbunyi. Setelah sekian lama tidak mengalirkan air mata, akhirnya aku tewas apabila melihat lelaki yang sudah menghilang sejak lima bulan lalu kini muncul secara tiba-tiba.

Aku mungkin hebat melawan air mata tapi berkenaan Jungkook, itu bukan aku. A... Aku cukup merindui jejaka itu. Kenapa kau lari Sungha? Sebab dia dah tinggalkan kau dengan keadaan sebegini? Dicaci, dimaki, dikutuk mengandungkan anak luar nikah.

Apabila berhadapan dengan Jungkook, sungguh aku teramat membencikannya bagai tidak mahu melihat wajahnya langsung. Akan tetapi jauh disudut hati, sungguh aku rindukan dia.

Rindukan segala-galanya tentang dia.

Aku menggigit bibir. Perutku terasa senak. Menyedari anak kecil ini tidak langsung aktif. Bagai mahu mati. Aku mengusap perut aku perlahan-lahan. Jeda dengan keadaan ini. Telinga aku terkenang segala jua yang dikatakan oleh doktor itu.

"Saya gembira melihat perkembangan kesihatan puan. Berat badan dah naik tapi kandungan puan pula mula merosot. Bayi puan kurang aktif jika melihat perkembangannya," ucapnya dengan nada tenang walaupun isinya teramat mendukacitakan. Aku mengangguk faham. Sememangnya sudah dijangka dari awal.

Anak aku langsung tak bergerak sejak dua bulan lepas sedangkan tubuhnya sudah cukup anggota. Kaki boleh tendang sana sini tapi aku tak rasa apa.

"Kalau berterusan macam ni puan, kemungkinan besar anak puan akan mati. Puan kena sentiasa berinteraksi dengan anak. Suami puan mana? Dah kali keempat janji temu kita namun saya belum nampak batang hidung suami puan. Puan ada bagitahu suami? Suami tahu puan mengandung?"

Hati aku serta-merta berdegup kencang. Berderau darah aku apabila ditanya soalan begitu.

"Saya dah bagitahu. Suami saya sibuk."

"Haih, tak boleh macam ni! Puan kena jaga kandungan elok-elok. Tambahan pula, ini anak pertama puan. Begini, beri nombor telefon suami puan. Saya akan jelaskan perkembangan anak puan kepadanya,"

Aku diam.

"Puan, dah banyak saya jumpa spesies macam ni. Bersama boleh pula 10 pusingan sampai berjam-jam tapi untuk luangkan masa dengan anak hanya 20 saat pun tak boleh?"

Pedas nak mati ayat doktor ni. Sampai aku yang nak nangis pun tak jadi.

"Tak apa doktor. Saya boleh selesaikan masalah ni. Dia sibuk mencari rezeki," balas aku.

"Anak pun sebahagian daripada rezeki, bukan? Jadi boleh bagi nombor telefon, suami?"

Doktor yang bernama Bae Ara ini kelihatan mendesak. Tak nampak ke yang dia terlalu.

Yes, dia terlalu masuk campur hal rumah tangga aku. Cis, rumah tangga!  Kahwin pun tak lagi. Ni kalau aku bagitahu dia, mati aku kena leter. Aku pasrah. Aku hanya ingat nombor dia. Ya, dia. Aku yakin, doktor ini akan mengalah jika aku beri nombor ini.

Nombor Jungkook.

Lelaki ini pasti tak angkat. Sebab dia dah hilang dari dunia ini.

"Terima kasih puan. Nanti perjumpaan seterusnya, bawa suami sekali. Paksa dia. Tak pun, bagi alamat tempat dia bekerja."

Be... Benar-benar tak masuk akal. Beliau begitu melampau. Fuh, aku bersangka baik. Mungkin dia sayang aku.

Aku menarik nafas panjang. "Saya minta maaf buat kamu tersakiti dalam diam. Maafkan saya sebab tak mampu nak jaga kamu sebaiknya. Bergeraklah sayang, sa... Saya omma kamu ni. Appa sibuk tapi kamu tak boleh mengalah untuk teruskan hidup," luah aku dengan esakan kecil.

Mata aku tiba-tiba silau dengan cahaya kehijauan. Cahaya tersebut bergumpal lalu muncul seorang lelaki bersayap hijau. Aku memerhati tingkah lakunya. Ini merupakan kali ketiga dia menjelma kepada wajah sebenar.

"Sungha, dia dah kembali," kata pari-pari ini dengan suara sayu.

"Siapa yang kau maksudkan?"

"The Jk. " Automatik. Automatik berair lagi mata aku.

"Boleh kau berhenti cakap fasal Jungkook. Aku tak suka. Aku benci. Tolong hormat perasaan aku." Aku memberi amaran ringkas kepada lelaki ini.

"Dia akan datang mendekati kau. Menenangkan kau. Menyayangi kau. Membelai kau. Menghangatkan kau. Kau akan ketagih balik dengan cinta dia ta... Tapi biar aku bagi tahu kesudahannya, kau tak akan bersama dia," ujarnya dengan intonasi suara yang paling aku rasa seram nak dengar.

Keningku bercantum apabila pari-pari ini mengucapkan kata-kata yang sungguh aku tak faham.

"Apa makna semua ni, jika kau beritahu pada aku? Aku tak akan pandang dia buat selama-lamanya. Dia tak akan kembali," balas aku mendatar. Pandangan yang diberikan, sukar sekali untuk ditafsir. Dia menghampiri aku. Melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Saya kenal awaklah, Sungha. Kalau awak tak cintakan dia, awak tak akan buat semua ni untuk dia. Nasib saya baru menjelma dua kali di hadapan a...,"

"Kan kau dah pesan, bila mana aku sendirian dan kesedihan, aku boleh panggil kau untuk temankan aku ta... Tapi aku tak panggil kau," potong aku separa berbisik. Dia menukarkan panggilan dengan panggilan dahulu.

"Aku ada dimana-mana Sungha. Aku ada waktu kau buat check up tadi. Aku tahu hati kau sedih. Kau dah jumpa Jungkook, kan?" soalnya dan pantas aku mengangguk.

"Sungha, kita mungkin tak dapat berkomunikasi macam ni lagi kerana ini merupakan kali terakhir kita bersua muka. Aku dah gunakan ketiga-tiga peluang untuk menjelma di bumi. Aku harap kau tak apa-apakan diri kau lagi seperti sebelum ni."

"Ka... Kau nak tinggalkan aku, Hoseok? Oh tak, Pari Bwi or should I call, Kim Taehyung. Tergamak kau nak tinggalkan aku? Aku hanya ada kau dan ayah. Aku tak ada siapa-siapa lagi!" bentak aku. Sungguh terkejut saat dia menjelmakan diri di hadapan aku buat kali pertama. Hoseok tubuh samaran di dunia. Dia ialah pari-pari yang ingin menyelamatkan aku dari dinodai oleh Jungkook tapi tak sempat mahu berbuat apa.

Aku degil.

Kim Taehyung memegang kedua-dua belah pipi aku. Anak mata kami bercantum. "Kan aku dah cakap, aku hanya penjaga kau sementara. Jeon Jungkook akan datang tepat pada waktunya. Aku menjelma di hadapan kau kali ini dengan satu tujuan. Supaya kau bersiap-sedia dengan jalan hidup kau. Dia akan datang dan akan jadi larangan dalam hidup kau. Dia dekat dengan kau namun kau tak boleh bersama untuk selamanya," jelas Taehyung.

Aku menjauh diri daripadanya.

"Jadi kau dah tahu yang Jungkook dah hidup sebelum aku tahu?" Balasan daripada Taehyung bikin hati aku meraung lagi. Kenapa dia tak bagitahu awal?

"Panjang ceritanya Sungha. Aku akan bagitahu melalui surat utusan. Aku tak dapat berlama di sini. Izinkan aku mengikut ke mana Park Jimin pergi."

Aku tak faham. Betul-betul tak faham. Perut yang berlapik kain nilon ini disentuh oleh tangan kanan Kim Taehyung. Lama. Dia memejamkan mata erat.

"Ah!"

Fuh! Maaf lambat tunaikan janji. Internet habis and lagi satu sis tulis balik. Padam yang dah siap tulis sebanyak 800++. Okay best jaa tapi sis dapat susunan yang lebih okay sewaktu memberus gigi. Habis berdarah gigi guaa. 1082 ++ fuhh.

Disebabkan sis delima tidak dapat menunaikan janji dengan tepat, sis hadiahkan bab 44 namun dengan syarat kecil.

15 vote : Bab 44

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now