bab 26 : hati saya

850 119 22
                                    

Tangan Sungha kemas mengenggam topeng muka yang terkoyak. Suasana di ruang tamu rumah Jungkook kelihatan tegang tak bernyawa.

"Kenapa nak tutup muka sebenar yang hensem dengan topeng muka yang lagi hodoh ni?" soal Sungha dingin. Dia meletakkan topeng muka tersebut di atas meja. Jungkook mengetap gigi dalam diam. Wajah yang ditutupi selama ini telah diketahui.

"Kau kenapa nak marahkan aku?"

"Disebabkan topeng celaka nilah, kau kena hadap semua benda yang tak sepatutnya kau hadap. Nasib kau hidup, kalau kau mati. Aku tak tahulah," bebel Sungha. Ekspresinya menunjukkan dia terlampau risau dengan lelaki ini. Jungkook tergelak kecil.

"Kau risaukan aku?"

"Gila tak risau! Kejap, mana ada! Aku tak ada lah risau cuma kasihan dengan kau," ujar Sungha. Dia beriak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jus oren di atas meja, diteguk laju. Habis saja minuman itu, dia meletakkan gelas itu semula.

Jungkook menggeleng kecil lalu beralih tempat duduk. Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Sungha membuatkan Sungha hairan.

"Jujurlah sajalah yang kau risau akan keadaan aku, hm?" soal Jungkook cuba mendekati wajah Sungha.

"N... No dan sekarang kau cuba buat apa," balas Sungha.

"Kau kata dekat aku yang aku tak boleh buat baik sebab nanti kau jatuh cinta. So, sekarang ni aku nak buat jahatlah," sinis Jungkook membalas. Anak mata Sungha mengecil. Terasa ingin mencarut.

'Ni bukan buat hati aku jadi benci. Hati aku bergetar, bongok!' bisik hati kecil Sungha lalu menolak dada Jungkook menjauh. Dunianya seakan berhenti berpusing. Jungkook yang merenung anak mata Sungha, sudah terbaca isi hatinya. Dia mengekek ketawa.

"Wah, seronok ketawa!" sindir Sungha. Dia bercekak pinggang. Pipi Jungkook dicubit membuatkan lelaki itu menjerit sakit.

"Sakitlah Sungha!"

"Tahu pun."

"Sekarang ni, macam mana aku nak keluar rumah?" tanya Jungkook sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sungha mengusap dagu runcingnya. Memerah otak untuk mengeluarkan idea bernas.

"Aku ada idea!"

"Apa?"

"Memandangkan hari ini dah masuk gaji. Kau berhenti kerja situ lepastu kau pindah dari sini dan kau datang balik dengan wajah sebenar,"

"Aku tak bersedia dengan wajah sebenar aku."

"Kau ada masalah?"

"Tak adalah cuma, haih ya, aku ada masalah tapi masalah aku terlampau besar nak dikongsi dengan kau. Nanti bila sampai waktunya, aku akan cerita pada kau," luah Jungkook.

"Kenapa tak sekarang? Mana tahu aku boleh tolong," kata Sungha pula. Jungkook berpaling ke arahnya. Menatap wajah manis yang berperilaku lain daripada gadis lain.

"Aku tak fahamlah dengan kau Sungha. Tadi kau merajuk, marah aku tapi sekarang kau dah berubah 360. Pelik dan unik," ucap Jungkook dengan suara halus. Menyelusuri lubang telinga Sungha. Sungha diam. Dia sendiri pun pelik.

"Jangan cakap aku saja! Kau pun sama. Dulu bisu macam OKU sekarang menggoda mengalahkan syaitan. Entah-entah kau belajar dari Yellena,"

Jungkook tersenyum kecil.

"Salahkan orang pula," cebik Jungkook. Boleh pula mereka berbual serapat dan sedekat ini.

"Aku bukan jenis macam perempuan lain tau. Aku kalau suka seseorang, bagi hint, kalau bodoh sangat, aku terus-terang."

Mata Sungha menjadi fokus anak mata Jungkook.

"Jadi, kau suka aku?"

"Ta... Tak. Cuma nak suruh kau beringat dengan setiap perbuatan kau pada aku yang boleh memamah sekeping hati aku. Kesian aku nanti, tanggung seorang diri. Kau kan suka Yellena, hm," ujarnya dengan ketawa yang dibuat-buat.

"Kenapa aku tak boleh ubah perasaan aku untuk orang yang ada hati dengan aku?"

"Gila,"

Lepas saja Sungha berkata, Jungkook terus menggeletek pinggangnya membuatkan Sungha ketawa kerana kegelian yang menyerang.

"Yah, Jeon Jungkook! Hahahaha. Gelilah!" ujar Sungha yang sudah tercungap-cungap keletihan. Sungha membalas. Dia menggeletek Jungkook. Akibat terlalu leka dalam membalas dendam yang begitu manis, dia tersadung kakinya sendiri lalu terjatuh di atas bidang dada Jungkook.

Bukan itu sahaja,



















Malah bibir mereka turut bersatu.

💒

I know this chap not sweet as sugar but sweet As honey. Upss.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now