bab 41 : tamat

733 99 29
                                    

Sebulan kemudian...

"Kau tak rindukan aku?" tanya Jungkook lalu melompat-lompat di atas tilam yang empuk. Bagaikan span berisi di dalamnya. Pari Chim hanya mengukir senyuman ikhlas.

"Hey, sudah tentu aku rindukan kau," balas Pari Chim lalu duduk tercongok di hadapan Jungkook. Jungkook akhirnya meniarap di atas katil.

"Aku dah berjaya. Aku dah balik ke pangkuan keluarga semula. Kenapa sekarang kita boleh berkomunikasi macam dulu? Ada keajaiban telah berlaku?" kata Jungkook lagi. Dia menongkat dagunya. Pari Chim atau dengan nama sebenarnya, Park Jimin hanya melihat telatah lelaki itu.

Lelaki tu macam budak kecil.

Sudah dianggap adik kandung sejak kali pertama menyelamatkan Jeon Jungkook walaupun usianya sudah mencecah 60 tahun. Umpama atuk dan cucu.

"Kau puas?"

"Tak." Jungkook menundukkan kepalanya.

"Apa lagi yang tak cukup?"

"Cinta aku. Aku harap dia tak apa-apa."

Jimin hanya diam. Jungkook bermain dengan mutiara yang ada di tepi katil tersebut. Secara tak sengaja bibirnya terpancar pada permukaan mutiara itu.

"Sebentar, bukan aku... Kejap. Bukannya aku kena langgar hari tu. Bong Hee, bu... Budak tu tak apa-apa kan? Sekarang ni, aku ada di mana?" Jungkook mula bertanya sambil turun dari katil. Dia mula hairan lantas melihat keadaan sekeliling. Mahligai berwarna perak keputihan. Cahaya putih yang terpancar melalui mutiara besar yang terletak di atas istana.

Tubuhnya pula tersarung baju berwarna putih, seperti ahli syurga. Tangannya mula menggigil.

"Haih, Tuhan dah bagi nyawa buat kali kedua, kau sia-sia kan. Nak cinta hati tapi pergi selamatkan budak tu. Aku perhati saja kau ni," bebel Jimin lalu memetik kelopak smeraldo yang tertulis nama Jungkook. Hampir layu kelopak itu.

"Aku tak faham."

"Manusia tak akan faham bagaimana cara dunia atas beroperasi,"

"Ak... Aku sebenarnya duduk mana?"

"Kau berada di antara dua alam semula. Jasad dan roh kau terpisah. Kau nazak, Jungkook. Tengah bertarung nyawa di bawah sana," ujar Jimin tenang. Jungkook sudah berundur setapak demi setapak.

"Kau nak cakap nyawa aku macam telur dihujung tanduk?"

"Begitulah."

Jungkook menutup kelopak matanya perlahan-lahan. Jimin mendekati Jungkook langkah demi langkah.

"Betullah kata orang, siapa kita ingin melawan takdir. Aku akan mati juga akhirnya."

"Usah bersedih, aku kan ada," ujar Jimin. Jungkook mencelikkan matanya. Tangan kiri Jimin meletak kelopak smeraldo di bahagian dada Jungkook. Tapak tangan kanan Jimin pula menekap kelopak smeraldo itu.

"Kau nak buat apa ni, Pari Chim?"

"Selamatkan kau, kalau kuasa aku mampu," ucap Jimin bersama senyuman paling manis. Sayapnya yang kekuningan perlahan-lahan hilang. Arus warna yang kelihatan itu mengalir pantas ke dada Jungkook.

Lelaki itu memeritkan kelopak matanya. "Kau gila ke?" jerit Jungkook. Kakinya langsung tak boleh melangkah. Tubuh Jimin semakin hilang daripada pandangan mata.

"Selamat tinggal."


☆★☆

Bong Hee mengelus jari-jemari Jungkook. Dia mengenggam tangan lelaki itu. Sudah sebulan Jungkook tidak sedarkan diri akibat menyelamatkan nyawa Bong Hee. Gelap kembali keluarga Jeon.

"Pak cik, kenapa pak cik selamatkan Bong Hee? Kenapa pak cik bahayakan nyawa pak cik? Bo... Bong Hee tak nak kehilangan pak cik. Bangunlah. Pak cik muda, bangunlah. Bong Hee sa... Sayang pak cik," ucap Bong Hee lalu melekapkan tapak tangan Jungkook pada pipinya.

Haejung dan Jinyoung kekal berdiri di muka pintu. Apakah kesudahan keluarga Jeon begini? Datang dan pergi. Sewaktu dimasukkan ke hospital, lelaki itu berada di tahap kritikal.

Dup. Dap. Dup. Dap.

Bong Hee terdongak. Jinyoung, Haejung dan Helena menghampiri Jungkook.

Jantung Jungkook mula berombak. Gariz zig zag pada mesin itu hampir semuanya bertukar menjadi garis panjang selari. Tiada tanda-tanda untuk menjadi garis zig zag semula. Mesin penghitung nadi semakin lambat berbunyi.

Sedari itu, Jeon Helena mengelabah teruk. Ditekan berkali-kali butang kecemasan itu. Payahnya menelan air liur saat ini. Tak mungkin dia bakal kehilangan Jungkook buat kali kedua.

"Jungkook! Jungkook! Kamu tak apa-apa kan? Ibu tunggu kamu ni! Haejung dan Jinyoung." Puan Jeon panik. Butang kecemasan ditekannya lagi. Rasa takut menyelubungi diri tatkala melihat dada Jungkook melonjak-lonjak.

"Puan dan adik-adik sila keluar! Doktor akan datang merawat." Halau jururawat yang baru hadir itu. Tergesa-gesa dia datang ke mari.

"Selamatkan anak saya. Saya tak mahu kehilangan buat kali kedua," rintih Helena lagi. Sempat tangan anaknya dicium sekilas.

"Kami akan cuba puan."

Tak dapat ditahan lagi. Air mata lebat membasahi pipi. Tubuh Jungkook yang menggeletar hebat dipandang penuh bimbang. Bimbang akan kehilangan anaknya.

Tuhan, selamatkan Jeon Jungkook!

Adakah sudah tamat? Adakah pengakhiran begini memilukan hati semua?

Yeah doakan Jungkook mati. Dia kan jahat haha.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now