bab 24 : cedera

864 112 15
                                    

"Kau dah makan? Aku ada bawa bekal hari ni, kalau nak, kita boleh kongsi makanan sama-sama," tanya Jungkook dan Sungha hanya membisu. Dia khusyuk mengira stok. Jungkook mengumam bibirnya. Bahu Sungha disentuh perlahan. Sungha memalingkan mukanya ke arah Jungkook lalu mengangkat kening.

"Kau tak dengar apa yang aku cakap tadi?" soal Jungkook sambil mengeluh. Sungha menggeleng kepalanya. Dia bukan tak dengar, cuma mengendahkan saja. Entahlah. Dia serabut. Tidak mengerti dengan apa yang dialami olehnya sendiri. Hatinya diusik dengan satu perasaan asing.

Bukan itu saja, perubahan Jungkook dalam masa singkat membuatkan dia jadi hairan. Jungkook, sudah sedia maklum dengan sifat tak ada perasaan. Mana reti nak berfeeling-feeling bagai.

"Kau ada masalah?" soal Jungkook. Mereka bertentang mata. Sedari yang Jungkook dapat membaca suara hatinya dengan merenung anak mata, cepat-cepat Sungha mengelak.

"Aku tak apa-apa."

"Kau bohong."

"Dahlah. Teruskan kerja kau," kata Sungha lalu memberi senyuman tipis. Jungkook menggeleng. Dia mengeluarkan bekal makanan lalu diletakkan di hadapan Sungha.

"Jom makan," ajak Jungkook namun Sungha kaku. Dia diam. Hanya memerhati bekal makanan itu.

"Boleh tak berhenti buat baik atau pura-pura baik kau tu kepada aku. Aku memang tak sama dengan perempuan lain tapi aku ada hati yang mudah jatuh cinta. Jangan bagi harapan kepada perempuan lain kalau kau dah suka dekat perempuan lain," ujar Sungha mendatar. Dia keluar daripada bilik stok.

Lelaki itu hanya melihat Sungha dengan ekoran mata. Dia tahu dia tak sepatutnya buat begitu.

'Jadi betullah, dia dah ada harapan,' bisik hati kecil Jungkook. Dia menunduk. Terasa seperti ingin menghentikan waktu dan membunuh diri tapi dia tahu, tidak ada guna membunuh diri.

"Langkah pertama sudah selesai."

"Langkah apa yang dah selesai?" tanya Bambam tiba-tiba. Dia terkejut namun reaksinya tidak terlalu menunjuk. Salivanya ditelan kelat.

"Tak ada apa-apa."

"Kau sebenarnya ada niat busuk kan? Tengok muka pun dah busuk, apatah lagi hati kau yang tak nampak tu. Sebusuk bangkai. Hati hitam boleh tutup dengan jubah tapi kau dah terang-terangan nampak. Baliklah semula negara asal kau," kutuk Bambam. Jungkook menarik nafas panjang.

"Wah, hantu pun boleh tahan sabar!"

"Encik Bambam, saya tak suka cari gaduh atau menghuru-harakan keadaan. Jadi ada baiknya Encik Bambam jangan kacau saya," ucap Jungkook seberani yang boleh. Teringin sekali dia nak tumbuk muka lelaki ini namun apakan daya, tidak mampu.

Dan lebih baik menahan daripada melepaskan untuk sementara waktu.

"Cakap dekat aku apa hajat kau?" Dagu runcing Jungkook dicengkam kemas. Mata mereka bertatapan lama. Jungkook menolak tubuh Bambam hingga lelaki itu terundur hingga ke dinding. Bambam berdiri. Meludah lantai pejabat. Kolar baju Jungkook ditarik. Pipi Jungkook menjadi mangsa tumbukan. Ditolak Jungkook masuk ke bilik stor yang lebih kecil.

Ditendang hingga terhentak pada dinding. Jungkook mencari nafas yang hilang. Tenaganya hilang begitu saja tanpa sempat mempertahankan diri. Hujung bibirnya terasa mengeluarkan sedikit cecair namun dia tidak dapat melihat kerana memakai topeng.

Dapat dia agak seluruh mukanya luka.

"Apa yang kau nak dari aku Bam... Bambam?" ujar Jungkook mengah.

"Berhenti kerja." Dua patah yang sudah sekian lama Jungkook tahu.

"Kenapa kau bencikan aku sangat?"

"Kejap, kenapa kau punya muka tak lebam?" tanya Bambam lalu menapak mendekati Jungkook.

"Sebab kau hantu! Janji dengan aku yang kau akan berhenti kerja hari ni!"

"Tak nak." Rambut Jungkook ditarik kuat. Dia mengemam mulutnya. Lama Bambam menyeksanya seperti binatang. Akhirnya dia mengalah.

"Aku akan be... Berhenti kerja."

"Bambam!"

Lama doe tak update. Silalah bunuh saya. Akan dihabiskan Inshallah dalam masa sebulan.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now