Bab 4

562 44 3
                                    

Hari berganti bulan , Felisha dan Qashaf kini seakan sudah mampu menerima ketentuan Tuhan.

Hati mereka tidak lagi terlalu kecewa dengan apa yang terjadi. Tidak lagi begitu mengingati satu sama lain. Namun cinta yang dirasa tetap sama.

Nama penuh tetap saja diingat dan dilafazkan disetiap sujud terakhir dan doa mereka berdua.

Benarlah kata orang , apabila kau redha menerima ketentuan Tuhan.. Inshaa Allah kau akan merasa lebih bahagia dari dahulunya.

Begitulah apa yang dirasa oleh Qashaf dan Felisha yang semakin rasa bahagia. Manisnya rasa mendoakan satu sama lain dalam diam.

Hari demi hari terus berlalu pergi. Tidak terasa pantasnya waktu berlalu. Kerinduan dihati Qashaf seakan tidak mampu ditahan.

Dengan pantas tindakan diambil oleh Qashaf. Melihat Felisha yang tidak berada diatas talian berjaya mengukirkan senyuman Qashaf.

" Okay , this is my chance. "

Lantas jarinya menaip sebuah pesanan mesej lalu dihantar pada Felisha.

" Felisha , I miss you. "

" I miss you a lot. "

" And , here I am. "

" Still loving you , sayang. "

Pesanan itu dihantarkan pada Felisha secara bertubi-tubi. Senyuman diwajah Qashaf semakin melebar.

Sedang Felisha menaip sebuah novel dilaman wattpad miliknya , mesej Qashaf mula masuk. Dilihatnya notifikasi itu , dengan pantas Felisha tertawa kecil. Selang beberapa saat selepas itu mesej-mesej tersebut dipadam oleh Qashaf.

Felisha yang tersenyum lebar sekali lagi tertawa kecil melihat mesej dari Qashaf dipadam satu persatu.

" Rindu awak jugak ! "

Bisik hati Felisha dengan riang. Senyuman Felisha yang masih memekar diwajahnya itu terus melebar hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Felisha yang teruja sedaya upaya cuba bertenang. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.

Dengan pantas jari Felisha menaip pesanan pada Qashaf.

" Kenapa ni ? "

Balas Felisha yang berpura-pura tidak tahu pesanan apakah yang telah dipadam oleh Qashaf sebentar tadi.

Qashaf yang menerima pesanan dari Felisha lantas terkedu. Qashaf terdiam beberapa detik sambil merenung mesej dari Felisha yang terpapar di skrin telefon itu.

" F-felisha sempat baca ke ? Ya Allah. "

Desis hati Qashaf yang tergagap-gagap akibat terkedu. Qashaf meraup kasar wajahnya itu. Qashaf khuatir andai Felisha sudah terbaca mesejnya itu.

" Okay Qashaf relax. Felisha tak sempat baca. Dia tak tahu. It's okay. "

Ujar Qashaf yang cuba meyakinkan dirinya bahawa Felisha tidak sempat membaca mesejnya tadi. Matanya dipejamkan lalu nafas yang panjang ditarik dan dihembus.

Lalu matanya dibuka. Jari jemari Qashaf dengan pantas menaip sebuah pesanan untuk membalas mesej Felisha itu.

" Ehhh ? Tak tidur lagi ? "

Qashaf cuba bertindak biasa dan mengalihkan perhatian Felisha. Namun begitu , usahanya tidak berjaya. Felisha lantas membalas mesejnya itu bertanya mengenai apa yang dipadam olehnya sebentar tadi.

" Why do you deleted it ? "

Felisha yang berpura-pura tidak tahu itu tertawa kecil melihat Qashaf yang mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatiannya kepada topik lain.

PenantianWhere stories live. Discover now