Bab 37

143 17 1
                                    

" Nah , minum ni "

Arah Qashaf dengan lembut sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Felisha yang sudah bersandar pada seat kereta itu.

" ha ? Ah.. thanks.. "

Jawab Felisha kepada Qashaf yang sedang memandangnya itu. Lalu , tangan kanan Felisha pun mengambil air mineral yang sudah dibuka penutupnya itu dan meneguk air tersebut.

Tanpa sebarang kata , Felisha menghulurkan botol mineral yang masih berbaki air yang banyak itu kepada Qashaf.

Qashaf yang melihat itu pun lantas mengambil botol mineral itu dan menutup botol itu.

" Sha okay tak ni ? "

Soal Qashaf kepada Felisha dengan dahi yang berkerut setelah melihat Felisha yang sudah memejamkan kedua-dua matanya sambil mengurut lembut dahinya.

" Sakit kepala... "

Jawab Felisha dengan suara yang serak dan perlahan.

" Qash hantar balik okay ? "

Pelawa Qashaf yang ingin menghantarkan Felisha pulang ke rumah.

Felisha yang sudah separuh sedar itu hanya mengangguk perlahan.

Setelah menerima jawapan , Qashaf pun bersedia untuk menghidupkan enjin keretanya. Tiba-tiba , tangan kiri Felisha menarik hujung baju kemeja dibahagian lengan Qashaf itu dan berkata.

" Qash.. tolong.. call Zira.. "

" cakap.. yang Sha okay... "

Disebabkan sakit kepala yang semakin kuat , Felisha meminta Qashaf untuk menelefon sahabatnya dan memberitahu bahawa dirinya baik-baik sahaja disaat itu kerana Felisha tahu , pasti sahabat-sahabtnya begitu khuatir akan dirinya.

" Okay , dah.. sekarang Sha tido okay ? Nanti dah sampai.. Qash kejut. "

Jawab Qashaf kepada Felisha dengan nada suara yang lembut.

" thanks.. "

Balas Felisha yang mengucapkan terima kasih sambil tersenyum nipis memandang Qashaf dengan mata yang separuh terbuka.

Lalu dengan pantas Qashaf mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Nama Anizira ditaip dan nombornya didail oleh Qashaf.

" Helo ? "

Suara Anizira yang cemas itu lantas kedengaran dicorong talian itu sejurus panggilan Qashaf dijawab.

" Helo Zira. Ni aku ni Qashaf. "

Sapa Qashaf yang memperkenalkan dirinya kepada Anizira kerana khuatir Anizira sudah tidak lagi menyimpan nombor telefonnya.

" Ha , ade ape ? Aku nak cepat ni "

Desak Anizira yang menyuruh Qashaf untuk memberitahu perkara itu dengan cepat kerana dia sedang sibuk mencari Felisha diketika itu.

" Aku nak  bagitau , Sha ade dengan aku sekarang ni. Kau dengan yang lain jangan risau eh. "

PenantianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang