Bab 7

326 30 0
                                    

" haih. Baru first day sekolah. Apehal aku dah penat sangat ni "

Keluh Felisha yang meluahkan rasa penatnya sambil merenung siling putih dikamarnya itu.

Buat Felisha meski tahun baru sahaja bermula , dia sudah berasa begitu penat.

Sedang matanya merenung siling yang putih dan kosong itu , jari jemari ditangan kiri Felisha ralit bermain dengan loket rantainya.

" Hm. Sekarang baru 2 Januari... "

" Tapi kenapa aku penat sangat ni.. "

" Haih ... "

Sekali lagi Felisha mengeluh memikirkan soal kehidupannya. Kepenatan yang dirasakan oleh Felisha benar-benar membuatnya bingung memikirkan punca kepenatan itu.

" Ish. Menganggu betul. Aku dah la banyak homework ni. "

Bisik hati Felisha sambil mengerutkan wajahnya.

Jari jemari Felisha berhenti bermain loket rantainya itu. Lantas Felisha duduk dan menampar perlahan pipinya yang tembam itu.

" No. Kau okay. Something will be fine. It's normal to feel tired. "

" Its okay Felisha. Its okay ! "

Ujar Felisha yang cuba untuk memberikan semangat pada dirinya semula. Lalu diherotkan pipinya hingga mengukirkan segaris senyuman nipis diwajahnya.

Setelah itu Felisha dengan pantas berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke meja belajar disudut biliknya itu.

Diatas kerusi Felisha duduk dan mula menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh gurunya sebentar tadi.

Jam sudah menunjukkan 4 petang. Disudut bilik itu , Felisha masih lagi gigih menyiapkan kerja rumahnya yang menimbun tinggi itu.

(Tok Tok)

"  Felisha ...! "

Suara ibu Felisha yang lembut itu jelas kedengaran.

" Felisha Aireena ...! "

Sekali lagi ibu Felisha , Puan Siti Zubaidah memanggil anaknya sedang tangannya mengetuk perlahan pintu bilik Felisha.

Felisha yang mendengar suara ibunya itu lantas berdiri meninggalkan kerja rumahnya dan bergegas membuka pintu biliknya.

Sejurus membuka pintu biliknya , wajah Puan Siti Zubaidah jelas kelihatan.

" Felisha dah makan ? "

Tanya ibu Felisha kepada Felisha bernada perlahan.

" Mama dah makan ? "

Persoalan Puan Siti Zubaidah dibalas dengan persoalan dari Felisha. Felisha tahu bahawa ibunya juga tidak sempat makan tengah hari akibat pelanggan yang ramai mengunjungi butik miliknya.

Puan Siti Zubaidah yang mendengarkan persoalan dari Felisha lantas berkata

" Ish budak bertuah ni. Mama tanya dia , dia tanya Mama balik eh ? "

Wajah Puan Siti Zubaidah yang berkerut itu berjaya membuatkan Felisha tertawa kecil.

" Mama pun belum makan lagi kannn ? "

Kata Felisha pada ibunya yang cuba meneka sama ada ibunya sudah makan tengah hari atau belum.

Degan perlahan Puan Siti Zubaidah menggelengkan kepalanya.

Dengan pantas Felisha menutup suis lampu dan penghawa dingin dibiliknya dan menutup pintu biliknya. Tangan Puan Siti Zubaidah ditarik lembut oleh Felisha.

PenantianWhere stories live. Discover now