Bab 34

146 18 2
                                    

" Yow , issa family day ! "

Ucap Anizira dengan nada yang riang sambil merakam buah hatinya , Qhadif dan Raidhatul bersama Felisha yang sedang tersenyum itu sementara mereka menunggu pesanan makanan siap.

Lalu rakaman itu dimuat naik ke " insta story " milik Anizira berserta lokasi dimana mereka berada.

Sedang Anizira dan Qhadif rancak berbual , Raidhatul pula juga berbual dengan " crush nya " iaitu Umayr Harith yang turut serta " hang out " bersama mereka berempat.

Felisha pula , dimana jua dia berada tetap sahaja sibuk dalam dunianya sendiri. Iaitu , menulis novel dan puisi kerana karya Felisha disaat ini telah menadapat sambutan yang hangat dari alam maya.

Selesai makan , mereka berlima pergi menonton wayang bersama-sama. Setelah habis menonton wayang , kedai buku pula dituju oleh Felisha.

Felisha yang gemar membaca novel juga buku-buku puisi itu lantas meninggalkan mereka berempat.

" emm korang ... aku nak pergi kedai buku jap. Aku nak cari novel baru kejap.. "

Kata Felisha kepada tiga sahabatnya itu yang memberitahu bahawa dia ingin pergi ke kedai buku untuk mencari buku novel yang baru.

" Ah ? okay. Nak kitorang teman tak ? "

Tanya Anizira sejurus mendengar kata-kata Felisha tadi.

" Haah. Takkan kau nak pergi sorang kot. "

Tambah Raidhatul yang menyokong pertanyaan Anizira sebentar tadi.

" Nah , sokay aku boleh pergi sendiri. Lagipun korang pun kan kalau Felisha Aireena ni membeli buku laaaaaama ! hahahaha "

Jawab Felisha kepada pertanyaan Anizira sekali gus menolak pelawaan sahabatnya itu sambil tertawa kecil.

" Dahh , korang pergi la teruskan dating tu. Aku dah besar la takde apenya okay ? "

Ujar Felisha yang terus menyuruh tiga orang sahabatnya itu agar tidak khuatir akan dirinya yang akan bersendirian itu.

" ha yelah kalau macam tu. "

Balas Raidhatul yang akur dengan keputusan Felisha yang tetap ingin bersendirian itu.

" Haih yela Felisha Aireena "

Jawab Anizira yang sudah masak dengan perangai Felisha yang degil dan akan tetap dengan keputusannya. Bak kata orang , kalau A katanya , A jugalah jawapannya. Hahaha.

" Ha nanti pape call la kitorang. Aku dengan Zira nak pergi tengok-tengok baju kejap. "

Pesan Qhadif sekali gus memberitahu rancangannya dan Anizira yang hendak mencuci mata dengan melihat lihat baju dikedai sekitar.

" Ish korang ni aku nak pergi kedai buku je Ya Allah. Hahahaha "

PenantianKde žijí příběhy. Začni objevovat