Bab 30

172 17 1
                                    

" Aku pun mintak maaf. Aku tak patut lepaskan marah aku dekat korang. Aku sebenarnya marahkan diri aku.. Maafkan aku.. "

Ujar Qashaf kepada Am dan Luq yang turut memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Qashaf sedar bahawa dia tidak sepatutnya memarahi dua sahabatnya itu.

Kerana apa pun yang terjadi , perkara tersebut terjadi kerana dirinya yang setuju akan cadangan dua sahabatnya itu.

" Dah.. Sekarang , semua kosong-kosong okay ? "

Kata Am yang cuba untuk menghentikan drama antara mereka bertiga itu.

" Perut aku dah bergendang ni. Korang berdua tak lapar ke ? "

Soal Am kepada Qashaf dan Luq sambil menggosok perutnya itu.

" Aku pun lapar jugak ni. Dua hari takde selera makan tau "

Jawab Luq sambil tertawa kecil.

" Eleh kau propa lebih Hahahah "

Sindir Qashaf kepada Luq sambil tertawa kecil.

" Ha baik kita pergi beli makanan , lepastu makan. Sebelum perut aku ni tukar jadi musik rock kejap lagi. "

Qashaf dan Luq yang mendengarkan kata-kata Am lantas meletuslah ketawa antara mereka bertiga.

Lalu Qashaf , Luq dan Am bergegas membeli makanan dan duduk makan bersama-sama. Dengan semudah itu , hubungan persahabatan antara mereka bertiga langsung pulih seperti sedia kala.

" Hello ? You ? Tido ke ? "

Suara Anizira jelas kedengaran dicorong talian dengan nada suara yang perlahan.

" Youu ? "

Panggil Anizira sekali lagi yang ingin memastikan jika Qhadif sudah benar-benar tidur atau belum.

Namun , setelah beberapa kali panggilannya tidak disambut oleh Qadhif , secara automatik Anizira menganggap bahawa Qhadif sudah tertidur.

Lalu Anizira pun mengucapkan ucapan selamat malam kepada teman lelakinya itu dengan nada yang lemah lembut.

" Goodnight my love. Sleep tight. Love you. "

Selepas mengatakan itu , Anizira tanpa disedari pipinya telah diherotoan hingga mengukir segaris senyuman indah sendirian.

" Ehmm , goodnight sayang. Love you more. Mmwaah "

Jawab Qhadif secara tiba-tiba dengan suara yang serak basah akibat sudah mamai itu.

Anizira yang telah menganggap Qhadif sudah tertidur itu semakin lebar senyuman yang terukir diwajahnya setelah mendengarkan ucapan selamat malam dari teman lelakinya.

Lalu , Anizira dan Qhadif pun tidur tanpa mematikan panggilan diatas talian itu. Perkara itu , merupakan perkara biasa buat mereka berdua.

Terkadangnya , mereka tersedar apabila mendengar salah seorang mengigau , atau bangun dari tidur.

PenantianWhere stories live. Discover now