Bab 66

161 12 0
                                    

Tepat jam 5.30 pagi , Felisha bangun dan menggosok baju kaftan berwarna biru muda dan sehelai tudung bawal berwarna kelabu.

Selesai menggosok dengan berhati-hati Felisha menggantungkan baju dan tudung tersebut pada pintu almari.

Diatas katil Felisha menghamparkan dirinya dan memandang siling yang putih dan kosong itu.

" hmm dia dah bangun ke ha ? "

" baju dia dah gosok ke ? "

" pelik tak kalau aku gosokkan baju dia ? "

" hmmm "

Sedang Felisha ralit menatap siling , satu persatu persoalan mula memenuhi segenap ruang fikirnya.

( RingRing )

Telefon Felisha berdering. Menandakan masuknya pesanan ringkas dari seseorang.

Dengan pantas Felisha bangun dan mencapai telefon bimbitnya diatas kabinet bersebalahan katil.

Kusyen katil Felisha jadikan tempat bersandar. Paparan telefon pintarnya segera dibuka. Nama " Encik Tunang " jelas kelihatan.

" Uittt "

" Cik tunang saya dah bangun keee ? "

" Encik tunang nak tanya nii "

" helo helo "

Satu persatu pesanan Qashaf dibaca dengan teliti oleh Felisha.  Segaris senyuman , lantas terukir diwajah Felisha.

" Yee sayaaaa "

" dah , dah bangun dah nii "

" Encik tunang nak apaaa ? "

Balas Felisha kepada Qashaf.

" Cik tunang  boleh tolong gosokkan baju Encik tunang ni takk "

" Bilik Encik tunang tak ada ironnn "

" Pleaseeee "

Jawab Qashaf yang merungut kepada Felisha itu.

Sejurus membaca pesanan tersebut , Felisha tertawa kecil melihat gelagat tunangnya itu.

" tau tau je dia nii hahaha "

Desis hati Felisha sambil tertawa kecil.

Lalu dengan pantas jari Felisha menari diatas skrin telefonnya menaip pesanan balasan buat Qashaf.

" Bolehhh "

" Tunggu dekat kaki tangga. Bawak baju , sampin semua. "

" 5 minit , Sha turun. "

Balas Felisha yang bersetuju untuk menolong Qashaf menggosok baju yang ingin dipakai ke majlis Anizira dan Qhadif sebentar lagi.

" Alright boss ! "

Jawab Qashaf sambil tersenyum lebar.

" Yesss ! "

Ucap Qashaf bernada nakal.

Tanpa membuang masa , Qashaf pun bergegas mengambil baju melayu dan kain sampinnya yang sudah sedia disangkut didalam almari itu dan mengatur langkahnya ke ruang tamu.

Manakala Felisha pula mula menyarungkan shawl dikepalanya dan menuju ke kaki tangga untuk mengambil baju dari Qashaf.

Tiba sahaja dikaki tangga , Qashaf yang berada diruang tamu lantas berdiri menghampiri Felisha dikaki tangga itu.

PenantianNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ