Bab 10

274 33 1
                                    

Selesai saja mengemas barang-barang peribadi yang ingin dibawa ke dalam beg , kedua ibu bapa Felisha tiba di rumah mereka.

Pintu utama rumahnya dibuka lalu dilangkahkan kakinya memasuki ruangan rumah itu.

Felisha yang mendengar pintu itu dibuka dengan pantas berlari anak menuruni tangga itu dan menedekati ibu bapanya.

Wajah Puan Siti Zubaidah , ibu Felisha yang sedang menangis itu dilihat oleh Felisha. Bapanya , Encik Samad yang melihat anaknya kebingungan dengan apa yang terjadi lantas bersuara.

" Felisha , dah siap kemas ? Kita duduk dekat kampung dalam seminggu tau. "

Kata Encik Samad pada anak perempuannya itu.

" Dah.. Tapi Pa... Apa yang jadi ni ? Kenapa tiba-tiba je ? Kenapa Mama nangis ? "

Soalan demi soalan diajukan oleh Felisha kepada bapanya.

" Paksu , accident..and.. dia koma sekarang. "

Jawab Encik Samad secara ringkas dan padat kepada persoalan-persoalan Felisha tadi.

Felisha yang mendengarkan itu lantas mengangguk perlahan tanda memahami mengapa mereka harus pulang ke kampung segera dan mengapa ibunya menangis.

" Okaylah.. Papa nak pergi tengok Mama kejap. Felisha nanti call Abang. Cakap pasal ni ye. "

Ujar Encik Samad yang meminta anak perempuannya itu menelefon anak sulungnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

" Ouh. Okay Pa. "

Jawab Felisha dengan begitu ringkas.

Dengan pantas anak-anak tangga itu didaki oleh Encik Samad. Tibanya dihadapan pintu bilik mereka berdua , nafas ditarik sedalam-dalamnya oleh Encik Samad. Lalu dihembuskan perlahan-lahan.

" Bismillah. "

Bismillah dilafazkan dari bibir Encik Samad bernada perlahan. Tombol pintu bilik digenggam lalu pintu itu dibuka olehnya.

Sejurus pintu itu dibuka , susuk tubuh isterinya yang sedang menangis jelas  kelihatan. Bernada romantik , Encik Samad mulai bersuara.

" Zu... "

Nama manja isterinya disebut secara perlahan.

Lalu Encik Samad mula mengorak langkahnya mendekati isterinya yang sedang duduk diatas katil bersaiz King itu.

Perlahan-lahan Encik Samad berlabuh diatas katil itu bersebelahan isterinya.

" Dah. Jangan menangis lagi. Kemas barang cepat. Nanti cepat sikit kita gerak. Cepat sikit sampai. "

Kata Encik Samad pada isterinya. Namun begitu , kata-kata Encik Samad hanya didengarkan oleh isterinya dan dibiarkan tanpa sebarang tindak balas.

" Zu. Awak tak boleh macam ni. "

Sekali lagi Encik Samad bersuara mencuba untuk memujuk isterinya agar berhenti menangis.

Perlahan-lahan Encik Samad mendekatkan bahunya kepada isterinya lalu ditarik perlahan wajah isterinya untuk bersandar pada bahunya itu.

" Tak apa. Abang ada. "

Ujar Encik Samad sekali lagi cuba untuk menenangkan Puan Siti Zubaidah.

" Dah , kemas-kemas cepat. Kita gerak lepas maghrib ya ? "

Kata Encik Samad sekali lagi.

Selesai solat maghrib berjemaah , ahli keluarga Felisha bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke kampung mereka iaitu di negeri Kelantan.

Seawal jam 7.50 malam , Encik Samad dan anak lelakinya Ziyad Fedli mula memasukkan beg-beg pakaian ke dalam bonet kereta.

PenantianWhere stories live. Discover now