Bab 58

113 10 0
                                    

" Ya Allah , mudahkanlah urusan ku. Berikan yang terbaik buat kami.. "

" Sesungguhnya hanya padaMu , aku
berserah. "

" Amin.. Amin .. Ya Rabb. "

Doa dipinta oleh Qashaf dengan penuh rasa kehambaan. Dengan lembut Qashaf menekupkan kedua-dua telapak tangannya meraup wajah.

Cincin pemberian Felisha dijari manis kanan itu ditenung lama oleh Qashaf. Segaris senyuman jelas terpapar diwajahnya.

" One , step closer. "

Ujar Qashaf bernada rendah dan serak.

( RingRing )

Nada dering telefon pintar Encik Samad jelas kedengaran memecahkan keheningan pagi.

" Assalamualaikum , Pak cik. "

Sejurus panggilan itu diangkat suara Qashaf jelas kedengaran dicorong talian.

" Waalaikumsalam. Ya , siapa ni ? "

Salam dijawab lalu soalan dilontarkan oleb Encik Samad kerana nombor tersebut nombor yang tidak dikenali.

" Pak cik , ni Qash. Kawan Sha.. "

Jawab Qashaf dengan mesra.

" Ouhh.. Lah.. Qash rupanya ! Lama betul pak cik tak dengar khabar. Kamu sihat ? "

Balas Encik Samad yang berasa agak teruja setelah sekian lama tidak mendengar khabae dari Qashaf.

" Sihat Alhamdulillah. Pak cik sihat ? "

Jawapan diberi oleh Qashaf lalu soalan kembali dibalas soalan.

" Pak cik macam ni lah. Dah tua .., biasalah Qash. "

Kata Encik Samad kepada Qashaf dengan mesra.

" Alhamdulillah. "

Ujar Qashaf sambil menghembus nafas lega apabila mendengarkan bahawa Encik Samad dalam keadaan sihat sahaja.

" Qash nak jumpa pak cik boleh ? Mak cik sekali.. "

" ..ada benda penting .., Qash nak cakap..  "

Lafaz Qashaf dengan tenang yang ingin berjumpa Encik Samad terlebih dahulu.

" boleh je. Bila tu ? "

Jawab Encik Samad yang langsung bersetuju untuk bertemu Qashaf.

" Petang esok ? Pukul 6 macam tu ? Qash datang rumah pak cik lepas kerja ya ? "

Ujar Qashaf dengan mesra kepada Encik Samad.

Sejurus mendengar khbar Qashaf yang agak mendadak itu , apa yang dikatakan Qashaf sebentar tadi benar-benar menimbulkan tanda tanya pada kotak fikiran Encik Samad. Dengan pantas , Encik Samad bertanya.

" Eh , lepas balik kerja ? Penting betul bunyinya nii  "

Qashaf yang mendegarkan itu lantas menjawab

" Adalah.. Rahsia ..! hahaha "

Jawab Qashaf bernada nakal sambil tertawa kecil.

" Macam-macam lah kamu ni. Ha , iyee datang lahh "

Balas Encik Samad dengan ringkas yang hanya menurut akan rancangan Qashaf.

" Okay , terima kasih pak cik. Assalamualaikum. "

Dengan sopan Qashaf menamatkan panggilan antara mereka berdua.

Segaris senyuman lantas terukir hingga terlihat barisan gigi yang tersusun cantik diwajahnya.

PenantianWhere stories live. Discover now