Bab 59

118 11 0
                                    

Keikhlasan dalam setiap kata-kata Qashaf itu telah berjaya menyentuh hati Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah.

" Baiklah kalau begitu. Pak cik dan mak cik terima kamu sebagai menantu ... "

Ucap Encik Samad dengan tenang yang menyatakan bahawa mereka berdua menerima Qashaf sebagai menantu mereka.

" tapi .. Sha juga perlu terima kamu sebagai suami. "

Tambah Encik Samad.

" B-betul ni ? "

Akibat terkejut , Qashaf mula tergagap. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya , namun cuma satu kata yang mampu mengungkapkannya.

" Alhamdulillah.. "

Lafaz Qashaf dengan penuh rasa syukur.

" Betul.. "

Jawab Puan Siti Zubaidah sambil tersenyum manis.

Perlahan-lahan kotak cincin diatas meja itu dicapai oleh Puan Siti Zubaidah.

" Bang , tengok ni. Cantik cincinnya ..! "

" pandai Qash pilih .. "

" Ni memang style Sha ni.. "

Ujar Puan Siti Zubaidah bersama senyuman lebar sebagai penghias wajah.

Qashaf yang masih terlalu gembira itu hanya menguntumkan senyuman lebarnya kepada Puan Siti Zubaidah dan Encik Samad yang sedang sibuk melihat cincin pilihannya itu.

Setelah kata sepakat dan persetujuan kedua-dua orang tua Felisha dicapai untuk mendiamkan hal ini daripada Felisha terlebih dahulu , Qashaf pun pulang membawa berita gembira.

Tanpa membuang masa , Qashaf dan keluarganya pun mula mempersiapkan barang-barang hantaran untuk meminang Felisha pada hujung minggu ini.

Waktu berlalu dengan pantas , hari Jumaat pun tiba. Seawal jam 8 pagi , Puan Siti Zubaidah menelefon anak gadisnya itu.

" Assalamualaikum , Sha. "

Salam diberi oleh Puan Siti Zubaidah dengan lemah lembut.

" Waalaikumsalam , Ma.. Ada apa call Sha pagi-pagi ni .. ? "

Salam lantas dijawab lalu soalan dilontarkan kepada ibunya.

" Tak ada apa.. Ni , mama nak bagitau Sha. "

" Malam ni , Sha balik ya ? "

Kata Puan Siti Zubaidah yang cuba untuk memujuk Felisha untuk pulang ke rumah kerana pada keesokan harinya rombongan meminang Qashaf akan datang bertandang dirumah mereka.

" Eh , mestilah. Esok kan birthday Sha ..! Sha nak mama masak sedap-sedap tau. Sha rindu la air tangan mamaaa "

Kata Felisha dengan manja kepada ibunya.

" Sha nak makan apa ? Nanti mama suruh papa belikan barang siap-siap. "

Tanya Puan Siti Zubaidah dengan gembira.

" Emm Sha nak makan ... mee kari ! "

Jawab Felisha ysng menyatakan apa yang ingin dimakan nanti.

" Okay , noted. Nanti mama masakkan yee "

Balas Puan Siti Zubaidah dengan mesra sambil tersenyum.

Lalu panggilan itu tamat. Pagi menghilang , malam pun tiba. Tepat jam 6.30 petang , Felisha selamat sampai dirumahnya.

Dengan senyuman sebagai penghias wajah , perlahan-lahan Felisha keluar dari perut keretanya bersama beg tangan. Kertea milik abangnya juga jelas kelihatan.

PenantianNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ