Bab 46

130 14 0
                                    

" Allahu akbar , Allahu Akbar "

Azan subuh dari telefon pintar mulai berkemundang disegenap ruang bilik Felisha.

Felisha yang tersedar dari tidurnya itu lantas menggosok mata kirinya yang sudah bengkak akibat menangis terlalu lama dengan kasar.

Perlahan-lahan kedua-dua bebola matanya dibuka. Telefon pintar diatas kabinet itu dicapai dan dibuka. Paparan telefon tersebut dilihat oleh Felisha. Jam sudah menunjukkan pukul 5.47 pagi.

Tidak lama selepas itu , pintu bilik Felisha pula diketuk perlahan oleh Puan Siti Zubaidah.

" Sha ..! bangun sayang. Dah subuh ni. Bangun bangun..! "

Ujar Puan Siti Zubaidah dengan lembut dan sopan nengejutkan anak gadisnya itu untuk bangun menunaikan solat subuh secara berjemaah seperti kebiasaannya.

" Sha.. ! Bangun ! "

Panggil Puan Siti Zubaidah sekali lagi kerana Felisha masih belum menyahut panggilannya tadi.

Felisha yang mendengarkan itu lantas menyahut panggilan ibunya tadi dengan sopan dan suara yang agak perlahan.

" ya.. Sha dah bangunn "

Kata Felisha dengan lembut.

" Ha cepat ya , Mama dengan Papa tunggu. "

Ucap Puan Siti Zubaidah kepada Felisha.

Dengan nada suara yang perlahan dan lembut , sekali lagi Felisha menyahut dan berkata.

" yaa.. Sekejap lagi Sha datang.. "

Tanpa membuang masa , Felisha pun lekas berdiri dan mengatur langkahnya mengambil kain tuala dan bergegas ke bilik air untuk mandi.

Setelah selesai mandi , Felisha pun mengambil wudhu'dan bersedia memakai telekung untuk menunaikan solat secara berjemaah bersama ahli keluarganya.

Dengan pantas Felisha berlari anak menuju ke ruangan solat di sebelah bilik ibu bapanya itu.

Akibat perangai Felisha yang kelam kabut itu , kaki Felisha akhirnya terlanggar pintu bilik tersebut.

" argh.. "

Jerit Felisha dengan nada yang perlahan akibat kesakitan yang dirasakan itu.

Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah yang melihat gelagat anak gadisnya itu lantas tersenyum nipis.

" haih Sha ni , kelam kabut betul.. "

Ujar Puan Siti Zubaidah sambil menggeleng perlahan dengan wajah yang tersenyum.

Lalu Ziyad pun bersuara.

" Padan muka lambat lagii hahah "

Usik Ziyad kepada adiknya sambil tertawa kecil.

Lalu Felisha pun lantas mengambil tempatnya disambing Puan Siti Zubaidah.

Tanpa membuang masa , Encik Samad pun mula mengimamkan solat mereka sekeluarga.

" Assalamualaikum warahmatullah "

" Assalamualaikum warahmatullah "

Salam diberikan dibahagian kanan dan kiri bahu mereka. Setelah habisnya solat , tangan pula ditadahkan doa pada Yang Maha Esa.

Sejurus doa diaminkan Felisha lantas menyalam tangan ibunya , abangnya dan ayahnya.

Entah bagaimana , wajah Felisha yang lembap dan matanya yang bengkak itu berjaya menarik perhatian keluarganya itu.

PenantianWhere stories live. Discover now