Bab 51

146 11 0
                                    

Hari demi hari berlalu seperti kebiasaannya. Setelah hampir seminggu akaun instagram itu disekat , kini satu lagi akaun menghantar pesanan kepada Felisha.

Tetapi akaun Instagram yang menghantarkan pesanan ringkas dikali ini bukanlah akaun palsu.

" Kau tak layak untuk dia "

" Jangan terlalu pentingkan diri Felisha "

" Lepaskan dia ! "

" Dia berhak dapat wanita yang lebih sempurna. "

Bertubi-tubi mesej itu diterima oleh Felisha dari akaun Instagram yang bernama Reensyah.

Felisha yang tidak mahu bertindak melulu lantas menarik nafasnya sedalam mungkin dan menghela dengan perlahan berulang kali sehingga ketenangan dicapai.

Setelah Felisha sudah agak bertenang , jari jemarinya dengan pantas membuka peti mesej tersebut. Satu persatu pesanan yang diterima dibaca dengan teliti.

" Ya Allah. Siapa ni ? "

Desis hati Felisha yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik akaun Instagram itu.

Tanpa berfikir panjang profil Instagram itu ditekan oleh Felisha. Rupa-rupanya , akaun Instagram tersebut adalah milik Nur Qhaireena Aisyah atau dikenali sebagai Reen.

Qhaireena adalah seorang pelajar yang menduduki kelas yang sama dengan Qashaf , Luq dan Am selama tiga tahun berturut-turut.

Disebabkan mereka berempat telah menjadi rakan sekelas dalam tempoh masa yang agak lama , Qhaireena menjadi salah seorang teman rapat mereka.

Qashaf selalu ada untuknya disaat segalanya kelihatan tak kena. Lama kelamaan , layanan baik Qashaf terhadap Qhaireena itu telah disalah tafsir.

Qhaireena mula menyimpan perasaan terhadap Qashaf sejak ditingkatan tiga lagi. Sehinggalah ketika mereka ditingkatan 5 , hati Qhaireena hancur apabila mengetahui bahawa hati Qashaf sudah ada yang pegang kuncinya.

Namun begitu , Qhaireena tetap nekad mahukan Qashaf menjadi miliknya. Malah , Qhaireena sanggup meninggalkan keluarganya dan menyambung pelajaran di Mesir bersama Qashaf.

Felisha yang tidak mengenali gadis itu terdiam seketika. Foto-foto yang telah dimuat naik di akaun Instagram milik Qhaireena itu satu persatu dilihat oleh Felisha.

" Cantik orangnya. "

Ujar Felisha sambil menggariskan senyuman nipis diwajahnya.

Lalu foto Qhaireena bersama Qashaf , Luq dan Am itu ditekan dilihat dengan penuh teliti oleh Felisha.

" Qash.. are you happy with her ..? "

Tambah Felisha drngan nada perlahan. Senyuman Felisha kian pudar. Air matanya mulai bertakung.

Pandangan mata Felisha tetap tertumpu pada wajah Qashaf yang tersenyum lebar difoto itu. Jari jemari Felisha mengusap lembut skrin telefonnya dibahagiaan wajah Qashaf.

" I think .., you're happier when you were with her. "

" Am I right ?

Kata Felisha sambil mengherotkan pipinya hingga terukirnya segaris senyuman nipis. Kedua-dua bebola mata Felisha lantas dipejamkan. Lalu tumpahlah air mata dari tubir mata Felisha.

" Ya Allah.. Berikan yang terbaik buat kami. "

" Tunjukkan jalan yang benar Ya Allah .. "

" Sesungguhnya.. "

Suara Felisha kian serak dan tenggelam akibat kesedihan didada.

" ...aku redha dengan setiap takdir-Mu Ya Allah.. "

PenantianWhere stories live. Discover now