Bab 60

162 13 0
                                    

Usai membasuh pinggan , anak-anak tangga didaki oleh Felisha. Tiba sahaja dibiliknya , tombol pintu lantas dibuka. Dihadapan almari Felisha berdiri. Sehelai baju kurung bermanik berwarna kuning cair jelas kelihatan.

" Cantiknya ..! "

Jerit Felisha dengan teruja setelah melihat baju kurung yang tergantug di almarinya itu.

" eh , tapi ada apa ha ? Kenapa Pak Long semua nak datang ni ? "

" Dah macam ada kenduri penting je. "

" Last Pak Long datang sini pun abang kahwin haritu. "

Bebel Felisha yang masih tidak mampu mentafsirkan apa yang sedang berlaku.

" jangan jangan .. "

Kata-kata Felisha terhenti seketika.

" HAH ! "

Jerit Felisha sambil menekupkan kedua-dua tangannya ke bahagian bibir.

" Takkan ada orang nak meminang aku kot ?"

Teka Felisha secara spontan.

" Noooo ! Tak nakkkk ! "

Jerit Felisha dengan agak kuat.

Tanpa membuang masa , Felisha mengatur langkah kakinya menuju ke bilik abangnya.

Pintu bilik diketuk perlahan oleh Felisha. Selang beberapa saat , pintu dibuka. Wajah Hanis jelas terpapar disebalik pintu tersebut.

" Akakk , akak tau tak kenapa Pak Long semua nak datang kejap lagi ? "

Tanpa sempat Hanis bersuara , Felisha lantas melontarkan persoalannya kepada Hanis.

" Lah , kau tak tau ke dik ? "

Celah Ziyad yang kini sudah berdiri disamping isterinya itu.

" Tau apaaa ..? "

Tanya Felisha dengan mata yang membulat menginginkan jawapan yang pasti.

Hanis yang mendengarkan itu lantas mencubit manja bahagian perut suaminya itu dan berkata kepada Felisha.

" Kakak dengan abang pun tak tau apa-apa la Sha.. "

" Mama dengan Papa tak bagitau apa-apa pun.. "

Jawab Hanis yang mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan perasaan curiga dihati Felisha.

" Haa .. haah. Abang pun tak tau .. "

" ingatkan adik tauu "

Tambah Ziyad sambil tangan kanannya mengusap bahagian belakang tengkuknya itu.

" ish betul-betul laaa "

" Abang dengan kakak pun tak tau ? "

Tanya Felisha yang masih mencuba untuk mencari jawapan dari Ziyad dan Hanis.

" Sha pergi siap sekarang. Pergi mandi , tukar baju.. nanti akak datang bilik Sha , kita make up sesama okay ? "

Arah Hanis yang cuba mengalihkan perhatian Felisha daripada hal tersebut.

" hmm. okay.. "

Jawab Felisha dengan kecewa.

Setelah siap menukar baju , diatas tilam Felisha melabuhkan dirinya. Telefon pintar ditangan direnung lama. Gambar Qashaf dan dirinya jelas terpapar.

" Qash .. "

" Hmm.. "

Keluh Felisha dengan perlahan yang tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaanya disaat itu.

PenantianWhere stories live. Discover now