Bab 33

159 17 2
                                    

Seperti Felisha , Qashaf juga yakin bahawa suara yang didengarinya tadi adalah suara Felisha. Tapi , entah bagaimana gadis yang dilihatnya itu bukan Felisha.

" Ya Allah. Sesungguhnya.. "

Nafas ditarik sedalam-dalamnya oleh Qashaf sedang matanya merenung tepat kearah corak diatas sejadah itu. Dengsn perlahan nafasnya dihembuskan.

" sesungguhnya aku akur akan setiap ketentuan-Mu Ya Allah.. "

Kata Qashaf yang menyambung ayatnya sebentar tadi. Hatinya yang terasa resah , keliru dan rindu yang membuak-membuak itu diusap lembut dengan riak wajah yang berkerut.

Perlahan-lahan Qashaf membacakan surah Al-Fatihah sedang tangan kanannya mengusap lembut bahagian dadanya. Usai membacakan surah Al-Fatihah itu , nama penuh Felisha disebut.

" Felisha Aireena binti Samad "

" Ya Allah. Aku rindukan dia. Tapi , adakah dia juga merindukan aku ? "

" kurangkanlah kerinduan dan cinta ini andai ia melampaui batas-Mu Ya Allah. "

Ucap Qashaf dengan suara yang perlahan.

Sedang Felisha masih merenung jauh ke siling yang serba putih itu , telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering menandakan masuknya pesanan ringkas.

Tanpa berfikir panjang , telefon pintar yang berada diatas kabinet itu diambil dan dilihan paparan itu. Nama Firash jelas tertera dipaparan itu.

" Assalamualaikum Sha. Congrates ! "

Sejurus mesej itu dibuka , Felisha membaca pesanan tekas yang dihantarkan oleh Firash itu. Firash mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai oleh Felisha.

" Waalaikumsalam. Thank you Firash. Congrates too kau pun dapat keputusan cemerlang right ? "

Dengan pantas jari Felisha menaip pesanan teks itu lalu dihantarkan kepada Firash.

" huhu thanks too. em aku sebenarnya nak ajak kau keluar dengan aku esok. Kau nak ? "

Balas Firash yang cuba mengajak Felisha untuk keluar bersamanya pada esok hari.

" Siapa lagi yang ada ? "

" Kemana ? "

" Untuk ape ? "

Satu persatu persoalan dilontarkan oleh Felisha secara bertubi-tubi.

" Kita dua je la. Kita pergi Aeon nak ? Aku nak tengok movie. Don't worry. Aku dah ade lesen aku drive nanti. "

" Jom la Shaa teman akuu pleaseee "

Terang Firash sekali gus memujuk Felisha agar keluar bersamanya pada keesokan harinya itu.

" Tak nak lah. Nanti orang ingat aku keluar date dengan kau. Tak nak tak nak. Lagipun esok aku , Rai , Zira dengan Dif nak keluar esok. "

Jawab Felisha yang menolak pelawaan Firash yang mahu untuk keluar bersamanya pada keesokan harinya itu.

" Hm yelah. "

Balas Firash dengan ringkas. Firash yang kecewa lantas menutup telefon pintarnya itu dan merenung keluar jendela dengan wajah yang kecewa.

" Huh. "

Keluh Firash dengan kuat sambil bertungkat dagu.

" Susah sangat ke kau nak bagi aku peluang untuk bahagiakan kau Sha ? "

" Aku cuma nak satu peluang je Sha. "

" Satu je... "

Desis hati Firash yang sedang kecewa akibat pelawaannya ditolak setelah beberapa kali mencuba. Ya , ini bukanlah kali peetama Felisha menolak pelawaan Firash untuk keluar bersamanya.

PenantianWhere stories live. Discover now