Bab 56

120 13 0
                                    

" Sha , Thanks sebab belanja kitorang makan. Ni nak kena hantarkan kitorang balik lagi... Segan pulak rasa. "

Kata Qashaf dengan perlahan sedang matanya tertumpu pada wajah Felisha yang sedang tersenyum melihatnya itu.

" Itulah.. terima kasih Sha. "

" Terima kasih Sha. Sorry kalau kitorang susahkan kau  "

Tambah Luq dan Am yang turut meluahkan rasa serba salah kepada Felisha.

" it's okay la. Harini Sha tolong korang. Nanti korang pulak tolong Sha. Kan ? "

Balas Felisha yang cuba untuk mengurangkan rasa serba salah dihati mereka bertiga itu.

" alright. Nanti , ada apa-apa kau mesej je kitorang. Inshaa Allah kitorang tolong. "

" Haah bagitau je kitorang kalau kau nak minta tolong apa-apa. Nanti kitorang tolong kau. "

Kata Luq dan Am yang menawarkan diri untuk membantu Felisha sekiranya Felisha memerlukan sebarang bantuan sebagai tanda membalas jasa kerana telah menghantar mereka pulang dan belanja mereka makan tengah hari.

" Betul apa-apa je ? Termasuk kalau aku nak tau pasal Qash ? Hahahaha "

Tanpa menghiraukan keberadaan Qashaf disampingnya itu , Felisha dengan spontan membicarakan itu sambil tertawa kecil.

" Boleh Sha ! Kau cakap je rahsia apa oau nak tau "

" Nanti kitorang share ! hahahah "

Jawab Am dengan pantas sambil tertawa.

" Betul tu. Kau cakap je nak tau pasal apa semua kitorang tauuu ! hahahah "

Tambah Luq yang turut bersetuju untuk membuka cerita tentang Qashaf kepada Felisha.

" Woi. Sampai hati korang eh. "

Tegur Qashaf sambil memalingkan wajahnya menghadap Luq dan Am yang berada ditempat duduk belakang.

" ahahah apa salahnya Qash ? Sha pun bukan orang lainn "

" Bakal wife kau jugak kannn ? "

Usik Luq dengan sengaja.

" Tulah. Nak malu apa Qash ? Bakal wife je... Hahahaha "

Sokong Am yang turut sengaja mengusik Qashaf.

Qashaf yang mendengarkan itu kian memerah wajahnya akibat malu.

" Weyh Qash. Okay tak ? "

" Asal muka merah-merah ni ? "

" Dah maca pakai blusher dah "

" Ahahahaha "

Begitu sakan sekali , Luq dan Am mengusik Qashaf tanpa menghiraukan kehadiran Felisha diantara mereka bertiga.

Felisha yang sedang memandu itu terus menumpukan perhatian pada pemanduannya sambil tersenyum melihat telatah tiga orang sahabat itu.

Akibat perasaan malu yang sudah menggunung , dengan pantas Qashaf kembali memalingkan wajahnya menghadap hadapan dan berdiam diri.

" Qash okay Qash ? Panas ke tuuuu ? "

Usik Luq sekali lagi yang teruja melihat sahabatnya baiknya yang seorang itu malu hingga merah wajahnya buat kali pertama.

Qashaf Alfian , bukanlah seorang lelaki yang mudah merasa malu dan menjadi tidak keruan dihadapan orang ramai. Namun kali ini dihadapan Felisha , Qashaf kalah dengan perasaannya.

PenantianWhere stories live. Discover now