Bab 64

143 11 0
                                    

" Okay , dah sampaiii "

Kata Qashaf dengan riang yang memberitahu Felisha bahawa mereka berdua telah tiba diperkarangan rumah ibu bapa Anizira.

Sedang Qashaf membuka tali pinggang keledarnya , wajah Felisha yang masih memoncong menarik perhatiannya.

" tak nak turun ke ? "

Tanya Qashaf dengan selamba.

" panggil sayang duluuuuu "

" cepat ! "

Kata Felisha sambil mencebik dan berpeluk tubuh.

" Haih. Tak habis-habis lagi rupanyaaa "

Keluh Qashaf sambil tersenyum nakal.

" Kalau tak Sha tak nak turunnnn "

Ugut Felisha kepada Qashaf.

" Betul tak nak turun ? Okayy duduk la sini sorang-sorang... "

" Nantiiii ...! "

Belum sempat Qashaf menghabiskan ayatnya yang sengaja menakut-nakutkan Felisha itu , Felisha lantas memotong kata-kata Qashaf.

" eeeeeee apa niiii "

" hmmm yela yelaaaa "

Kata Felisha bernada sedih.

Lalu Qashaf dan Felisha pun segera keluar dari perut keretanya dan melangkah memasuki rumah ibu bapa Anizira.

Para jiran tetangga jelas kelihatan memenuhi ruangan rumah Anizira. Majlis malam berinai Anizira dan Qhadif dihadiri oleh rakan-rakan mereka dari sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tiba dihadapan pintu pagar , wajah ibu Anizira , Puan Wina jelas kelihatan. Berukir senyuman Felisha menyapa dan menyalam Puan Wina dengan sopan.

" Ha Sha , dah sampaii. Pergilah dekat bilik Zira. Rai pun dah ada dekat bilik tu. "

Ujar Puan Wina dengan lembut kepada Felisha.

" Ouh.. Okay Mak Cik.. Emm , Diff dekat mana eh mak cik ? "

Soal Felisha kepada Puan Wina yang bertanya tentang keberadaan Qhadif. Iyalah , nanti jika Felisha sudah ke bilik Anizira , bagaimana pula dengan Qashaf ? Sudahlah dia hanya mengenali mereka berempat disini.

" ouhh Qhadif ada dekat khemah tu. Tengah sembang-sembang dengan kawan dia. Harith pun ada dekat sana. Qashaf boleh la ke sana."

Kata Puan Wina yang menyatakan keberadaan Qhadif diketika itu.

" ouh okayy thank you mak cik "

Ucap Felisha yang berterima kasih kepada Puan Wina.

" Okaylah mak cik pergi dulu ya .., "

PenantianWhere stories live. Discover now