Bab 47

123 13 0
                                    

" Sebenarnya .., Qash datang ni nak bawa Felisha keluar.. Boleh kan pak cik ? "

Encik Samad yang mendengarkan jawapan Qashaf itu lantas tertawa kecil.

" Ouhh , nak bawa anak dara pak cik keluar rupanyaa hahahah "

" Boleh.. Tapi sebelum maghrib kamu kena hantar dia balik. boleh ? "

Kata Encik Samad kepada Qashaf yang menetapkan waktu Felisha harus dihantar pulang.

" Eh , boleh pakcik tak ada masalah.. "

Kata Qashaf yang bersetuju dengan syarat yang ditetapkan itu sambil tersenyum.

" Oi , Qash kau buat apa dekat sini ?! "

Jerit Ziyad dari tingkat atas itu jelas kedengaran. Dengan pantas , Ziyad berlari anak menuruni tangga itu dan menyusun langkah mendekati Qashaf.

Qashaf yang melihat Ziyad itu hanya berdiam dan tersenyum.

Disamping Qashaf , Ziyad melabuhkan dirinya. Lalu tangan Ziyad pun disalam oleh Qashaf.

Dengan wajah yang berkerut Ziyad sekali lagi bertanya kepada Qashaf.

" Ada apa ni datang pepagi ? "

Kata Ziyad yang menunjukkan perasaan benar-benar ingin tahu.

" hah , kamu berdua berborak la dulu. Pak cik nak ke dapur sekejap. Lama pulak mak cik kamu ni "

Ujar Encik Samad yang mencelah dan memberitahu untuk mengundur diri ke dapur dan melihat isterinya itu.

Setelah Encik Samad hilang dari pandangan , Qashaf pun mula berpaling memandang wajah Ziyad yang masih berkerut itu.

" jawab la ! tersengih-sengih "

Sindir Ziyad kepada Qashaf kerana sudah penat menunggu jawapan dari tadi.

" aku nak bawa adik kau keluar lah. "

Ziyad yang mendengarkan itu tercengang seketika.

" What ? Korang nak keluar ? Dah tu.. Asal adik aku sedih semacam je "

Ziyad mula menyuarakan apa yang terlintas dikotak fikirnya. Kerana dia tahu bahawa adiknya itu masih menyimpan perasaan terhadap Qashaf.

" Harini.. kitorang nak settle kan semua benda. "

Jawab Qashaf dengan tenang.

" Ouh.. faham.. "

" Goodluck bro. Aku doakan yang terbaik untuk korang okay "

Kata Ziyad kepada Qashaf dengan ringkas sambil tangan kanannya menepuk lembut bahu kiri Qashaf.

Bersama wajah yang berhias senyuman nipis , Qashaf memandang Ziyad dan berkata

" Thanks bro. "

Setelah itu , Puan Siti Zubaidah pun tiba diruang tamu bersama sebuah dulang berisi sejag air dan beberapa gelas.

Diatas meja dulang tersebut diletakkan dengan penuh berhati-hati.

"Minumlah Qashaf. "

Kata Puan Siti Zubaidah sambil tersenyum menghulurkan segelas air sirap ais kepada Qashaf.

Diatas sofa dihadapan Qashaf , Puan Siti Zubaidah mengambil tempat sedang matanya masih tertumpu kepada Qashaf.

Tidak lama selepas itu , Encik Samad pun tiba diruangan itu dan duduk disamping Puan Siti Zubaidah.

PenantianWhere stories live. Discover now