Bab 5

524 37 4
                                    

Hari demi hari dengan pantasnya telah pun berlalu pergi bersama kenangan yang tak terganti manisnya rasa. Kemanisan dalam kepahitan cerita antara Felisha dan Qashaf , tidak sekadar berhenti disitu.

2019 mulai melabuhkan tirainya. Sebuah video kenangan dicipta oleh Felisha lalu dimuat naik ke akaun instagram miliknya.

Segala memori Felisha yang berjaya dirakam dan bukti kenangan itu diletakkan didalam video itu. Tidak terlupa juga , gambar Felisha bersama Qashaf diselitkan.

Felisha yang mengulang tayang video tersebut masih lagi tersenyum manis. Melihat semula memori-memori indah yang tercipta di tahun 2019 benar-benar berharga buatnya.

Sebelum 2020 menghadirkan diri , tepat jam 11.30 malam bertarikhkan 31 Disember terduduknya Felisha dan Qashaf diatas bentangan sejadah bersama senaskah Al-Quran.

Usai solat sunat taubat , Felisha lantas menggapai Al-Quran miliknya itu dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Seperti yang dirancangkan oleh mereka berdua pada awalnya. Begitu jugalah mereka berdua melaksanakannya.

Mengakhiri tahun 2019 bersama Al-Quran dan memulakan 2020 bersama Al-Quran. Meski sedikit berbeza , Felisha dan Qashaf tetap saja bersama-sama melaksanakan rancangan mereka.

2019 pun telah berakhir. Hadirlah Januari 2020 menjelmakan diri. Hari pertamanya berjalan dengan baik. Coretan diari harian Felisha mula ditulis diatas sebuah buku berwarna biru.

Buku yang berwarna biru itu sengaja dipilih oleh Felisha untuk meluahkan isi hatinya. Warna biru itu sendiri , bagaimanapun telah menjadi sebuah simbol pada mereka berdua. Dimana warna biru , adalah warna kegemaran mereka berdua.

Segala kata rindu , diluahkan diatas sehelai kertas kosong itu. Dengan panjang lebar Felisha meluahkan isi hatinya yang terbuku dan segala perasaannya terhadap Qashaf dilepaskan disitu.

" Satu hari satu surat cinta " merupakan sebuah cara untuk Felisha melepaskan rindunya , juga keinginannya untuk menghubungi Qashaf secara terus.

Hanya dengan ini , Felisha mampu menahan dirinya dari menghubungi Qashaf.

" Pesan mu telah ku terima sore lalu.. ~"
" Telah ku baca apa yang jadi pinta mu ~"

Lagu kegemaran Felisha jelas kedengaran. Lagu itu telah ditetapkan sebagai lagu untuk penggera Felisha ditelefonnya. Felisha yang masih diulit mimpi perlahan-lahan menggosok matanya.

Lalu datanglah ibunya , Siti Zubaidah. Ibunya dengan bernada lembut mengejut Felisha yang masih ralit menggosok matanya itu.

" Felisha , bangun. Dah pukul 5 ni. "

Perlahan-lahan telefonnya diambil dan ditutup penggera itu. Notifikasi telefon ditenung. Tiada sebarang pesanan diterima oleh Felisha.

" no more spam mesej or call yang kejutkan subuh "

Desis hati Felisha sambil menguntumkan senyuman nipis diwajahnya bersama mata yang masih separuh terbuka. Lalu Felisha berdiri dan menuju ke tandas.

Jam didinding menunjukkan sudah 5.30 pagi. Felisha yang sudah siap sedia memakai telekung berdiri diatas hamparan sejadah. Didirakan solat taubat lalu dibacanya Al-Quran dengan tenang.

Jam didindang sudah pun menunjukkan jam 6 pagi. Felisha yang masih bertelekung lantas mendirikan solat subuh setelah azan berkumandang. Selesai solat subuh , Felisha bergegas membersihkan diri dan bersiap memakai uniform sekolah.

Tudung dibentukkan mengikut bentuk wajahnya dihadapan cermin Felisha mengukirkan senyuman nipis.

Usai membetulkan tudungnya , Felisha lantas melihat paparan telefonnya. Tiada sebarang pesanan diterima.

PenantianWhere stories live. Discover now