Bab 14

223 25 0
                                    

" Felisha ! "

" Felisha ! "

Jerit Firash dengan kuat memanggil Felisha yang sedang berjalan dihadapannya.

Namun begitu , disebabkan kawasan kantin yang sedang bising dan dipenuhi para pelajar yang ramai , dan Felisha yang juga sedang berbual dan berjalan bersama dua rakan baiknya iaitu Raidhatul dan Anizira masih tidak mendengarkannya.

" Ish dia ni tak dengar ke ? "

Bisik hati Firash yang semakin hilang sabar setelah beberapa kali memanggil Felisha.

Dengan pantas Firash berlari anak mendekati Felisha lalu memotong Felisha dan berdiri benar-benar dihadapan Felisha.

Firash yang tercungap-cungap berdiri dihadapan Felisha lantas menarik perhatiannya. Melihat Firash dalam keadaan begitu telah berjaya membuatkan tiga gadis itu terdiam.

" Uhm. Firash. Kau kenapa ni ? "

Soal Felisha bernada khuatir. Lalu Firash memandang kedalam anak mata Felisha dan mengukir segaris senyuman.

Felisha yang melihatkan itu mengerutkan dahinya. Buat Felisha , Firash benar-benar bersikap aneh terhadapnya.

" Aku tanya ni. Kau senyum apa ? "

Soal Felisha kepada Firash. Namun kali ini , suara Felisha agak bernada tegas berbanding tadi.

" Ni , Puan Kalsum nak jumpa kau. Cikgu ade meeting esok. So , cikgu nak jumpa kau untuk pass latihan esok. Cikgu ade dekat bilik guru sampai pukul 11. "

Terang Firash dengan jelas kepada Felisha. Dengan pantas Felisha mengangguk dan berkata

" Ouh. Okay. Nanti lepas rehat aku pergi. Thanks. "

" Ha , sama-sama. Nanti kalau nak aku teman bagitau. "

Ujar Firsah sambil tertawa kecil. Felisha yang wajahnya berkerut lantas tersenyum dan berkata

" Eee tak kuasa aku. "

Kata Felisha sambil tertawa kecil.

Mendengarkan kata-kata dari bibir Felisha itu berjaya meletuskan ketawa antara Felisha dan dua orang rakan baiknya. Dengan pantas , Felisha , Anizira dan Raidhatul berlalu pergi untuk membeli makanan.

10.30 pagi , loceng dibunyikan menandakan tamatnya sesi rehat bagi pelajar ditingkatan 4 dan 5.

Tiba saja dikelas 5 Angkasa , Felisha segera duduk ke tempatnya dan mengemas buku untuk bersedia bagi pembelajaran subjek Matematik.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Tepat jam 10.40 minit pagi , Felisha bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa Puan Kalsum.

Firash yang melihat Felisha keluar lantas mengejar Felisha dari belakang.

" Felisha ! Tunggu ! "

Jerit Firash mengarahkan Felisha untuk menunggunya dan pergi ke bilik guru bersama-sama.

Felisha yang terdengar namanya dipanggil lantas berpaling dan mencari pemilik suara yang memanggil namanya tadi. Sejurus Felisha berpaling , wajah Firash jelas terpampang dihadapannya.

" Lah. Kau rupanya. Ha , asal ikut aku ni ? "

Soal Felisha dengan selamba bersama wajah yang ketat.

Firash yang melihat wajah Felisha lantas tersenyum dan berkata.

" Kan aku cakap aku nak teman kau. Kau ni. muka tu takyah la garang sangat "

PenantianWhere stories live. Discover now