Prolog

29.6K 618 17
                                    

BERKALI-KALI kaki lelaki itu dicuba dipegang. Dia sanggup menebalkan muka sendiri dengan merayu terhadap lelaki itu berharap lelaki itu akan percaya dengan dirinya. Air mata merembes keluar sudah tidak dihiraukan. Dia mahu lelaki itu percaya akan dirinya bahawa dia tidak melakukan perkara itu. Sekali lagi kaki lelaki yang bergelar suami cuba diraih dan dia bersujud di kaki itu.

"Trust me. Saya tak buat semua tu. Tolong la." Kini tangan kanan lelaki itu dipegangnya. Namun cepat saja ditepis kasar. Jelas wajah lelaki itu sangat bengis memandang dia. Mata lelaki itu menunjukkan kebencian yang menyala.

"Kau merayu sampai keluar air mata darah sekali pun, aku tak akan percaya! Kau keluar dari rumah aku sekarang!" Lelaki itu menengking sehingga bergema suaranya disegenap ruang rumah banglo itu.

Dia menggeleng laju.

"Jangan buang saya. Tolong la. Saya-saya tak buat semua tu Adam. Percaya la." Tangisan semakin kuat kedengaran.

Sakit dihatinya sudah tidak dihiraukan. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki itu bergelar suami kepadanya itu. Kerana seorang isteri perlulah sentiasa disis suami walau apa pun terjadi. Dia tetap akan disisi lelaki itu.

Geraham Adam bergerak laju. Gigi diketap dengan kuat sekali. Dia menunduk dan mencengkam bahu isterinya dengan kuat sekali sehingga isterinya menggiris kesakitan. Badan itu digoncangnya. Wajah putih bersih sudah dibasahi air mata dipandang penuh benci.

"Kau dengan sini, Kayla! Aku cakap aku tak percaya dekat kau! Kau lupa ke? Kau lupa ke siapa yang kau hampir bunuh tu?!" Sakit hatinya setiap kali memandang wajah itu. Bahu Kayla semakin kuat dicengkam.

Kayla cuba meleraikan cengkaman itu dengan merayu. Semakin laju air mata mengalir.

"Awak, sakit."

"Tahu pun sakit! Hati aku ni lagi sakit bila kau buat orang yang aku sayang sampai hampir mati, Kayla! Kau tahu tak betapa aku sayangkan dia?! Tahu tak?! Kenapa kau buat aku dengan dia macam ni?! Tak boleh ke kalau kau biarkan saja aku dengan dia bahagia?! Hah, Kayla! Tak boleh ke?!" Badan Kayla ditolak sehingga isterinya jatuh tersungkur di atas lantai.

Beg pakaian yang berada di hadapan pintu diambil lalu dibaling ke atas badan Kayla dengan kuat.

"Kau ambil semua pakaian kau ni pergi berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi, Kayla! Aku benci dengan kau!"

Sudah dia tidak peduli jika ada tetangga yang memandang kejadian ini. Yang penting dia dapat lepaskan kebencian yang memuncak kepada isterinya itu

Dia benci!

Kayla menggeleng banyak kali. Dia merapati ke arah Adam.

"Adam, please let me explain. Saya tak buat. Percayalah. Saya dianiaya. To-"

"Sudah la, Kayla! Kau tak dengar ke?! Pekak?! Aku cakap pergi dari sini. Banyak mana kau cuba explain dekat aku, aku tak pernah percayakan kau! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak kau yang lembab tu! Aku tak pernah sayang dan tak pernah cintakan kau sepanjang perkahwinan kita! Ya! Aku pernah sayangkan kau. Tapi ketika kita jadi sahabat. Lepas aku kahwin dengan kau, perasaan sayang tu hilang! Lenyap!"

"Nak tahu kenapa?! Sebab aku tahu kau adalah punca kenapa Lara lari daripada aku! And now, Lara datang semula pada aku tapi kau pula yang cuba nak bunuh dia. Kau ni memang hati busuk, Kayla! Hati busuk! Kau tamak! Kau kena ingat, aku jadikan kau isteri aku sebab aku kesian dekat kau saja. Aku kutip kau sebab kau sebatang kara! Tak ada siapa melainkan aku dengan family aku saja yang kau ada. Tapi tengok la apa yang kau dah buat! Kau pergi dari sini! Pergi!"

Adam memegang bahu Kayla, memaksa wanita Kayla berdiri dan membawa isterinya secara paksa ke pintu pagar. Ditolak Kayla sehingga jatuh ke jalan tanpa belas kasihan.

"Adam! Jangan buat saya macam ni! Tolong Adam!"

Kayla bangkit dari jatuh dan segera menerpa ke arah Adam yang cuba untuk menutup pagar menunggunakan alat kawalan jauh.

"Aku cakap pergi! Aku benci kau!"

"Adam!"

Kayla jatuh kembali. Pagar diketuk-ketuk mengharap lelaki itu akan membuka kembali pagar itu. Sudah tidak dihirau air mata yang berjuraian jatuh. Tudung bawal yang dipakai sudahpun dibasahi dengan air mata itu.

"Adam, saya tak buat! Saya tak buat. Maafkan saya. Saya cintakan awak, Adam. Jangan buat macam ni. Saya dah tak ada sesiapa lagi, Adam!" Siku yang berdarah kerana terjatuh tadi tidak lagi terasa sakit bila hati lebih rasa sakit.

Beberapa minit berada dihadapan pagar itu, Kayla bangun. Beg pakaian dan pakaian yang terkeluar dari beg itu dikutip. Tangisan masih belum reda. Sebelum melangkah pergi jauh dari banglo mewah itu, dia menoleh dan merenung banglo itu. Banglo yang menyimpan segala kenangan manis dan pahit bersama Adam.

Dia akui, sejak hari pertama perkahwinan mereka, Adam seakan sudah menjauh darinya. Sifat Adam tidak seperti tika mereka berkawan baik sebelum ini. Sifat Adam bertukar dingin sebaik saja dia bergelar isteri yang sah kepada lelaki itu. Walaupun begitu, Kayla sungguh gembira. Ya. Sudah lama dia menaruh hati pada lelaki itu walaupun mereka adalah kawan baik sejak kecil. Dia tidak kesah jika lelaki itu tidak sayangkan dirinya, yang penting dia dapat hidup dengan lelaki itu.

Namun, sejauh mana dia tidak kesah dia sebagai seorang isteri tetap juga mahukan kasih sayang dari seorang suami. Tapi dia tahu semua itu tidak mudah. Dia tahu, hati Adam masih lagi bersama orang lain. Dan dia dikahwini lelaki itu hanya kerana disebabkan rasa kasihan.

Sibuk mengelamun, Kayla tidak tahu dia sudah sampai di mana. Dia hanya mengikut kaki yang melangkah. Dia tidak hairan dengan mata yang memerhatikan dirinya. Dia tahu dia serabai sekarang. Namun itu sudah tidak penting sekarang. Sekarang dia tidak mahu ke manakah harus dia tuju.

Kayla mengeluh. Ada kereta tetapi seperti tiada bila Adam menghantar kereta miliknya beberapa hari lepas kerana perlu dibaiki. Kunci kereta yang berada di dalam beg pakaian diambil. Ditenung saja kunci kereta itu. Satu-satunya harta yang dia miliki dengan hasil titik peluhnya.

Lamunan Kayla mati kerana ada sebuah kereta Audi A6 yang berhenti tiba-tiba dihadapannya. Dia turut berhenti dari berjalan. Kereta itu dipandang dengan aneh.

"Kayla! Ya Allah! Kau buat apa dekat sini?"

Keluar seorang perempuan sebaya dengannya. Wajah gadis itu jelas kerisauan. Segera Kayla diterpanya.

"Hanan." Tangisan Kayla sudah tidak dapat ditahan lagi. Tubuh rakan baiknya itu dipeluk dengan erat sekali.

Hanan terjeda. "Kayla, kenapa ni? Kenapa kau jalan kaki? Mana kereta kau? And why kau serabai macam ni?" Tidak henti-henti dia bertanya dengan penuh kehairanan. Untung saja dia terasa hendak berhenti ketika ternampak figura yang sangat dia kenal. Rupanya, rakan baiknya sendiri.

Kayla sudah mula mengongoi di dalam pelukan Hanan. Dia tidak mampu untuk bercerita sekarang. Hatinya perlukan ketenangan terlebih dahulu. Dia masih rasa sakit. Dan rasa sakit ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Assalamualaikum, readers😍. Seperti yang diminta. Start from today, iera akan slow slow republish Peluang Untuk Bahagia versi Wattpad.

Enjoy!

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now