Peluang Untuk Bahagia 7

5.9K 297 20
                                    

Beberapa bulan kemudian...

MAKANAN yang banyak terhidang dipandang pelik oleh Kayla. Ada beberapa jenis lauk yang disusun dan dihidang. Pada pengetahuannya, rasanya pada malam ini tiada majlis apa-apa yang diadakan dirumah Encik Amir. Tetapi kenapa lauk yang dihidang melebihi orang yang berada di dalam rumah ini?

Kebiasaannya, mereka akan dihidangkan makanan oleh Mak Temah iaitu orang gaji di dalam rumah ini hanya 3 atau 4 pinggan lauk sahaja. Pada malam ini hampir 8 pinggan mangkuk dihidang dan belum lagi termasuk dengan dessert yang turut dihidang.

Dia bertambah hairan bila nampak kelibat Mak Temah yang seakan kalut berada di dapur. Perlahan langkah diatur menapak masuk ke ruangan dapur. Dahi tetap berkerut.

"Mak Temah, kenapa banyak sangat Mak Temah masak malam ni? Ada apa-apa ke malam ni?"

Mak Temah yang asyik menyusun pinggan hendak dibawa keluar itu agak tersentak dengan sapaan Kayla di belakangnya.

"Kayla ni buat Mak Temah terkejut la. Tak akan Kayla tak tahu."

"Tahu apa? Kayla tak tahu apa-apa pun."

Tangan terhenti dari mengelap pinggan. Anak majikannya itu dipandang dengan wajah ceria. Macam mana pula anak majikan sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada malam ini? Pelik betul.

"Baba dengan Umi kamu tak ada cakap ke? Adam pun?"

Kayla menggeleng. Dia cuba untuk mengingati sesuatu tetapi rasanya tiada apa yang dia tahu apa tujuan makan malam pada malam ini. Seingatnya, Encik Amir, Puan Zarina dan Adam tak ada pula sampaikan sesuatu kepada dia. Mungkin disebabkan kesibukkan dia siapkan projek sejak akhir-akhir ini.

"Adam."

"Kenapa dengan dia?"

"Katanya malam ni dia nak bawa girlfriend sekali dengan family budak perempuan tu makan malam dekat sini. Tak akan la kamu tak tahu. Kayla kan rapat dengan Adam. Pelik la kamu ni."

Tergamam.

Serta merta Kayla membisu dan terkelu. Kenapa dia tidak tahu apa-apa tentang semua ini? Adam akan membawa Lara dan keluarga Lara makan malam di sini? Di rumah Encik Amir? Di rumah yang dia tinggal sekarang? Dan, sejak bila Adam terus terang dengan kedua orang tua angkatnya tentang Lara? Siap bawa keluarga lagi ke sini.

"Err- maybe Kayla sibuk sangat kut, Mak Temah. Sebab tu tak tahu apa-apa." Dia beralasan.

"Hmm, Mak Temah kenal sangat dengan kamu ni. Menyibuk saja memanjang. Kalah Baba kamu yang jawatan sebagai bos tu. Ni baru belajar belum lagi kerja nanti. Agaknya tak lekat dekat rumah kamu ni. Asyik sibuk." Bebel Mak Temah panjang. Langkah dibawa ke luar untuk menyusun pinggan. Lagi setengah jam tetamu hendak tiba.

Dalam diam Kayla mengeluh. Sudah berbulan hubungan Adam dan Lara terjalin. Berbulan juga dia dan Adam bagaikan orang luar. Mereka berdua tidak seperti dulu lagi. Tidak asyik bergurau senda sana sini. Luang masa bersama pun sudah jarang. Janji Adam yang akan sentiasa menemani dia lunch ketika habis waktu kelas sudah dimungkiri. Agaknya lelaki itu juga sudah terlupa dengan janji itu.

Tubuh dipeluk.

"Nampaknya, Adam memang serious dengan Lara."

"Eh, Kayla? Buat apa dekat dapur ni?"

Suara Puan Zarina dari belakang menarik perhatiannya. Senyuman manis cuba digariskan sehabis mungkin. Siapa yang tak kecewa bila orang disukai sudah mula serius dalam hubungan bersama orang lain? Dan dia masih lagi menyimpan perasaan terhadap Adam. Seperti biasa, dia cuba tetapi tetap tidak boleh.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now