Peluang Untuk Bahagia 55

8.6K 323 26
                                    

"KAYLA."

Segera Kayla mengangkat wajah bila namanya diseru seseorang. Apa yang pasti suara memanggil namanya itu adalah suara perempuan. Serta merta riak wajah dia berubah menjadi tegang melihat perempuan yang menyebut namanya itu.

Lara?

Apa perempuan itu mahu darinya? Dan paling penting, kenapa perempuan itu ada dihospital?

Tidak mahu terus bersua dengan Lara, Kayla menundukkan wajah semula dan teruskan berjalan. Yang penting sekarang dia tidak boleh terus masuk ke dalam wad dimana suaminya berada. Nanti Lara akan tahu semuanya.

Lara pantas menahan langkah Kayla dari terus maju ke depan.

"Kayla tunggu. Aku ada benda nak cakap."

Mencerlung Lara dipandang.

"Kau nak apa? Tak puas lagi fitnah yang kau buat dekat aku selama ni? Kau datang cari aku sampai sini nak buat apa pula? Aku dah tak nak tengok muka kau!" Lara dijeling sebelum perempuan itu dilepasi.

Lara pusingkan tubuh memandang Kayla yang melangkah pergi. Tetapi dia hanya membiarkan Kayla melangkah beberapa tapak saja kemudian dia menyeru nama Kayla semula.

"Kayla. Kau kena tahu something about Adam. Kau dah kena tipu dengan dia."

Statik. Kayla berhenti.

"Boleh Hunny janji? Even apa yang bakal kita hadap dan ujian yang kita perlu tempuh, we'll fix together. Always stay together and loving together. Jangan ada rasa benci antara kita berdua. Jangan beri sedikit pun peluang untuk orang luar masuk dalam rumah tangga kita jadi perosak. Can you promise me?"

Pesanan Adam terngiang-ngiang. Gigi diketap geram.

"Kau tak habis-habis nak rosakkan rumah tangga aku. Kenapa? Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Lara?" Tanpa menoleh Kayla bertanya.

Kayla didekati. Dengan wajah yang cukup berkeyakinan untuk buat Kayla percayakan dia.

"Okey. Aku mengaku dulu memang aku ada niat nak rosakkan rumah tangga kau dengan Adam. Tapi kali ni tak. Aku nak kau selamat dari Adam. Dia dah tipu kau."

Nafas dihela kuat. Kalau sekarang mereka bukan berada dihospital, mungkin sekarang juga dia pegang kepala Lara dan dihatuk ke dinding dengan sepuas hati. Dia tidak akan percayakan Lara walaupun sikit. Kerana dia tahu perempuan seperti Lara tidak akan mudah untuk berubah.

"Kalau kau masih sayangkan Adam, kau cakap. Jangan taburkan fitnah macam kau buat dekat aku dulu."

"Aku tak fitnah. Kau kena percayakan aku. Aku tak nak kau percayakan dia seratus peratus."

"Habis, kau nak aku percayakan kau?" Tajam mata menikam wajah Lara disebelahnya. Berani perempuan itu muncul semula setelah apa yang dilakukan.

"Lara, kau tak pernah rasa benci dengan diri sendiri ke? Kau tak pernah rasa jijik dengan diri sendiri ke dengan perbuatan kau? Kau tak habis-habis nak rosakkan rumah tangga aku. Apa yang kau dapat? Adam? Tak juga kan?"

"Kayla please listen to me." Lara cuba mencapai tangan Kayla tetapi ditepis kuat.

"Kau jangan berani nak pegang-pegang aku. Aku dah cukup benci dengan manusia perangai macam kau. Cukup Lara. Cukup! Dulu, kau boleh buat Adam percayakan kau sebab dia memang cinta buta dengan kau. Tapi aku, kau jangan ingat aku akan percaya apa yang kau cakap."

"Kali ni kau kena percayakan aku. Adam cari kau semula sebab dia nak lari dari bertanggungjawab. Kau kena dengan cakap aku, Kayla. Tolonglah." Tapak tangan kiri dan kanan disatukan dan Lara sengaja melayukan mata agar dapat membuat Kayla percaya lagi dengannya.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now