Peluang Untuk Bahagia 1

15.2K 446 12
                                    

1996,

HALAMAN rumah banglo milik Amir bergema dengan gelak ketawa kanak-kanak yang asyik bermain sesama sendiri. Sudah tidak dihirau dengan mulut-mulut orang tua yang melarang agar jangan bermain lari-lari. Risau kalau-kalau mereka semua terjatuh nanti.

"Adam. Baba cakap jangan kejar Kayla laju sangat. Tak dengar ke, nak?"

Larang Amir dengan nada kuat sedikit. Anak sulungnya itu kalau dilarang perlahan-lahan tak akan pernah nak dengar. Kena juga suara miliknya atau isterinya naik senoktaf.

"Tak apa la Rul. Budak-budak biasa la." Tersenyum senang Khairul melihat Kayla, anaknya dapat bermain bersama Adam. Sememangnya anaknya itu rapat dengan Adam.

Dia dan Amir merupakan sahabat yang sudah lama berkawan. Oleh sebab itulah Adam dan Kayla juga turut saling rapat. Setiap kali hujung minggu, sama ada dia mengunjung ke rumah Amir atau Amir yang mengunjung ke rumahnya. Itu sudah menjadi rutin hari minggu mereka selain dari bercuti bersama.

"Aku suka tengok anak aku happy macam tu, Mir."

Khairul turut tersenyum melihat gelagat Adam dan Kayla yang saling bergurau senda. Adam menggeletek perut Kayla sehingga terbaring dibuatnya anaknya itu diatas rumput yang bersih. Ceria sekali bunyi suara kedua-dua kanak berusia 4 tahun itu.

"Aku harap aku dapat tengok dia tersenyum macam tu sepanjang hidup dia." Penuh harapan sekali Khairul berkata begitu. Matanya tidak lepas dari memandang Kayla dengan penuh kasih.

"Insha Allah, Rul. Kita sama-sama doakan anak-anak kita boleh tersenyum macam sekarang ini. Aku pun tak sabar nak tengok dia orang membesar sama-sama. Tak sabar nak tengok persahabatan dia orang nanti macam mana. Harap kekal macam kita la, kan?" Amir turut berharap perkara yang sama.

Walaupun kata-kata Khairul sedikit terasa aneh padanya, dia tetap membalas. Dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi diendahkan saja. Mungkin perasaannya saja.

"Sayang, jangan berlari. Nanti jatuh."

Syafia sempat menegur anaknya, Kayla yang asyik berlari sehingga hampir terlanggar dia yang sedang menatang dulang untuk dibawa ke meja di mana Amir dan Khairul duduk. Tergeleng sekejap kepalanya melihat kedegilan Kayla.

"Ala Ibu. Kayla nak lari je pun." Mulut comel Kayla menjawab bersama wajah masam. Terasa bila dia hendak berlari pun salah.

"Ibu takut Kayla jatuh, sayang."

Adam datang mendekati.

"Tak apa Aunty, Adam tak akan bagi Kayla jatuh. Kan?" Bahu kanak-kanak perempuan itu diraih rapat dengan riak. Yakin bahawa yang dia akan menjaga Kayla. Padahal jaga diri sendiri pun tidak betul.

Syafia tergelak dengan jawapan Adam itu. Tidak padan dengan kecil, lagaknya seperti orang dewasa sudah.

"Iya la, nak. Jaga anak Aunty elok-elok ya?" Dilayan saja la anak-anak itu.

"Baik, bos!"

Adam mengangkat tangan kanan dan diletakkan di tepi dahinya. Lagak seperti seorang askar tabit selepas mendengar arahan komander. Sejurus itu, Adam kembali mengajak Kayla bermain. Kali ini tidak berlari.

"Apa yang digelakkan tu Fia?" Muncul Zarina dari arah belakang bersama dua pinggan yang berisi kuih-muih. Gelak tawa Syafia boleh kedengaran hingga ke dalam rumah.

"Itu lah Rina. Anak kau tu."

"Adam? Kenapa?"

"Tak. Aku tegur Kayla jangan berlari nanti jatuh, lepas tu Adam datang cakap yang dia akan pastikan Kayla tak jatuh. Lepas aku pesan suruh jaga elok-elok tu, dia boleh tabit hormat dekat aku pula. Itu yang aku gelak. Macam-macam la anak kau. Mesti ikut kau, kan?" Syafia kembali ketawa sambil melangkah.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now