Peluang Untuk Bahagia 57

8.7K 286 24
                                    

UNTUK hari ini saja tidak tahu berapa kali Kayla menguntum senyuman lebar. Dari pagi hingga lah sekarang senyuman tidak pernah lekang dibibir. Rasa gembira begitu terasa lapang didada. Tambahan pula sekarang Adam datang membawanya ke Lavender Gardens lagi membuatkan dia tersenyum nyaman.

"Kenapa Hubby bawa Hunny datang sini?" Pegangan tangan mereka dieratkan lagi.

"Your favourite colour is purple, right? So, mesti lavenders ni pun your favourite. Lagipun, dari dulu lagi memang Hunny sukakan lavender kan?"

Kayla tertawa kecil.

"Tak sangka Hubby ingat lagi favourite colour Hunny."

Adam menghentikan langkah mereka dan kalih badan untuk saling menghadap. Pegangan tangan masih lagi tidak dilepaskan. Kepala Kayla diusap dengan penuh kasih sayang.

"All about yourself Hubby tak pernah lupa, sayang. Kita kan bestfriends. So, as a your bestfriend of course Hubby tahu semua and tak akan pernah lupa." Kemudian kepala itu ditarik rapat untuk melabuhkan kucupan disitu.

"Hubby! Nanti orang nampak." Wajah Kayla sudah kemerahan. Sewaktu Adam kucup dahinya, perasan ada pengunjung yang turut berada disitu memandang sambil tersenyum-senyum.

"What? Kiss your head je pun. Jom." Langkah diteruskan.

Lama berdiam diri, Kayla kembali bersuara bila langkah mereka sudah jauh dari pengunjung yang lain. Lavender masih lagi berada diseliling mereka.

"Hubby."

"Ya?"

"Hunny ada nak cakap something. Hunny tahu sekarang adalah masa untuk kita happy but Hunny rasa tak sedap hati la."

"What is it, sayang?"

"Jom. Kita duduk dekat situ."

Adam hanya menurut dan segera dilabuhkan duduk di atas bangku yang tersedia di kawasan lavender.

Kayla merenung wajah Adam. Memang dia gembira datang ke sini dapat menghabiskan masa bersama si suami. Tetapi dalam masa yang sama juga hatinya rasa tidak senang hari ini. Berdebar tidak menentu.

"Hunny?" Adam hairan.

Air jernih yang tiba-tiba mengalir dipipi isterinya membuat dia kalut.

"Sayang kenapa ni? Ada sakit mana-mana ke?" Tiada angin tiada ribut isterinya menangis kenapa pula.

"Hubby tak akan tinggalkan Hunny, kan?"

"Hei, sayang. Kenapa tiba-tiba ni?" Jarak didekatkan. Bahu Kayla ditarik untuk membenamkan tubuh itu ke dalam pelukan.

"Hubby tak akan buat perkara yang Hunny tak jangka, kan?" Soal Kayla lagi tanpa membalas pertanyaan Adam.

Tangan dilengkarkan pada pinggang Adam dan memeluk erat tubuh itu. Takut kehilangan lelaki itu makin menjerat tangkal hatinya.

Dahi Adam berkerut. Apa maksud disebalik soalan itu? Pelukan segera dileraikan. Pipi Kayla ditekup seraya menyeka air jernih yang masih mengalir dipipi kesayangannya itu.

"What you try to say, sayang? Perkara tak jangka apa ni? Hubby tak faham."

Kayla menghamburkan tangisan lalu tubuh itu dipeluk semula. Sejak akhir-akhir ini dia mula teringat akan tuduhan Lara pada suaminya dihospital beberapa bulan yang lepas. Dia cuba untuk tidak terlalu fikir, tetapi ada sedikit rasa curiga.

"Masa Hubby belum sedar dari operation, Lara ada datang jumpa Hunny dekat hospital."

Mata Adam terbuka luas. Tubuh Kayla diperiksanya. Risau kalau isterinya itu diserang seperti yang pernah berlaku ketika annual dinner syarikat mereka.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now