Peluang Untuk Bahagia 36

10.1K 384 47
                                    

SENYUMAN diberikan pada diri sendiri melalui pantulan cermin. Senyuman untuk dia memulakan pagi hari ini dengan gembira dan ceria. Hari ini dia mula bertugas sebagai seorang peguam di firma Pusat Bantuan Guaman, Kuala Terengganu. Kehidupan baru dia bermula di situ dan pada hari ini. Lupakan segala masalah yang pernah dia hadapi. Mulai hari ini fokus pada kehidupan sekarang. Itu saja.

Samsung berdering menarik perhatian. Bersama hati yang tenang, Samsung di atas katil dicapai. Senyuman makin lebar saat nama Puan Zarina terpapar di dada skrin Samsung. Segera panggilan itu diangkat.

"Assalamualaikum, Umi." Dia menyapa ceria.

Jam pergelangan tangan dikerli. Masih awal lagi dan masih ada masa untuk berbual bersama Puan Zarina. Sekarang, dia tidak perlu kelam kabut untuk bersiap dan segera turun ke bawah menyediakan sarapan. Kalau dulu, tiba saja jam 7 tentu saja dia kelam kabut hendak siapkan sarapan buat Adam.

"Waalaikumussalam, anak Umi. Sihat?"

"Alhamdulillah, sihat walafiat. Umi dengan Baba macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah. Kami sihat macam ni la. Cuma Umi ni tak berapa nak sihat sebab rindukan anak perempuan Umi. Hari ni dah mula kerja, kan?"

Timbul rasa sebak dalam hati bila terdengar Puan Zarina berkata begitu. Dia juga rasa yang sama. Rindu dengan orang tuanya angkatnya di sana. Kalau dulu, walaupun jarang tidak bertemu sekurang-kurangnya mereka masih lagi dalam negeri yang sama. Namun sekarang tidak lagi. Jarak antara dia dan orang tuanya sudah jauh sekali. Untuk bertemu sekali sebulan juga agak mustahil.

"Kayla pun rindukan Baba dengan Umi. Ha'ah. Kayla start kerja hari ini. Umi doakan semua jalan lancar ya? Berdebar pula sebab bekerja negeri lain. Kayla risau tak faham nanti apa yang dia orang cakap."

Terus tergelak Puan Zarina dihujung talian bila itu yang Kayla risaukan.

"Nak risau buat apa? Kayla tinggal dekat tempat dia orang, Kayla kena faham cara dia orang cakap macam mana. Kalau boleh cuba belajar cara bercakap Terengganu macam mana."

"Tak nak la, Umi. Loghat dia orang pekat sangat. Tak faham nanti. Tapi tak apa, Kayla cuba. Umi doakan Kayla, tau?"

"Kayla, Umi selalu doakan Kayla even sejauh mana anak Umi ni pergi. Yang paling penting, Umi doakan kebahagiaan Kayla. Semoga Kayla bahagia bila tenang tinggal dekat sana."

Keluhan sebak dilepaskan perlahan. Semakin sebak hatinya ini.

"Umi rasa Kayla ni isteri yang kejam ke?"

"Eh, kenapa cakap macam tu?"

"Iyala, Kayla dah tinggal Adam sejauh ni. Kayla tinggalkan tanggungjawab-"

"Kayla, listen here. Kayla bukan isteri kejam, nak. Cuma Adam yang tak pandai nak menilai isteri sendiri. Jangan sesekali salahkan diri Kayla dan katakan yang Kayla tu kejam. Tak. Kayla tak kejam. Bagi Umi, keputusan Kayla untuk pindah ke sana tu tepat sekali. Nak tahu kenapa? Sebab melalui dengan apa yang Kayla dah buat, Umi yakin suatu hari nanti Adam akan sedar dengan kesilapan dia dan dia akan menyesal. Umi setuju Kayla pindah ke sana sebab Umi nak Adam kesal dengan apa yang dia buat pada Kayla."

Air mata menitik sedikit. Terharu dan sebak dalam masa yang sama kerana Puan Zarina tetap berpihak kepadanya. Biarpun dirinya hanya seorang anak angkat yang menumpang kasih sayang seorang ibu. Tetapi Puan Zarina tidak pernah menyisihkan dia walaupun dalam keadaan begini.

"Terima kasih sebab Umi selalu ada disamping Kayla. Padahal Kayla bukan anak Umi. Umi sepatutnya berada disebelah Adam."

"Shhh. Umi tak pilih kasih. Umi menilai dengan mata Umi sendiri. Umi pun sedar Adam tu dia dah banyak buat salah dengan Kayla. Umi tahu Kayla tu bukan anak kandung Umi. Tapi Umi tak akan sesekali jadikan itu satu alasan untuk Umi turut salahkan Kayla. Bukan jadikan alasan untuk Umi pertahankan Adam. Umi tahu dia anak kandung Umi. Tapi Umi juga tahu yang dia dah banyak berubah, Kayla. Dia lain sangat sekarang ini."

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now