Peluang Untuk Bahagia 24

6.2K 329 36
                                    

WAKTU kerja sudah berlalu sejam yang lalu namun satu kerja sedikit pun dia tidak dapat beri perhatian sepenuhnya. Dibiarkan saja fail bertimbun di atas meja. Sejam berlalu dan sejam juga dia asyik mengelamun jauh. Selepas sahaja berlaku pertengkaran kecil dan perbalahan mulut di antara dia dan Kayla, dia seakan hilang semangat untuk melakukan kerja. Sudah tiga hari dia begini. Datang saja ke pejabat tentu dia akan mengelamun apabila teringat kembali kata-kata terakhir Kayla kepada dirinya.

"Aku ha-harap, lepas ni kau tak akan menyesal apa yang akan berlaku. Aku nak kau fikirkan sesuatu keputusan tu berulang kali sebelum buat kata putus biar kau tak menyesal di kemudian hari macam sekarang. Jangan ulang perkara yang sama. Aku nak kau ingat satu je. Apa yang kita sayang tak semestinya baik untuk kita. Aku tahu kau cintakan Lara. Tapi aku harap lepas ni kau fikir betul-betul kalau nak terima dia. Siasat dulu sebab apa dia tinggalkan kau. Aku tak nak kau menyesal macam sekarang."

Adam bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri tingkap bilik pejabatnya. Tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Pandangan dibuang ke luar. Setiap kali bait-bait perkataan itu menerjah masuk ke dalam ingatan, setiap kali itu juga dia terfikir apa yang cuba Kayla sampaikan kepada dia. Sudah puas dia fikir tetapi sedikit pun dia tidak dapat menangkap maksud sebalik kata-kata itu.

"Siasat sebab apa Lara tinggalkan aku? Takut aku menyesal? Apa maksud dia?"

Dahi berkerut memikirkan perkara tersebut. Hatinya semakin tidak tenang.

Keluhan dilepaskan.

"Lara. Tak mungkin dia sanggup khianat aku. Dia cintakan aku. Tak mungkin. Mungkin ada sebab kenapa dia tinggalkan ak..." Dia terdiam.

"Siasat sebab apa dia tinggalkan kau."

Adam terkaku beberapa saat sebelum kepala digelengkan.

"Tak. Buat apa nak kena ikut kata Kayla? Lara bukan jenis perangai buruk nak buat perkara tak senonoh belakang aku."

Mata dipejam rapat. Cuba menyakinkan dirinya bahawa apa yang dikatakan Kayla itu tidak benar. Tetapi, lain pula yang terlintas. Wajah Kayla yang sayu tiba-tiba muncul.

Lekas saja Adam membuka semula matanya.

Bukan dia tidak perasan. Dia terlebih perasan akan wajah suram dan sedih Kayla. Tetapi disebabkan ego dia buat tidak endah semua itu. Perasaannya lagi penting. Bila difikir banyak kali, dia menyesal kerana telah melibatkan Kayla di dalam masalahnya. Tidak semena pula Kayla menjadi isterinya. Sekarang sudah menjadi masalah besar baginya.

Menyesal.

Bersalah.

Keliru dengan perasaan sendiri.

Hendak diputarkan masa sudah tentu itu mustahil. Nasi sudah pun menjadi bubur dan masa tidak dapat diundur semula.

Wajah diraup kasar. Serabut!

Dia langsung tidak nampak ke mana hala tuju perkahwinan dia bersama Kayla. Langsung tidak nampak. Semua ini berlaku dalam sekelip mata saja.

"Adam! Kau bodoh sebab buat keputusan terburu-buru. Tengok, kau juga yang susah!"

Ketukan pintu menghentikan perbualannya pada diri sendiri. Segera dia berpaling ke arah situ.

"Masuk."

Tidak sampai sesaat terus saja pintu itu terbuka dari luar.

"Encik Adam, maaf menganggu."

Adam melangkah ke kerusi dan diduduknya. Personal Assistantnya yang bernama Rina dipandang dengan penuh tanda tanya. Dia sudahlah lagi tiada semangat mahu bekerja.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now