Peluang Untuk Bahagia 49

9K 366 17
                                    

MATA dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan kabur pada pandangannya. Sedang dia membelek fail, boleh pula tiba-tiba pandangan dia bertukar. Nampak semua yang ada didepan dia menjadi dua objek biarpun sebenarnya itu hanya satu objek. Sesekali kepala juga digelengkan.

Pen dijatuhkan dan tangan beralih menompang dahi dengan mata terpejam. Mahu rehatkan mata sekejap. Mungkin kerana terlalu lama dia menghadap kerja-kerja yang bertimbun. Ditambah pula dengan cawang company yang baru dibuka di Terengganu ini. Lagi banyak kerja yang perlu dia titipberatkan.

Butang interkom ditekan.

"Yes boss?" Suara Rin menyapa.

Mengapa Rin?

Rin juga ditukarkan ke sini bersamanya. Susah nak cari pekerja seperti Rin. Lagipula, Rin juga berasal dari sini. Bukan main suka lagi secretary dia itu bila dimaklumkan akan ditukarkan bekerja di Terengganu ini.

"Meeting start pukul berapa?"

"Pukul 11. Kenapa bos?"

Jam ditangan dipandang. Sekarang dah masuk jam 10:15 pagi. Sekejap saja masa berlalu. Dia rasa baru saja dia masuk ke pejabat.

"Saya rasa saya nak rehatkan mata kejap. Nanti awak kejutkan saya, ya?" Pandangan yang berpinar buat dia tidak selesa untuk terus bekerja.

"Baiklah."

"Okey, thanks."

"Alright boss."

Fail-fail yang terbuka dibiarkan. Tak larat dia nak kemas. Lalu, kepala dijatuhkan diatas fail itu dengan beralaskan lengannya. Mata dipejamkan. Tika itu, dia dapat rasakan dunia seperti berputar dengan laju sekali. Tetapi ditahan sahaja sehingga dia terlelap.

Rin pandang Adam melalui dinding kaca bila angka jam sudah berganjak ke 10:40 pagi. Ada 20 minit lagi sebelum mesyuarat bermula.

"Ish! Kesian pula aku nak kejut. Dahlah Encik Adam tu nampak sangat penat." Berbelah bahagi pula dia mahu kejutkan.

Dia akui, bekerja sebagai secretary Adam tidak penat. Tetapi mata dia penat melihat majikannya itu bekerja keras. Dulu, semasa di KL tidaklah sepenat itu. Wajah Adam juga kelihatan agak lesu kebelakangan ini.

Fikir punya fikir, akhir sekali Rin mengalah kerana hanya tinggal 10 minit saja lagi. Dia bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam bilik Adam.

Kepala digelengkan.

"Bos?" Perlahan dia memanggil. Terkejut nanti majikannya, susah.

Tiada sahutan.

Meja diketuk.

"Bos?"

Lega. Lega bila nampak pergerakan kepala Adam. Hampir saja dia fikir lelaki itu pengsan.

Adam membuka matanya perlahan. Namun belum dibuka luas, dia pejam kembali. Kepalanya rasa hanyut. Dipejam celik mata berkali-kali sebelum perlahan-lahan kepala diangkat. Rin dipandang.

"Meeting dah nak start ke?"

"Yes boss. Bos okey tak? Saya nampak macam pucat je. Kalau nak cancel meeting saya boleh inform dekat yang lain." Rin mula risau. Dia sebagai secretary perlulah prihatin terhadap majikan. Apa-apa jadi, dia juga susah.

Adam geleng perlahan.

"No, it's okey. I'm fine. Pening sikit je."

"Betul ni?"

"Ya."

"Okey. Kalau macam tu saya keluar pergi bilik meeting dulu lah."

Adam mengangguk seraya berdiri. Kepalanya dipegang. Rasa seperti berdiri atas kapal saja. Sudahlah begitu, sakit mencengkam kepalanya pula.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now