Peluang Untuk Bahagia 29

6.4K 273 9
                                    

"ENCIK ADAM, ini fail yang Encik Adam minta." Rin meletakkan dua fail yang diminta Adam sebentar tadi. Dahinya sedikit berkerut melihat keadaan majikannya yang seakan agak lemah sedikit. Wajah yang lesu dan pucat. Keadaan majikannya itu seperti sedang tidak sihat saja.

Adam mengangguk lemah.

"Thank you." Ucap dia seraya tangan kanan mengurut perlahan kepalanya. Sakit kepala menyerang serta merta. Padahal sebelum datang kerja baik-baik saja.

"Most welcome. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, ya?" Teragak-agak Rin hendak keluar selepas Adam mengangguk. Dengan keadaan Adam sekarang dia yakin yang majikannya itu sedang tidak sihat.

Rin kembali berpaling dan mendekati Adam semula.

"Err- Encik Adam okey tak? Nampak macam tak sihat je ni." Soal dia prihatin.

Adam yang sedang menunduk itu hanya mengangguk.

"Okey, okey."

"Oh. Kalau macam tu saya keluar dulu. Nanti kalau Encik Adam perlukan apa-apa just call me." Memastikan Adam tidak perlukan apa-apa, Rin pusing semula untuk terus keluar dari pejabat majikannya itu. Jarang sekali dia nampak majikannya itu tidak sihat.

Melihat Rin yang hendak keluar, Adam mengangkat wajahnya. Wajahnya berkerut kerana menahan denyutan dikepala yang mencengkam.

"Ermm, Rin."

"Ya?" Rin berpaling.

"Ada ubat sakit kepala tak?" Dia paling tidak suka makan ubat, tetapi bila keadaan memaksa tetaplah kena dimakan juga. Banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan. Tiada masa untuk dia layan sakitnya ini.

"Ada. Encik Adam nak saya ambilkan?"

Melihat anggukan Adam, Rin segera keluar dari bilik Adam dan mengambil ubat sakit kepala berserta dengan air suam. Beberapa minit dia membawa keperluan itu untuk Adam dan diletakkan di atas meja kerja majikannya itu.

"Encik Adam. Saya dah bawakan ubat. Kalau Encik Adam rasa tak sihat, saya boleh uruskan fasal meeting hari ni. Atau, Encik Adam nak batalkan?"

"It's okey. Saya still boleh handle. Nanti kalau betul-betul tak larat baru saya inform balik."

Rin mengangguk hormat.

"Baiklah. Saya keluar dulu."

Seusai saja setiausahanya keluar dari bilik, Adam terus mencapai ubat yang diberikan dan perlahan-lahan menelan. Kepala disandar lemah pada kepala kerusi kerjanya. Mata dipejam rapat.

Knock! Knock!

Mata dibuka semula. Dia mendengus perlahan.

"Masuk."

Pintu dibuka dari luar. Kayla menjengukkan kepalanya ke dalam melihat keadaan Adam. Rin baru saja memberitahu kepada dia yang Adam tidak sihat. Sebenarnya jika ikutkan hati malas datang ke sini. Tetapi risau pula apa kata pekerja mereka itu. Tidak tentu fasal kecoh satu pejabat yang dia dan Adam bergaduh. Orang sekarang bukan boleh percaya. Ada saja nak dibawangkan.

"Intai-intai buat apa? Masuk la." Dingin Adam menegur sebelum kembali menutup matanya kembali.

Bersama rasa malas, Kayla melangkah jua masuk ke dalam dan menutup rapat pintu. Nanti takut ada yang terdengar bagaimana cara Adam bercakap dengannya. Buat malu saja. Tempat Adam dihampiri. Dia berdiri saja dihadapan meja kerja lelaki itu sambal memerhati.

Dia mencebik. Nampak sihat saja. Tapi bila melihat Adam tersandar lemah itu buat dia percaya yang suaminya itu tidak sihat.

"Nak apa?"

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now