Peluang Untuk Bahagia 16

6.1K 270 12
                                    

ENCIK AMIR bangun dan bergerak jauh sedikit dari sofa yang didudukinya. Pandangan dilemparkan ke arah kolam renang yang terbentang luas dihadapan ruang tamu banglonya ini. Air di dalam kolam itu sungguh menyejukkan mata, namun tetap tidak dapat menyejukkan dan menenangkan dia. Apa yang baru saja Adam sampaikan kepada dia benar-benar hampir membangkitkan kemarahan dia. Tetapi dia tahu, semarah mana pun dia dengan keputusan Adam dia tidak mampu ubah apa-apa.

"Kenapa perlu sampai empat tahun?"

Bertunang sehingga 4 tahun? Jarang dibuat orang. Biasanya bila bertunang hanya mengambil masa berbulan-bulan. Ini tidak, hingga 4 tahun jadinya. Jika sebelum ini dia hanya mendengar dari mulut-mulut dan hanya orang lain yang bertunang sehingga begitu lama. Sekarang, terkena pada anaknya sendiri. Baginya tak berbaloi bertunang lama-lama.

Adam mengangkat wajah memandang belakang Babanya yang berpeluk tubuh. Sedari tadi dia menunduk selepas memaklumakan keputusannya untuk bertunang dengan Lara dan akan teruskan perkahwinan 4 tahun selepas itu. Babanya agaknya terkejut walaupun hanya reaksi wajah yang dapat dia lihat.

"Lara sambung belajar dekat Paris selama empat tahun. And after that kita orang plan nak kahwin."

Encik Amir menggelengkan kepala. Bibir pula tergaris senyuman hambar. Anak-anak zaman sekarang, terlalu ambil mudah tentang semua ini. Fikir bertunang itu perkara main-main? Sudahlah begitu, ambil masa 4 tahun pula. Dalam adat pertunangan, ada saja ujian yang datang menimpa. Lagikan rumah tangga yang dibina pun bergoyang inikan pula baru bertunang. Bertunang bukan bermaksud dapat mengekalkan sesuatu hubungan itu. Semuanya terletak pada hati masing-masing.

"Kenapa still nak bertunang even dah tahu Lara nak sambung belajar?" Dia masih belum berpaling. Bimbang bila kemarahannya muncul bila menatap wajah anak sulungnya itu.

Soalan Encik Amir dibiarkan bergantung oleh Adam. Dia hanya senyap tanpa mahu mengeluarkan sebarang suara untuk membalas pertanyaan Encik Amir. Rasanya sudah tidak perlu dia jawab semua itu. Babanya lebih banyak makan garam daripada dia. Tidak mungkin Babanya tidak faham kenapa dia mahu bertunang dengan Lara walaupun gadis itu akan melanjutkan pelajaran. Tak salah, bukan?

Keluhan dilepaskan. Encik Amir sedikit terkilan bila soalan dibiarkan bergantung. Semakin hari sikap Adam semakin tidak boleh dibawa berbincang. Entah apa yang terjadi pada anak bujangnya itu.

"Adam risau kalau- Lara dikebas orang ke?" Dia menduga sendiri sebelum ketawa kecil.

"Adam, bertunang bukan salah satu cara untuk elak dari semua tu."

"Tapi itu yang terbaik, Baba. Kalau Adam nak kahwin sekarang, belum tentu Baba izinkan." Laju Adam menjawab. Apa maksud Babanya?

"Kahwin? Of course lagi Baba tak bagi. Adam ingat kahwin ni senang ke? You're still young to get married, son. Baba bukan ayah macam dalam drama yang paksa-paksa anak dia orang kahwin even masih muda. Dan Baba bukan senang-senang bagi syarat kalau kahwin Baba akan serahkan syarikat macam tu saja dekat anak Baba. I'm not that type. Baba ada cara Baba sendiri. And, if you want you must follow my way. Yang dekat TV tu semua lakonan saja. Jangan terpengaruh sangat."

Adam diam menduduk. Betul. Dia masih muda. Masih banyak lagi benda yang perlu dia lakukan untuk masa depan. Tetapi, Lara juga adalah salah satu masa depannya. Dia cinta dan sayangkan gadis itu sepenuh hatinya. Bagaimana dia boleh lepaskan Lara macam itu saja? Tidak! Lara adalah miliknya selamanya. Jika bertunang adalah salah satu cara paling baik untuk mengikat hubungannya dengan Lara, dia sanggup walaupun mengambil masa sehingga 4 tahun. Sanggup!

Encik Amir menarik nafas dalam. Tangan yang sedang berpeluk tubuh kina dialih diseluk ke dalam poket seluarnya. Raut wajahnya serius. Beberapa saat suasana ruang tamu itu sepi tanpa sebarang suara sebelum Encik Amir kembali bersuara.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now