Peluang Untuk Bahagia 13

6.3K 275 6
                                    

"KAYLA tunggu la kejap. Aku nak cakap dengan kau ni." Laju langkah Adam mengejar Kayla yang sudah keluar dari rumah. Terserempak saja di ambang dapur sebentar tadi, gadis itu terus saja berjalan laju mengelak dari dia. Kemudian, dia terus mengejar Kayla. Ada sesuatu yang mahu dia bincangkan.

Kayla pekakkan telinga. Bukan malas bercakap dengan Adam. Cuma, dia segan. Segan kerana sikap dia semalam yang tiba-tiba berubah di luar jangkaannya sendiri. Ya memang sebelum ini kasar dengan Adam tetapi tidaklah sehingga meningking kuat lelaki itu. Hanya sekadar marah dengan suara yang rendah dan mendatar. Sungguh, perbuatan dia semalam hanya memalukan diri sendiri. Usahkan hendak berhadapan dengan Adam, dengan Haris juga dia segan nanti.

"Kayla, wait." Adam masih lagi mengejar.

"Kau nak apa? Aku nak pergi joging ni. Cakap nanti aku balik la." Kayla mengelat dan semakin melajukan langkah.

Adam mendengus sambil menggelengkan kepala. Bukan Kayla la kalau tidak degil! Dia mula berlari mendekati Kayla. Sampai sahaja tepat-tepat di belakang gadis itu terus lengan Kayla yang berlapis baju lengan panjang itu dipegang dan ditarik memaksa Kayla berhenti.

Terus langkah laju Kayla terhenti dan secara automatik badannya berpusing ke belakang kerana Adam yang menarik kuat. Hampir saja dia berlanggar dengan dada lelaki itu. Nasib baik dia pandai imbangi badan. Kalau tidak sudah tentu jadi seperti drama Hindustan.

Eh?

"Ish! Kau ni kan! Lepas lah!" Lantas lengan yang dipegang ditarik jauh dari tangan lelaki itu. Suka sangat main pegang-pegang. Ingat dia seperti Lara ke? Huh!

Adam dijeling.

"Kau nak apa?"

"Aku nak cakap dengan kau fasal semalam."

"For what?"

Keluhan terlepas dari Adam. Dia memandang Kayla dengan penuh tanda tanya. Tanda tanya kerana dia tidak mengerti kenapa Kayla berubah sehingga sebegitu rupa semalam. Kayla yang semalam adalah bukan seperti Kayla yang dia kenal. Seakan ada sesuatu yang masuk ke dalam diri Kayla dan berubah jadi begitu. Anehnya lain macam. Kayla tidak pernah tinggikan suara kepadanya. Dan bila perkara itu berlaku semalam, dia tergamam.

"Kau- Huh!" Sekali lagi dia mengeluh. "Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi-"

Bibir dikemam sebelum dia menyambung kembali.

"Kau sedar tak apa kau buat semalam?" Agak serba salah untuk dia bertanya begitu. Tetapi keadaan memaksa untuk dia tahu.

Kayla terdiam.

Sudah dapat diagak. Adam akan terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku semalam. Semuanya diluar jangkaan. Dirinya sendiri juga tidak percaya dan rasa kesal dengan apa yang berlaku. Namun, lambat-lambat dia mengangguk. Dia sedar malah terlebih sedar setiap patah perkataan yang meluncut keluar. Dia yakin, perkataan yang keluar itu adalah dari kemarahannya yang terpendam terhadap Adam selama ini.

"Yes. Aku sedar and terlebih sedar. What's your problem?"

Adam segera menggelengkan kepala. Dia tidak percaya. Kayla bukan seperti itu. Bukan seperti semalam. Sekasar mana pun Kayla, gadis itu tetap akan berlembut dengannya dan Kayla tidak pernah meninggikan suara kepada dia.

"Aku rasa semalam tu bukan kau."

Ketawa olok-olok terlepas dari bibir Kayla. Sengaja tangannya dibuat-buat menutup mulut cara mengejek.

"Bukan aku? Then, what? Saka aku ke? Ada aku mengamuk cekik kau semalam? Tak ada kan. So, semalam tu adalah aku dan apa yang cakap dekat kau semalam semua tu dalam keadaan aku sedar."

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now