Peluang Untuk Bahagia 6

6.6K 287 2
                                    

TIDAK tahu kali ke berapa Kayla mengeluh sepanjang dia berjalan bersama Adam di dalam bangunan Pavillion ini semata-mata mahu mencari hadiah yang sesuai dan terbaik buat Lara. Sudah hampir 3 jam mereka berada di sini tetapi satu barang pun tidak dibeli oleh Adam.

Malah kaki lelaki itu masih lagi tidak keletihan berjalan ke sana ke mari walaupun hanya jalan sama yang dilalui mereka berdua. Berlainan pula dengan Kayla yang sudah naik lenguh kedua-dua belah kakinya. Untung saja hari ini dia mengenakan sneaker shoes, kurang sikit rasa lenguh di kaki.

Kayla berhenti berjalan kerana mahu melepaskan lelah mengejar langkah Adam yang masih tampak bersemangat. Orang dah nak cari hadiah untuk buah hati, memang tidak putus semangat la. Hendak pula Adam ni sudah nampak seperti orang gila bercinta saja. Maklumlah baru pertama kali bercinta. Angau lebih-lebih pula.

"Adam. Kau tak penat ke hah? Aku yang ikut kau ni penat tahu tak? Lagi berapa jam kau nak bertapak dekat Pavillion ni? Hadiah yang kau nak beli dekat kekasih kau tu belum jumpa lagi ke hah?!" Turun naik nafas Kayla kerana geram. Kalau lelaki itu tidak penat, dia penat! Penat ikut kerenah lelaki itu.

Alasan Adam hendak dia ikut ke sini kerana mahu dia berikan cadangan hadiah apa yang sesuai untuk Lara. Tetapi bila dia cadangkan, bukan main keras lagi ditolak oleh lelaki itu. Siap cakap dirinya mahu buat Adam dan Lara bergaduh bagai. Padahal dia hanya menunjukkan seekor teddy bear besar.

Bukan ke perempuan biasanya suka benda-benda seperti itu?

Kecuali diri dia sendiri. Suka la juga tapi tak ada la sampai berangan nak yang besar punya. Dia lebih suka yang kecil-kecil. Nampak lagi comel kalau susun atas katil. Tapi, siapa je yang nak berikan kepada dia? Berangan boleh la.

Adam berhenti melangkah. Pemilik suara dari belakang dipandang dengan pandangan tajam.

"Selagi aku tak jumpa hadiah yang sesuai untuk Lara, selagi tu aku tak akan balik. Kau nak balik, balik la. Balik sendiri." Kemudian dia berpaling ke depan semula dan sambung melangkah.

Otak masih lagi bekerja keras mencari hadiah yang sesuai buat Lara dan mata liar memerhati. Bawa Kayla ke sini bukan boleh membantu dia. Langsung tidak berguna. Banyak sudah yang dicadangkan gadis itu, tetapi satu pun dia tidak setuju. Cadang main ikut kepala otak saja.

Kayla mendengus.

"Gila! Kenapa la aku boleh jatuh suka dekat mamat gila macam Adam? Huh!" Gumam dia sendiri sebelum kembali mengejar langkah Adam yang sudah masam wajahnya. Marah la tu!

"Adam."

"Kau nak apa? Kau nak balik pergi balik sendiri la Kayla."

Tergeleng kepala Kayla sebelum dia melintas dan menghalang Adam dari terus berjalan ke depan. Wajah lelaki itu dipandang.

"Kau sedar tak kita dah nak masuk empat jam dekat sini? Hadiah apa yang kau cari sampai kau tak jumpa tu? Aku cadang dekat kau elok-elok kau tolak pula. Sekarang kau nak marahkan aku pula?"

Adam menjuling mata ke atas sebelum dia turut pandang Kayla. Kecil besar saja dia tengok gadis itu.

"Kau cadang hadiah mengarut! Hadiah yang ikut kehendak kau. Kau ingat Lara tu budak-budak macam kau nak bagi dia teddy bear? Dia tu model kau tahu tak? Cari la idea bernas sikit. Semak la aku bawa kau!"

Saat ini, Kayla rasa sangat menyesal mengikut lelaki itu. Apa lagi yang dia tak kena dimata Adam? Sungguh. Sejak akhir-akhir ini Adam sering sekali mencari kesalahan dirinya seperti dia ada buat salah dengan lelaki itu sedangkan dirinya rasa tiada apa-apa. Dan Adam jadi begitu sejak sudah mempunyai kekasih hati. Dia perasan itu semua.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now