Peluang Untuk Bahagia 11

5.9K 278 19
                                    

BEG kertas tertulis Pandora yang berada disebelah penumpang dicapai bersama senyuman mekar dibibir. Pintu kereta Audi TT dibuka dan lantas dia melangkah keluar dari perut kereta. Pintu utama rumah dituju dan dengan laju dia menapak masuk ke dalam. Kelibat seseorang dicarinya.

"Kayla." Berkali-kali nama gadis itu dipanggil namun Kayla tetap tidak muncul.

"Adam. Apa yang terjerit-jerit ni?" Soal Puan Zarina hairan. Dia yang berada di dalam bilik tingkat atas pun boleh dengar suara anak lelakinya itu. Kecoh betul cari Kayla.

"Kayla mana, Umi?"

"Ada dekat belakang rasanya. Dekat kolam. Kenapa, Adam?"

Adam tersengih. "Rahsia." Jawabnya sebelum beredar dari situ dan sambung mencari Kayla.

Puan Zarina tergeleng. "Macam-macam. Time dekat bergaduh, bila jauh pandai pula cari."

Bersama beg kertas, Adam berjalan menuju ke halaman belakang rumah yang menempatkan kolam renang. Disitulah tempat di mana dia dan Kayla sentiasa meluangkan masa bermain bersama ketika mereka kecil dulu. Mekar lagi diingatannya di mana mereka saling merecikkan air antara satu sama lain sambil bergelak ketawa. Kadang-kadang dia rindu suasana dulu. Rindu gelak tawa dia dan Kayla. Namun kini, sudah jarang sekali dia mahu mendengar gelak tawa Kayla. Senyum juga gadis itu jarang bila bersama dia. Berbeza bila Kayla berada bersama kedua orang tuanya, gadis itu tentu akan tersenyum dan gelak ketawa bersama orang tuanya. Terdetik juga rasa terkilan dengan tingkah Kayla kerana dia tidak tahu apa sebab gadis itu berubah.

"Kayla!" Nama Kayla dipanggil sekali lagi apabila kelibat gadis itu masih tidak kelihatan.

"Aku dekat sini la. Kenapa?"

Suara sayup-sayup menyahut itu dicari sehingga dia ternampak tangan yang melambai-lambai ke arah dia. Rupanya, Kayla berada di atas pondok berhampiran dengan kolam. Tetapi gadis itu diselindung oleh pokok bunga yang banyak sehingga dia langsung tidak perasaan Kayla berada disitu. Lekas langkah diatur ke situ.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adam sambil turut bersela disebelah Kayla. Laptop dihadapan Kayla dipandang bersama kerutan dahi.

"Ni ha, aku tengah isi kerja kosong." Memandangkan Kayla masih belum mendapat apa-apa tawaran, setiap hari dia akan mengisi kerja kosong tidak kira apa jua jenis pekerjaan. Jenis kerja itu tidak penting, yang penting kena pandai rebut peluang yang ada. Tidak kira kerja apa, janji kerja itu halal dan dapat menjamin masa depan.

Adam terdiam. Dalam diam dia memuji kegigihan kawan baiknya yang seorang itu. Tidak habis-habis mencari dan mengisi kerja kosong. Itulah setiap yang dihadap Kayla selepas saja mereka berdua tamat Ijazah.

"Kau kenapa cari aku?"

Soalan Kayla menggariskan senyuman dibibir Adam. Lalu, beg kertas Pandora diletak di atas ribaan Kayla. Gadis itu segera memandang dia hairan dengan wajah berkerut.

"Apa ni?"

Adam jongket kening  "Buka la."

Wajah Kayla masih berkerut. Bersama perasaan hairan, tanpa berlengah terus dia memasukkan tangan ke dalam beg kertas Pandora dan mengeluarkan satu kotak baldu yang panjang dan bersaiz sederhana. Sekali lagi Adam dipandang. Dadanya yang berdegup stabil dan biasa bertukar kepada debaran yang sangat kuat. Entah kenapa dia rasa terharu pula bila pegang kotak tersebut walaupun dia tidak tahu hadiah itu untuk siapa.

"Aku, buka?" Soalnya mahu kepastian lagi.

Adam mengangguk selamba sambil tersenyum lebar.

Tanpa bersoal lagi, Kayla membuka perlahan penutup kotak itu dengan tangan yang terketar sedikit. Itu pun kerana dia mengawal dengan sebaik mungkin. Ikutkan rasa ketar yang sebenar, mungkin kotak itu boleh jatuh sekarang juga. Dia berdebar. Semakin luas penutup dibuka, semakin dia berdebar.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now