Peluang Untuk Bahagia 9

6K 294 13
                                    

TUBUH Haris terhentak kuat pada dinding. Dia menggiris kesakitan sakit pada bahagian belakangnya. Adam dihadapannya dipandang tajam bersama api kemarahan. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Adam datang menyerangnya semasa dia berjalan hendak ke pusat pentadbiran. Adam tarik dia ke belakang bangunan dan segera menolak kasar dia ke dinding.

"Kau ni apahal?"

"Kau tanya aku apahal? Kau tu apahal? Aku dah bagi kau warning jangan rapat dengan Kayla!"

Haris berdecit. Belakangnya ditepuk-tepuk menghilangkan kesan kotor yang melekat pada bajunya. Sebab Kayla rupanya Adam serang dia.

"Kenapa? Aku rasa tak salah sebab Kayla adik beradik angkat kau dan secara tak langsung, dia pun sepupu aku."

Adam kepal penumbuk. Ikut hatinya sudah lama penumbuk ini melayang ke wajah sepupunya itu. Geram saja dia melihat wajah mengejek Haris seperti sengaja membangkitkan kemarahannya. Sudah diberi amaran tetapi masih lagi buat perkara yang sama.

"Kenapa tengok aku macam tu? Tak puas hati?" Semakin Haris suka melihat wajah kemarahan Adam. Dia mara ke hadapan mendekatkan dirinya pada Adam.

"Kau kesah kenapa? Kau dah ada awek, kan? So, i got the chance to get her as my girlfriend, right?" Pipi kanan Adam ditampar-tampar perlahan. "Kau- tak ada hak nak halang dia dengan aku, Adam."

Tidak dapat menahan diri, lantas kolar baju Haris dicengkam kuat seiring dengan gigi yang diketap kuat. Matanya merah memandang Haris. Dia dan Haris sejak dulu memang tidak serasi. Memang selalu jumpa ada saja yang akan mereka gaduhkan.

"Kau jangan mimpi yang kau akan dapat Kayla dari aku."

"Why? Dia tu adik beradik angkat kau je a.k.a kawan baik kau. And kau dah ada girlfriend, Adam. She's nothing for you i think. Sampai bila kau nak control dia? Dia pun nak ada kehidupan sendiri."

Semakin kuat cengkaman Adam pada kolar baju Haris. "Dia dah lama jadi family aku. Dan dia dah jadi tanggungjawab aku untuk pantau dia. Aku tak nak dia dapat lelaki macam kau!"

Haris tergelak besar. Entah, tiba-tiba rasa kelakar pula kata-kata yang keluar dari Adam. Tanggungjawab? Sememangnya Adam itu siapa? Suami Kayla ke hendak bertanggungjawab bagai?

"Tanggungjawab? Apa je yang kau boleh tanggung dia? Kau tolong kongkong dia adalah. Dia berhak berkawan dengan siapa dia nak, Adam termasuk aku! Ke, kau jealous bila aku dengan dia? Kau tak payah risau la. Aku janji aku akan jaga kawan baik kesayangan kau tu elok-elok. Hmm?"

"Eh! Kau jangan ingat aku izinkan Kayla bercinta dengan kau?! Dulu, kau rampas cinta pertama aku. Sekarang, kau nak rampas kawan baik aku pula? Kau memang tak boleh tengok aku senang ke, Haris? Kau kalau nak balas dendam jangan libatkan Kayla!"

Wajah Haris berubah. Dahinya berkerut seribu. Dia rampas cinta pertama Adam? Dulu? Siapa?

"Si-siapa cinta pertama kau?" Dia mula berdebar. Kalau benar dia telah merampas cinta pertama Adam...

Dada Adam turun naik dengan laju sekali. Rasa amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Haris tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?! Ya! Dia memang tidak suka Haris sejak kecil lagi. Tetapi kebencian dia terhadap sepupunya itu semakin bertambah bila dapat tahu cinta pertamanya beberapa tahun lepas telah menjadi kekasih Haris. Dan sekarang, Haris datang lagi dan kali ini cuba rampas Kayla darinya!

"Hu-Husna? Hu-Husna ke cinta pertama kau?"

Teringat Haris kepada seorang gadis yang pernah dia jadikan kekasih sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Tetapi hanya sekejap, hanya beberapa bulan selepas itu dia memutuskan hubungan itu kerana mahu fokus kepada SPM. Kebisuan Adam meyakinkan dia bahawa cinta pertama yang dimaksudkan Adam adalah Husna. Tiba-tiba wajahnya bertukar pucat. Sumpah! Dia tidak tahu Husna adalah gadis yang Adam suka dalam diam.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now