Bahagian 1

555 23 1
                                    

Di balkoni tak berlampu aku hembus asap tembakau. Putung Lucky Strike ku jentik jatuh. Tidak aku peduli atas siapa abu itu menghempas. Mata aku redup memandang isi kota


Bandar ini jika dinilai secara murni ia adalah kawasan tercantik. Berseni. Malamnya penuh lampu pelbagai rona. Pelbagai bentuk. Tanah tumpah rezeki yang melimpah. Idaman tiap anak kampung.


Bandar ini jika dinilai secara keji pula aku akan nampak ia adalah kawasan yang menjerat. Dari rela menjadi terpaksa. Tikam menikam tidak perlukan senjata. Selagi kita tidak berkenalan di sosial media aku tak ingin berbual dengan kau. Dan ya, udaranya celaka. Air dia hmmmm.Namun aku tidak boleh nafikan. Bandar lagi gembira berbanding kampung. Tempat ini aku mampu menjana wang yang banyak. Juga tidak sukar hendak mencari makan. Bayangkanlah di rumah pusaka ketika ini. Berkampung di belakang hutan. Kerja apa yang aku mampu buat selain berkebun.


Pintu gelangsar menutup rapat. Aku duduk mengadap latar siar Samsung. Bunyi bergema tatkala cerita ku tonton berunsur peperangan. Antara kemurungan duduk di bandar bila kau keseorangan. Lagi-lagi bila teman-teman kau dah kahwin. Circle of your cult shrinking.Aku merajinkan diri. Keluar dari kesugulan bosan. Menekan butang lif. Menunggu sepi peti besi ini turun hingga ke lantai bawah. Menyapa para pengawal keselamatan. Derma senyuman pada jiran yang tak pernah aku sapa.


Tidak jauh dari apartment, terdapat sebuah 7E. Seperti biasa dua sejoli bawah umur berkepit mengadu domba. Bercerita hal-hal romantis dan rungutan ketika di rumah. Acah-acah manja. Aku pandang dengan renungan matang. Dua sejoli berpelukan. Harap mereka tak berlaku zina. Haraplah.


Aku melihat air arak namun tiada niat hendak mengambil. Sekadar memandang. Aku pilih air berperisa jus dan susu. Aku tolak untuk meneguk Coke. Orang kata nak kurus jangan ambil gula. Tetapi jus orange...


Di rak makanan ringan aku ambil dua paket snek. Satu merah dan satu biru. Aku tiada niatpun nak ambil makanan. Ambilan rawak. Sekadar membuang duit. Segera aku ke kaunter. Wajah perempuan muda itu aku pandang dan dia menunduk."9 ringgit encik" Perempuan itu meminta.


Satu helai not merah aku serahkan. Bau bank masih melekat. maklumlah siang tadi baru cucuk. Seringgit dipulangkan. Dia senyum nipis. Aku sengih kerang. Entahlah kenapa, aku suka sengih kerang.


Dua sejoli itu sudah tiada. Aku pandang kiri dan kanan. Motor yang menjadi tempat tenggekan masih setia di kotak tempat letak kenderaan. Aku pandang ada hotel bajet di sebelah 7e. Harapan aku meleset. Jika aku anggap mereka ke kedai buku amat mustahil.Hanya 7e dan hotel bajet itu sahaja buka ketika ini.


Aku kembali ke sarang. Aneh juga si lelakinya berwajah bulan dan si perempuannya bujur sirih. Mulus. Jika difikirkan kembali, memang ya cinta tak mengenal paras rupa. Atau nafsu yang tak mengenal paras rupa?


Entahlah. Muka aku sendiri ditolak 99 wanita. Mereka besependapat.


Aku tidak sekacak-kacaknya. Budi bicara tidak cukup. Duit berkepuk?


Aku tekan punat lif. Aku melangkah masuk. Aku menanti lif terangkat kembali ke tingkat tempat tinggalku. Sejuk benar waktu ini.


Ting!


Aku melangkah keluar. Aku berjalan ke arah rumahku dan aku pandang sekeping surat terselit di bawah besi jeriji rumah.


Aku ambil, buka dan baca. Aku terkejut.


'Boleh saya berkenalan dengan awak. Saya jiran depan rumah awak - Suri'


Pantas aku memandang pintu di belakangku.

SURITahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon