Chap 65

667 67 2
                                    

"Mama! Mama! "

Gempa mengerdipkan matanya apabila dia terdengar suara kanak-kanak memanggilnya.

"Mama! Mama! "

Apabila dia tersedar dari tidurnya, Gempa pun mencelik mata dan melihat anaknya, Taufan kini sedang menggoncangkan pahanya.

"Taufan..? "

"Mama! Wake up! Kenapa Mama tidur dekat shini? "

"Hmm? Mama-... "

Apabila kesedaran mula menguasai dirinya, pada saat itu barulah Gempa perasan yang ternyata dia telah tidur di ruang tamu dan di atas sofa.

"Huh..? Macam mana Mama boleh-"

'Halilintar?! '

Terkejut bukan kepalang Gempa apabila sebaik sahaja dia berpaling dia terus ternampak wajah Halilintar yang sedang tidur di sebelahnya. Gempa memandang wajah tidur Halilintar yang nampak begitu tenang itu. Sepertinya dia tidak terganggu sama sekali dengan panggilan Taufan sewaktu kanak-kanak itu sedang mengejutkannya.

'Bagus juga kalau dia masih belum bangun. Tapi macam mana kitorang boleh tidur dekat sini..? '

Fikiran Gempa mula ligat menjalankan operasi untuk mengingat semula akan memori malam semalam.

•°•°Flashback°•°•

"Mmhh... Gempa. "

Halilintar merenung wajah isterinya yang sedang menciumnya. Bila dilihat dari dekat, wajah Gempa kelihatan begitu cantik dan sempurna. Tambahan pula tiada cahaya lampu yang menerangi kawasan mereka melainkan cahaya rembulan sahaja. Tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan Halilintar terpesona dengan keindahan wajah isterinya.

Mereka berdua melepaskan ciuman masing-masing dan saling menatap wajah mereka antara satu sama lain. Dari jarak yang begitu dekat seperti itu, dapat mereka dengar bunyi deruan nafas masing-masing.

"Sleepy? "

Gempa menganggukkan kepalanya sambil matanya redup untuk cuba menahan mengantuk.

Halilintar tertawa kecil melihat telatah comel Gempa. Dia mencuri cium bibir Gempa untuk kali kedua sebelum dia memeluk badan Gempa dengan erat.

"Jom naik? "

Halilintar dapat merasakan Gempa tiba-tiba menggelengkan kepalanya. Sepertinya dia menolak cadangan itu.

"Nak tidur sini. "

"Hm? Tapi nanti belakang Gem sakit? "

"No... Tidur sini. "

Halilintar tersenyum. Pelukan mereka semakin dieratkan dan Halilintar memberikan beberapa ciuman pada dahi dan kepala Gempa. Sekadar untuk membantu isterinya lena kembali. Halilintar yakin kesan ubat masih ada jadi pastinya Gempa masih mengantuk.

"Ah, tapi sebelum itu Gem kena habiskan dulu susu. "

"Ngghh... "

Walaupun terpaksa, tetapi Gempa tetap juga akur dengan kata-kata Halilintar. Dia melepaskan pelukan mereka dan mengambil gelas susu yang ada di atas meja untuk diminum sampai habis. Setelah habis, Gempa pun kembali memeluk Halilintar dan menyandarkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now