Chap 10

773 75 5
                                    

"Hi, adakah saya datang ni mengganggu? "

Sai tersenyum ramah ke arah seorang gadis di hadapannya. Dia kenal gadis itu dan dia tidak mempermasalahkannya jika dia akan melihat wajah gadis ini dulu. Kan dia bukan ancaman?

"Ah, takdelah! Saya- kami tengah kemas-kemas rumah Gempa sekarang. "

"Ooohh... Ada yang boleh saya bantu? "

"Eh, takpelah. Kami baru je siap. "

"Macam tu. Takpelah. Saya rasa korang mesti ingin berehat, kan? Saya minta diri dulu-"

"Encik Sai! "

Baru sahaja Sai ingin melangkah pergi, tiba-tiba suara Gempa muncul dan memanggilnya. Lelaki itu berhenti dari niatnya ingin beredar dan melihat ke arah Gempa yang kini sedang berjalan menghampirinya dan Yaya.

"Jemputlah masuk, Encik Sai. "

Sai menggeleng.

"Takpelah. Kamu berdua baru sahaja selesai berkemas rumah. Saya tak nak ganggu waktu rehat kamu. "

Gempa cepat-cepat menggeleng untuk menafikan perkara tersebut.

"Taklah! Mana ada! Encik Sai tak mengganggu kami pun lah. Silakanlah masuk. Saya akan sediakan air, ya? "

Sai sedikit ragu-ragu untuk masuk kerana dia masih rasa bersalah disebabkan datang pada waktu Gempa dan Yaya berehat. Tetapi pada akhirnya dia terpaksa mengalah. Lagipun sudah orang rumah membenarkannya masuk, kenapa perlu ditolak pula?

•°•°•

"Maaflah rumah saya tak berapa kemas lagi. Sebab kami baru mula kemas hari ini."

Gempa berkata seraya menghulurkan segelas air jus kepada Sai. Kini mereka bertiga sedang duduk di ruang tamu rumah Gempa dan masing-masing mendapatkan sofa tersendiri.

Sai menerima huluran gelas tersebut dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Gempa.

"Takpe. Saya tak berapa kisah sangat. Apa pun, tahniah kerana sudah berjaya pindah rumah, Gempa. "

Gempa tersenyum sambil tersipu-sipu malu. Dia tidak tahu kenapa tetapi ucapan tahniah daripada Sai tadi membuatkannya sedikit segan.

"Hehehe, terima kasih Encik Sai! "

Sai tersenyum.

"Please, just call me Sai. Rasa macam tua sangat pula bila dipanggil Encik Sai. Lagipun kita sudah mula berjiran. Jadi tidak perlu terlalu formal, kan?"

"Ah, m-maaf... Saya cuma rasa kekok dengan orang baru. Tapi kalau Encik Sai- maksud saya... Sai sudah minta macam tu, saya tak kisah. "

Sai mengangguk setuju.

"Mama! Mana roket Taufan? "

Kedengaran suara langkah kaki kecil sedang berlari-lari mendekati 3 orang dewasa di dalam ruang tamu tersebut. Tidak perlu lama menunggu, muncul lah seorang kanak-kanak lelaki yang segak wajahnya sedang mendekati Gempa.

"Hm? Kamu ada salah letak ke? "

Kanak-kanak itu menggeleng kecil.

"Taufan yakin Taufan letak dalam kotak mainan Taufan! "

Kanak-kanak itu mencebik sedih. Padahal dia sayang akan mainan itu kerana ia adalah pemberian daripada moyangnya. Dan siapa lagi moyangnya kalau bukan Tok Aba?

Will You? [C]Where stories live. Discover now