Chap 73

682 66 19
                                    

2 minggu berlalu, kali ini hubungan antara Halilintar dan Gempa nampaknya ada perubahan berbanding dulu. Halilintar dan Gempa nampak seperti semakin baik dan selesa antara satu sama lain. Walaupun sikap Gempa masih dingin dan cara percakapannya masih belum berubah terhadap Halilintar, tetapi Halilintar tetap sabar dan rela menunggu Gempa menyesuaikan diri dengan keadaan mereka.

Halilintar tahu Gempa akan sedikit sukar untuk menerima segalanya dalam masa yang sama. Lagi-lagi dalam keadaan dirinya sedang sarat mengandung pula.

Sejujurnya Halilintar sedikit risau dengan keadaan Gempa. Isterinya sedang sarat mengandung tetapi dia masih tetap ingin pergi ke tempat kerjanya dan bekerja seperti biasa. Halilintar tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan Gempa sewaktu dia berada di tempat kerjanya. Dia takut kalau-kalau sesuatu akan berlaku pada Gempa sewaktu dia berada di luar pengawasan Halilintar.

Bukan bermaksud Halilintar terlalu banyak berfikir. Tetapi dia cuma risau. Setiap hari, selepas sahaja dia kambuh dari demam, dia sentiasa melakukan segala kerja rumah. Dia yang memasak, dia yang tolong menguruskan mencuci dan menjemur pakaian, dia yang sentiasa meluangkan masa bersama-sama Taufan, kadang-kadang tolong kemas rumah juga. Dan termasuk menjaga dan merawat Gempa. Halilintar sama sekali tidak membenarkan Gempa melakukan segala pekerjaan rumah. Dia hanya membiarkan Gempa untuk pergi ke tandas atau menonton televisyen sahaja. Itu pun Halilintar masih tetap berada dekat dengannya termasuk menunggu Gempa di luar pintu bilik mandi. Bukan bermaksud apa-apa, dia cuma risau.

Ya.

Risau.

Dengan tahap yang melampau.

Masih tak mengapa, kan?

•°•°•

"Hi. "

"Hi, good day- sir...?! "

Membutang mata jururawat yang bertugas menjaga kaunter hadapan hospital apabila dia melihat wajah Halilintar yang tiba-tiba muncul di hadapan kaunter. Betapa terkejutnya dia melihat selebriti terkenal itu sedang berada di situ. Adakah dia sedang bermimpi?

"M-may can I help you s-sir..? "

"Yes, uuhh... I would like to have an appoinment with the doctor here. "

"Uumm... M-may I know why, sir..? I-I need to record it. "

"Sure! I want to have some mental therapy. Well, actually I used to have this in my country but since I need to do my job here so I want to do it here instead. Can you please let me do it here? "

"Yes! Yes! Of course, sir! I will gladly help you! "

"Great! Then can you please get me a local doctor? My country. I can't talk easily in English anyway if I have to have a long talk."

"S-sure sir! Wait, I will check if there's any doctor who is came from your country. "

'Of course you would have. At least one, right? '

Halilintar menyimpan senyum sinisnya di dalam hati sambil menunggu jururawat tadi menguruskan kerjanya.

Hari ini, Halilintar bertindak sengaja untuk datang ke tempat kerja Gempa untuk melihat bagaimana keadaan tempat kerja isterinya itu. Dan nampaknya setakat ini dia masih berpuas hati kerana dia baru dapat tahu ternyata setiap doktor yang bekerja di sini mempunyai bilik masing-masing untuk menempatkan doktor dan pesakit dalam menguruskan urusan rawatan mereka.

Will You? [C]Where stories live. Discover now