Chap 126

585 56 9
                                    

Riingg riingg

Yaya menoleh ke arah telefonnya yang sedanf berdering di atas meja kerjanya. Sebaik sahaja dia melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya, cepat-cepat Yaya mencapai telefonnya lalu menekan butang 'jawab'.

"Hey, Gempa! Apa khabar? "

"Good, thanks! I'm sorry to disturb you, Yaya. But I need your help! Kejap je!"

Kening Yaya berkerut apabila mendengar ungkapan daripada Gempa. Dia semakin bertambah hairan apabila nada suara Gempa kedengaran seperti sedang berbisik dan nak cepat.

"Yeah... Sure? Ada apa? "

Sementara itu, di tempat lain iaitu di dalam sebuah restoran, Gempa kelihatan sedang seolah-olah menyembunyikan dirinya dari dilihat oleh sesiapa ataupun ditangkap oleh seseorang. Dia tahu yang restoran itu adalah salah sebuah restoran yang terkenal dengan menjaga privasi artist serata dunia. Tetapi bukan itu yang Gempa tengah cemaskan. Dia sedang cemaskan benda lain.

"Kau ok ke ni? Macam pelik je aku dengar. Suami kau mana? "

"Shhh!! Aku tengah pastikan Halilintar takde sekarang! "

"Hah? Kenapa pulak?"

"Sebab aku nak tanya tentang satu perkara yang berkaitan dengan Halilintar dekat kau."

Yaya terdiam di hujung talian. Masih lagi tidak dapat menangkap apa yang sepupunya ini sedang bebelkan di hujung talian.

"Uuhh... Okay? Jadi apa yang kau nak minta aku tolong tu? "

"Ok, listen. Aku cuma nak kau jawab je dan jangan tanya benda pelik-pelik dan banyak sangat. Okay? "

"Yelah... Apa dia? "

"Kau tahu tak apa nama aplikasi ni yang ada burung berwarna biru? "

"Hah?! Burung apa?! "

Cepat-cepat Yaya menutup mulutnya apabila dia tersalah terjerit kuat selepas mendengar soalan Gempa. Kenapa bunyinya pelik sangat? Atau Yaya sendiri silap dengar sebab stress dengan kerja?

"Ish! Kau ni pun janganlah jerit kuat-kuat sangat! "

"Takdelah... Soalan kau tu pelik sangat! Cuba kau ulang balik soalan kau tu? "

"Haih... Aku tanya, nama aplikasi apa yang ada simbol burung berwarna biru tu? Sebab aku tak pernah tengok pun. "

"B-burung warna biru? "

"Ha'a. Blue bird. "

"Blue bird...? Yang lagu Ikimono Gakari -Blue Bird cerita Naruto tu ke? "

"Apa benda kau? Aku bukan tanya lagu tapi aku tanya aplikasi! "

"Aduhh... Aku pun tak tau sebab aku tak tengok apa yang kau tengah maksudkan ni! Kejap, aku search dekat Google dulu. "

"Ok... "

Setelah beberapa detik Gempa menunggu Yaya di dalam panggilan, akhirnya dia terdengar bunyi suara Yaya yang sedang ber-oh ria dan seterusnya ketawa.

"Apa yang kelakar? "

Tanya Gempa dengan kening yang berkerut.

"Hahahaha! Oohh... Maksud kau Twitter ke? Aduh, kau ni Gempa. Umur dah 30, dah ada anak 3 orang tapi kadang-kadang soalan kau ni buat aku rasa macam kau tu adik aku tau!"

"Ish! Apehal pulak! By the way, nama aplikasi tu Twitter, ya? "

"Ha'a. Twitter ni macam sejenis laman media sosial yang menghubungkan setiap orang di seluruh dunia. Biasanya orang guna Twitter untuk mengikuti apa-apa update atau berita tentang sesuatu atau sekadar jadi tempat 'killing time' diorang. "

Will You? [C]Where stories live. Discover now