Chap 84

886 71 13
                                    

"Selamat malam, Mommy. "

Gempa melambaikan tangannya kepada ibu mertuanya sebelum wanita tersebut pun masuk ke dalam bilik dan bersiap untuk tidur. Sebaik sahaja sudah dipastikan bahawa kedua-dua mertuanya sudah tidak akan keluar dari bilik lagi, Gempa pun melangkah masuk ke dalam biliknya dan terus menutup lalu mengunci pintu bilik tersebut.

"Haa... All clear. "

Gempa menghela nafas lega dan berniat untuk segera bersiap sebelum dia masuk tidur tetapi langkahnya serta-merta terhenti apabila dia melihat tubuh Halilintar sedang membelakangi dirinya dan sedang menghadap ke arah dinding. Kening Gempa berkerut seribu apabila dia melihat tingkahlaku suaminya itu yang sedang menyentuh dinding biliknya dan seterusnya tiba-tiba pula meletakkan telinganya pada dinding tersebut.

"Halilintar? Buat apa tu? "

Halilintar segera berpaling apabila dia terdengar suara isterinya.

"Hm? Oh. Takde apa. Abang tengah cuba untuk kenalpasti ketebalan dinding bilik ni saja. "

"Kenalpasti ketebalan dinding bilik? Buat apa? "

"Takdelah... Saja. "

Halilintar hanya tersenyum-senyum seorang diri dan mula berjalan ke arah katil yang bersaiz queen itu sebelum dia pun menjatuhkan tubuhnya di atas katil yang empuk tersebut. Gempa memandang hairan suaminya yang tiba-tiba tersenyum tak tentu fasal itu. Tetapi akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak mengambil tahu dan membiarkannya sahaja. Jadi tanpa memanjangkan lagi perbualan mereka, Gempa pun berjalan menuju ke arah bilik mandinya.

"Gem? Nak ke mana? "

"Uhmm... Gosok gigi? Cuci muka? "

"Nak tidur dah ke? "

"Mestilah. Habis? Takkan lah saya nak menari pula malam-malam macam ni? "

Halilintar terkekeh mendengar jawapan Gempa dan melihat mata bulat isterinya yang manis dipandang itu. Tanpa berbicara dengan lebih lanjut, Halilintar pun bangun semula dari baringnya dan berjalan ke arah bilik mandi juga untuk mengekori isterinya.

•°•°•

"Gem sudah wangi. Kenapa perlu gosok gigi dan cuci muka lagi? "

Halilintar memeluk pinggang Gempa dari arah belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu kiri Gempa sambil melihat isterinya itu sedang mencuci mukanya di sebalik pantulan cermin.

"Mana boleh... Saya kena lah jaga kebersihan diri. Kan saya ni orang mengandung? Kalau tak jaga kebersihan nanti cepat jatuh sakit pula. "

Gempa membilas wajahnya dan seterusnya cuba untuk mencapai kain tuala untuk mengelap muka. Kebetulan Halilintar melihat isterinya seperti sedang memerlukan pertolongan, jadi Halilintar pun mengambil tuala yang susah untuk dicapai oleh Gempa tadi lalu memberikannya kepada Gempa.

"Thanks. "

"My pleasure. "

Halilintar kembali melihat Gempa sedang mengelap wajahnya di sebalik pantulan cermin. Matanya perlahan-lahan turun ke bawah tubuh Gempa dan melihat perut isterinya yang besar itu. Baru Halilintar tahu bahawa apabila sudah berada di dalam kandungan yang kelapan ini, perut orang yang mengandung kembar akan kelihatan begitu besar sekali.

"Gem.. "

"Hmm...? "

Halilintar memandang ke atas semula dan melihat Gempa yang kini sedang menggosok giginya. Dengan senyuman Halilintar mula mengusap-usap perut Gempa yang dilapisi dengan kain baju yang baru dibeli oleh mereka itu. Baju itu kelihatan sesuai sekali melekat di tubuh Gempa yang sedang mengandung itu. Kelihatan manis sahaja.

Will You? [C]Where stories live. Discover now