Chap 31 (🔞)

2.2K 92 15
                                    

Warn! MC - Mature Content!

A/N: Author tahu apa dalam fikiran korang. Tapi sabar, ya? Jawab soalan author di akhir chapter ni dulu. Uwu

"Gempa? "

Halilintar memandang pelik ke arah Gempa setelah dia terdengar bunyi pintu rumah yang terbuka. Yang disangkakannya Gempa akan pulang lebih awal. Tetapi malam ini, waktunya pulang bukan sahaja sudah lebih dari pukul 12. Malah, lelaki manis itu kelihatan seperti sedang dalam keadaan... Mabuk?

"Gempa? "

Halilintar kembali memanggil nama isterinya itu. Dia rasa sedikit risau dan hairan sewaktu melihat keadaan Gempa yang senyap dan kepalanya menunduk ke bawah. Kelihatan seperti orang betul-betul mabuk nampaknya? Tipikal orang yang berpengalaman katakan. Halilintar memang sudah tahu bagaimana keadaan orang mabuk jika sudah terlanjur minum minuman keras itu.

"..."

Gempa langsung tidak menjawab panggilan Halilintar tadi. Seolah-olah sedang cuba mengabaikan kehadiran Halilintar. Dan dengan keadaan terhuyung-hayang, Gempa mula berjalan masuk ke dalam rumah menuju ke arah biliknya. Tetapi malangnya, kerana tersilap langkah dia hampir tersadung ke lantai namun nasib baiklah dirinya sempat disambut oleh Halilintar yang kebetulan berada dekat dengannya.

Halilintar memeluk kemas badan Gempa. Dia dapat merasakan jisim badan Gempa berat. Dan Halilintar yakin bahawa memang sah Gempa sedang mabuk dan tidak sedarkan diri.

"Gempa? Gempa, bangun! "

Wajah Halilintar berubah risau. Dia takut jika isterinya itu terlalu mabuk dan akan memudaratkan dirinya sendiri. Mengingatkan bahawa seorang lelaki carrier tidak dibenarkan untuk meminum minuman yang keras. Dia tidak mahu Gempa sedar esok hari dalam keadaan sakit kepala yang teramat.

Kerana tidak mendapat respon, Halilintar akhirnya berinisiatif untuk mengangkat badan Gempa untuk membawanya ke dalam bilik. Dengan mengangkat cara bridal style, Halilintar pun mendukung Gempa dengan hati-hati untuk membawanya ke bilik Gempa. Sudah tentu Halilintar berbuat demikian kerana tidak mahu Gempa berjalan dalam keadaan pening atau terjatuh.

•°•°•

Dengan penuh hati-hati Halilintar menidurkan Gempa di atas katil. Dimulakan dengan melabuhkan badannya dahulu dan seterusnya kepala Gempa di atas bantal yang empuk dan selesa.

"Hnnn... "

Dapat Halilintar dengar bunyi dengung Gempa yang nampaknya sedang dalam keadaan separuh sedar. Halilintar yakin Gempa sedang mabuk teruk sekarang. Jadi dia pun berniat untuk mengambil segelas air kosong dan ubat untuk Gempa. Harap-harap dia sempat memberikan ubat kepada isterinya itu sebelum dia terlelap sepenuhnya.

Namun, belum sempat Halilintar berlalu pergi untuk keluar dari bilik dan mendapatkan air, tiba-tiba tangannya ditarik oleh Gempa.

"Nnn... Jangan pergiii... "

Halilintar sempat berpaling untuk melihat Gempa yang kini sedang merengek memanggilnya. Dapat dia lihat wajah Gempa begitu merah sekali. Halilintar tertawa kecil. Walaupun dalam keadaan mabuk, isterinya masih kelihatan begitu comel.

"Gempa tunggu kejap, ya? Abang bawakan air untuk Gempa. "

Halilintar melepaskan tangan Gempa dari tangannya dengan lembut dan keluar dari bilik untuk mendapatkan air. Meninggalkan Gempa sendirian di dalam dunianya.

•°•°•

Halilintar berjalan sambil membawa segelas minuman suam bersama-sama satu paket pil tahan sakit untuk dibawa ke dalam bilik. Dia harap Gempa masih belum terlelap sepenuhnya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now