Chap 67

654 72 4
                                    

Sebulan telah berlalu. Kini, Gempa telah masuk bulan ke-6 kehamilannya. Oleh disebabkan dia harus membawa 3 orang sekaligus termasuk dirinya, ia membuatkan jumlah makan Gempa semakin banyak. Setiap malam juga dia kerap mengidam untuk makan makanan yang segera. Tetapi nasib baiklah setakat ini masih tiada hidangan yang pelik-pelik yang perlu Halilintar sediakan. Segalanya dapat ditunaikan dengan rela oleh Halilintar.

Sehubungan dengan itu, oleh disebabkan banyak makanan segera yang kebanyakan Gempa makan, dan ditambah pula dia makan dengan banyak, jisim badannya bertambah dengan mendadak dan perutnya menjadi semakin membesar dengan lebih cepat. Sehingga setiap kali dia berjalan, pasti akan cepat penat dan lenguh.

"Haaa... Penatnya... "

Gempa melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan hati-hati. Kerusi yang didudukinya kali ini bukan sebarang kerusi biasa. Ia adalah sebuah kerusi khas untuk orang mengandung seperti Gempa menggunakannya.

"Nah, minum susu ni. "

Halilintar menghulurkan segelas susu segar kepada Gempa dan diterima baik oleh Gempa dengan senyuman.

"Macam mana kerja? Ok? "

"Mmhh... Ok je. Cuma aku rasa cepat stress saja sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab cepat penat kot... "

Halilintar mengangguk faham. Dia kemudian mendudukkan diri di atas lantai berhadapan dengan kaki Gempa, lalu mengambil sebelah kaki Gempa untuk dipicit.

"Aahh... Lega... "

Halilintar tersenyum mendengar desahan nikmat isterinya. Dia sudah hafal dengan segala keperluan yang perlu dilakukannya untuk Gempa daripada Yaya. Sepupu Gempa itu telah memberitahu segala perkara yang sentiasa berlaku ke atas seorang ibu yang mengandung. Bermula dari sering mengidam untuk makan makanan yang banyak dan pelik-pelik, sehingga ke anggota badan yang perlu dijaga supaya ia tidak akan menjejaskan kandungan bayi di dalam perut.

"Gem... Abang cadangkan supaya Gem cuti saja lah. Macam mana? "

Gempa meletakkan semula gelas susu yang sudah kosong tadi di atas meja berdekatan dan menggeleng kecil.

"Tak nak. Aku masih mampu bergerak dengan lancar. "

".... Ok. Abang bagitahu ni bukan apa. Abang sebenarnya risau sangat. Walaupun Gem baru sahaja mengandung 6 bulan, tapi ia dah nampak macam 9 bulan tau. Abang risau Gempa cepat penat kena ke hulu ke hilir sambil tengah sarat mengandung macam ni. Kalau jadi apa-apa macam mana..? "

Halilintar meluahkan segala rasa resah yang dipendam di dalam hatinya selama ini. Dia tahu benar yang Gempa amat menyukai kerjanya sebagai seorang doktor psikologi. Tetapi itu tidak bermaksud dia harus membiarkan sahaja isterinya terus melakukan kerjanya. Tambahan pula dia tahu, membawa perut yang besar seperti itu bukannya mudah. Banyak risiko yang bakal dihadapi kalau tersilap langkah. Walaupun dia bukannya pernah mengandung pun.

"Haih... Kau tak perlu risau lah. Sebelum ni aku mengandungkan Taufan pun takde masalah? Jadi mesti kali ni ok saja! "

"Iya? Bukan ke waktu tu Gem takde kerja lagi? Bukan ke Yaya je yang menguruskan semuanya? "

"Huh? M-mana kau tahu? "

"Haih... "

'Dah nama pun suami, kan? Kenalah ambil tahu tentang isteri masa takde di sisi dulu. Tu pun nasib baik Yaya sudi ceritakan. '

Halilintar mendengus panjang sebelum dia menukar kaki Gempa yang satu lagi untuk disambung picit.

"Baiklah. Sebab Gempa masih ingin bekerja, abang izinkan. Tapi ia akan ditukar dengan benda lain! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now