Chap 50

812 92 20
                                    

Keesokan harinya, pada pagi itu, rumah Gempa kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara-suara penghuni di dalamnya. Ada yang menjerit-jerit memanggil seseorang dan ada yang hanya sekadar bising melakukan kerjanya sahaja.

"Mama! I can't find my book! "

"It's on the kitchen island, Taufan! "

"Alright! "

Gempa, yang sudah sedia maklum sibuk memasak sarapan pagi untuk Taufan mula tersedar bahawa terdapat seorang lagi penghuni di dalam rumahnya. Dia terus menutupkan api dapur dan menyiapkan 3 sarapan terlebih dahulu di atas meja makan sebelum dia beredar dari kawasan dapur untuk menaiki tingkat atas.

•°•°•

Gempa kini sedang berdiri di hadapan salah sebuah bilik tamu yang ada di rumahnya. Sebelum mengetuk pintu, Gempa sempat mengerling jam yang ada pada dinding rumahnya.

Jam 8 pagi.

Tok! Tok! Tok!

"Uuuhh... Hali? "

"Kejap! "

Klik!

"Ya? "

Tergamam Gempa apabila dia melihat Halilintar yang kelihatan seperti baru selesai mandi. Dia melihat Halilintar secara atas bawah. Lelaki di hadapannya itu hanya mengenakan baju t-shirt biasa berwarna merah dan berseluar panjang berwarna hitam. Manakala kain tuala pula disangkutkan pada bahunya. Menampakkan sisi kelakiannya yang begitu menggugat jiwa. Tambahan pula Halilintar mempunyai sepasang iris merah yang begitu mengancam sehingga ia membuatkan jantung Gempa berdegup dengan begitu kencang di saat memandangnya.

"Gempa? "

"Huh? Ah... Uhmm... Kau tak nak makan? A-aku sudah sediakan sarapan. Kau ada shooting kan hari ni? "

"Ah, ya. Nanti aku turun. "

Gempa mengangguk. Sebelum dia beredar, Halilintar tiba-tiba memanggilnya.

"Uhh... Gempa? "

Gempa menoleh.

"Ya? "

"Thanks. Sebab dah buatkan sarapan. "

Dub dub!

Wajah Gempa merona melihat senyuman Halilintar. Ditambah pula suara lelaki itu begitu dalam dan lembut.

'Aaahh!! Apsal aku berdebar pula ni?! '

"Uhm... Sama-sama... "

Lalu, Gempa pun cepat-cepat berjalan turun dari tangga untuk menghindarkan diri daripada terus menerus melihat Halilintar. Bukan apa, dia takut dia akan pengsan lagi sekali sahaja.

•°•°•

"Taufan nanti duduk rumah MamaZila dulu, ya? Mama akan ambil Taufan petang nanti."

"Ok, Mama. "

Halilintar yang secara kebetulan terdengar perbualan antara Gempa dan Taufan pun mula berkerut hairan. Kenapa Taufan boleh tiba-tiba kenal MamaZila?

Will You? [C]Where stories live. Discover now